Friday, September 05, 2008

TQ SERI

tulah namanyer bestfriend or sahabat sejati, aku kan cuti ari ni tapi masuk ofis jap antor barang yang aku shopping, x larat nak naik LRT, balik naik motor maner muat nak hangkut semua ni, kan jadi macam bangla jual kain naik motor round satu kampung jaja kain baju.

aku mintak tolong seri urutkan kaki yang lenguh sangat-sangat ni. dia kan tukang urut terkemuka kat opis aku. laju aje dia nolong urutkan, nikmatnya...Allah S.W.T aje yang tahu

masa ni dia tengah membebel cakap, dah tahu sakit kaki, x reti-reti nak balik awal. actually aku dah janji nak neman seri beli kasut hari ni, tapi dah terasyik sangat duk shopping baju anak-anak sampaikan bukan lupa tapi x der masa nak neman seri. sorry ye seri, nanti next week kak rose teman nak gi maner pun x aper semua kak rose nemankan.


panjang muncung nyer kalu membebel. minah ni memang suka berleter.

tapi dialah sahabat sejati aku, kena bebel pun tahan ajelah telinga, yang penting ada tukang urut

SOGO SALE

kawan-kawan hari ni sogo ada member sale, murah giler especially for brand Padini, Princess, Miki, Poney... murah sangat-sangat dan sangat-sangat. aku apa lagi sanggup amik cuti ari ni semata-mata nak gi shopping baju raya abang n kasih. bayangkan betapa lenguhnya kaki aku coz aku datang sogo jam 9.00 pagi dah beratur punyalah panjang giler kat luar, pukul lima baru abis shopping. pukul lima baru aku ingat nak balik umah, masak. Ya Allah, dahaganyer tuhan tahu, lapar nyer idak, dahaga aje. haus giler tekuk aku. orang ramai, air cond pun dah x rasa.

kalu korang malas nak que panjang, que aje dekat CASH, kalu kredit kad memang hazab, x sanggup aku nengok line credit card punyalah panjang, mahu 2 jam pun lum tentu boleh bayar lagi. kat tempat cash lam 1/2 jam aje aku beratur. aku bayar cash sebab aku x der kad kredit. tidak dibenarkan memakai atau pandai-pandai apply kad kredit, arahan tuan besar. actually dia tahu aku ni boros, kalu pakai kad mahu 3 ari dah boleh licin duit kat kad tu.


masa aku tengah beratur nak bayar



ada 3 plastik, abang punya 1, kasih punya 1 dan for my dearest rizal yang tukang kuar duit, 1 plastik. bahagian aku x derlah, ari tu dah memborong kat Nagoya, x kan x ingat-ingat lagi. mami cakap aku ni hamba baju ngan kasut, kalu mati esok-esok, tanam ngan baju-baju dan kasut bagai. (mami cakap ni, masa dia membebel nengok aku shopping every months).



ABANG MAT

2 hari ni, rumah kami dikunjungi oleh tetamu dari JB, tapi abang mat ni x kira tetamulah coz dia memang tinggal kat aku, tetamu tu adalah Dilla, Along dan 2 orang anak-anak abang mat yang comel lote. Depa sanggup datang dari JB semata-mata nak gi member sale kat sogo hari ni. gambar Dilla ngan along aku x letak sini coz permintaan daripada diaorang. Dilla ni silent reader yang amat pemalu.

Adam sama umur ngan kasih, 3 tahun dan Adila baru setahun setengah. Abang sampai x ingat nak buat homework akibat duk asyik main ngan adam n adila

MANJA

rasanya masa papa pujuk tadik dah benti nangis, rupanyer lepas papa kuar layan tetamu, ader lagi rajuknya.......

kali ni memanggil-manggil nama mami



sekarang turn mami lak pujuk kasih, kasih siap soh mami baca doa supaya kakinyer cepat sembuh.


