Thursday, April 03, 2008

GAMBAR KAHWIN


























oiiii, tipah jenuhlah aku nak upload gambar kahwin aku, aku sewa pakai 13 pasang baju untuk persalinan, aku sewa ngan kak Nor, Bukit indah yang kerja kat BBMB Securities dulu tu. sepasang herga dia bih kurang RM80.00 tapi tu masa tahun 2002, sekarang x tahu lah beraper. aku x upload semua lah, jenuh nak bukak album balik, ni pun aku ambik yang senang nak capai dek tangan aku.

MAJUK

majuk ah ngan rizal, boikot x nak kawan. susah tul ada laki yang ramai peminat ni, tah maner-maner ex-girlfriend called. majuk ah...........

My dearest rizal, better u sediakan duit dalam x00.00 for my therapy. this therapy very important coz ada sangkut paut ngan ex u tulah....... i nak beli 3 handbag, colour purple. putih. hijau, kalu ader lagi ex u yang call i upkan jadi x000.00.

Wednesday, April 02, 2008

RINDUNYER




rindunyer, dah lama x jumper ngan lia. ari ni dia datang ngan cousin dier fiza, actually cousin dia ader apply kerja kat sinik tu yang dia neman skali. anyway dia bertambah cantik dah chubby gitu. macam-macam criter kitaorang borak.

MERAJUK






antara abang danish ngan kasih, abang danish cool aje, susah sangat nak merajuk, almaklumlah anak jantan. dia pun x garang sangat. tapi kasih ni kalu bab memuncung nombor 1, kuat benor merajuk cam bapak dier sebijik. dia ni lebih garang dari abang dia. kalu kasih mengamuk, abang pun kecut perut. Sapa-sapa pun x leh pujuk, kena biarkan dia nangis dan meraung sorang-sorang selama 5 minit, baru boleh pujuk, kalu idak bersilat bagai.

UWAAAAAAAA





kasih menangis bagai nak rak semalam, puas pujuk, siap kena dodoi lagi pas story mory sema baru nak okey. dia melalak coz sedar-sedar aje mama dia x der kat sebelah. yelah aku nak nengok tv lam bilik nanti ganggu puteri ni beradu so tinggallah kasih kat lam bilik sorang-sorang. apalagi bila bukak mata aje terus ngamuk.


MAMA-ABAH




last nite, mama abah came to our house. cam biasalah dinner kat umah kitaorang, mami masakkan nasi ngan mee hoon goreng.

KAWIN MUDA





sekarang ni kitaorang berdua duk giler layan sinematron indonesia kawin muda, seingat aku nilah story paling best pernah aku nengok, sampai boleh jadi ketagih nak nengok, tak boring-boring, sekarang ni aku dah jadi giler ngan akon kornelius, ganteng giler.



Si nasha duk gilerkan pak ibrahim, dia pun sama sibuk duk layan story ni.


Tuesday, April 01, 2008

SAKIT MATA

aku jarang upload photo aku kat blog sendiri coz pakaian yang aku pakai sakit mata kan kalu nengok, yang dah kenal aku okeylah dah faham sesangat, yang x friend ngan aku tu bahayo sesangat especially kalu budak ofis aku dapat cari blog ni, idak ke mampuis.

JEJALAN


puas aku pujuk soh tanggalkan ketayap, langsung x nak, dia cakap "abang must wear ketayap kalu ngan jubah, mama ni x fahamlah"

buat selamba ajelah kan




tiga ari tinggal-tinggalkan bini ngan anak, last nite rizal bawak pusing KL pas tu gi car wash, cam biasalah dah tiga ari x start enjin, berhabuk lak tu. 2nd car ni lagi taking care berbanding ngan car agi satu.


memula dah janji ngan aku pusing KL aje, x kan sesekali kuar kreter coz aku pakai shorts, kalu abang x berjubah bagai, aku x ader hal nyer. ni anak teruna punyalah berkopiah, berjubah bagai, omaknyer sakit mata orang nengok.


but as u knowslah kan, si rizal ni jenis x kisah, sporting giler-giler. pakailah ko nak pakai apapun, janji tau yang ko tu bini orang.


tulah aku pelik dan ajaib sesangat coz aderlah mamat ngan minah kat ofis aku ni yang cakap laki aku tu garang. depa x tahu yang laki aku ni sporting yang amat, maner ada laki yang bagi kebebasan cam aku dapat. gi sarawak 10 hari, okey aje, kuar main bowling ngan member pun okey juga, bahkan boleh kemana sahaja asalkan ingat deeel awak tu bini orang.


RINDU-RINDUAAN



papa x puas ati, ajar kasih doa biar pandai, solehah, baik macam-camlah bukan nak adik


DOA

Ya Allah, ya tuhanku bagi kat tasih baby girl


amin


Ya Allah ya tuhanku, abang nak baby boy

amin....

sambil berdiri pun doa


Menjeling rizal kat aku dengar anak duk doa macam tu...
rizal : ni mesti ayang yang ajar anak doa macam tu. untuk keselamatan diri cepat-cepat aku masuk bilik mami.
My dearest rizal, tu adalah permintaan dari anak-anak.

KASIH



bertasbih bagai, tapi dia zikir baca "Ya Allah Tasbih Tasih" "Ya Allah Tasbih Tasih"

tasih pun nak solat jugak macam abang.
macam nak pecah perut dengar putri sorang ni berzikir. tah maner dapat ayat ujung tu pun x tahulah. tapi yang penting dia nak berzikir pas abih solat.

SOLAT

papa tengah ajar abang berdoa


ajar macamaner nak solat ngan betul






jarang sesangat rizal x jadik iman waktu solat kecuali kalu dia balik lambat. lebih-lebih lagi dia tau bini dia ni chulah sesangat. waktu kitaorang solat, abang ngan kasih x leh solat sama-sama, nanti tok iman marah coz bebudak 2 orang ni belum pandai consetrate. lepas solat aje, cam biasalah rutin bapak budak ni nengok berita. masa tulah abang ngan kasih sibuk duk ampar sejadah depan tv nak belajar sembahyang.


kat lam bilik mami x leh diganggu sedang baca Yassin. rutin bebudak ni lepas maghrib aje kena menggaji. wajib kalu idak mami babat ngan rotan. garang tul lah nenek dia ni.
Actually, aku kesian kat abang ngan kasih, coz diaorang very da conpius x tahu maner satu yang betul. kitaorang solat macam biasalah, tapi mami x leh solat secara normal, mami solat sambil duduk since lutut patah last year. Kalu solat ngan kitaorang dia ikut cara kitaorang, kalu solat ngan mami ikut cara mami. kesian anak-anak mama ni. tapi tak pa yang penting solat.

 
template by suckmylolly.com