KAKINYA SAKIT

last nite, kasih begitu semangat main ngan adam dan baby adila, tetamu kami dari johor bharu, sibuk duk kuarkan barang-barang dari bilik coz soh adam ngan baby adila main sama-sama, masa nak tarik kotak kuar, terkenalah kaki kasih tercinta ni, maka melalak lah memanggil-manggil bfnyer.

maka menangis syahdu lah puteri kesayangan rizal ni mengadu domba

rizal cakap kena sikit aje tapi manja yang sangat-sangat lah lebihnyer

kalu papa pujuk mesti sekejap aje nangis, cuba kalu mama dia yang pujuk lama giler nak abis menangis tu


Thursday, September 04, 2008

OTOGRAF UNTUK KAK RAS



terlebih dahulu nak minta maaf banyak-banyak ngan kak ras coz lambat sign otograf ni, ader kerja sikit. apa pun terima kasih banyak-banyak kerana sudi bagi saya sign otograf akak.



kak ras minta sign otograf lengkap bersekali ngan biodata. pas tu letak photo waktu zaman kanak-kanak. terima kasih kak ras.







Nama penuh : kira rose ajelah



Nama samaran : rose




Umur sekarang:-


33


Adik-beradik:-

No. 2 daripada 4 beradik tapi sekarang kira dah jadi anak sulung


Status:-



Tarikh lahir:

8 Ogos 1975




Asal/Tempat Lahir:-



Tempat kediaman:-


Hobi:-


Cita-cita:-

Allah S.W.T dah makbulkan permintaan saya nak jadi secretary.


Makanan Kegemaran:-



Minuman Kegemaran:-
Warna kegemaran:-



Sukan diminati:-

Barang-barang yang suka dikumpul:-


Harta sekarang:-
keluarga


Sekolah Rendah:-


Sekolah Menengah:-

Orang yang dikasihi :
keluarga dan keluarga-keluarga mereka



Kawan yang paling rapat:-



kenangan manis :

satu ofis tapi cinta tu berputik bila naik kayak sama-sama di Pulau Pangkor



Kenangan pahit:-
kehilangan abang dan adik dalam satu masa


Muzik yang digemari:-


Lagu yang diminati:-


Tokoh yang diminati:-



Tempat yang ingin dilawati:-


Harapan masa depan :-
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah



SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH

pagi tadi, seawal pagi, kitaorang gi daftar abang kat sekolah rendah. ari tu dah pergi register tapi ader menda yang x bawak, maka tunda dulu. pas tu rizal mintak tempoh nak pikiq dulu betul-betul so after 5 or 4 months agreed abang pi sekolah pandan indah, kusut kepala rizal bila aku duk berulang kali tanya dah made decision or not pasai sekolah anak. but finally, rizal ikut pandangan aku yang x beraper setuju abang gi sekolah cina. Memanglah bagus dan amatlah bagus kalu abang belajar di sekolah cina, tapi kita kena pulak tengok tahap penerimaan abang danish pada mandarin.
every month, teacher wong akan update kan kitaorang pasai prestasi abang, dan memang sah & confirmed abang memang x berapa pandai mandarin, tulis lagilah hancus, so bila kitaorang mintak pandangan teacher wong pasai sekolah, dia pun setuju abang sekolah biasa coz takut abang x leh nak ikut nanti. kan ketinggalan kat belakang. tapi sebenarya perkara yang menyebabkan rizal setuju abang sekolah biasa adalah kenyataan daripada papa coz papa aku yang dahulupun sekolah mandarin x beraper nak galakkan cucunyer, katanyer lebih baik antor sekolah biasa, lain orang lain pandangan.


finally abang akan sekolah kat sini pada tahun 2010 dan bulan 8 tahun depan kena gi buat pengesahan. biarlah 2 tahun ni abang sekolah kat tadika cina coz itu tadika pilihan nyer, dan tadika ini jugak yang menyebabkan abang suka sangat gi tadika. Gila sangat kan kitorang, masa umur abang 4 tahun aku masukkan abang ke Q-Dees, tapi dalam bulan 3 abang x mahu lagi gi sekolah, setiap hari menangis maka kita orang turutkan sahaja kehendak abang, bila dah masuk umur 5 tahun, kitaorang nak register balik abang at Q-Dees tapi abang macam dah fobia, pas tu kitaorang bagi abang pilihan, maner tadika yang abang nak pergi, semua kitaorang bawak, smart reader kids, tadika ilham bistari, Q-Dees, Yu-Der, tadika cemerlang dan tadika pandan indah (mandarin). abang pilih tadika pandan indah (mandarin). dan pilihan itu memang tepat coz abang suka gi sekolah.


SAHUR

cam ni lah keadaan nyer tiap kali nak kejutkan sahur, susah menor nak bangun, aku kena amik masa 20 minit untuk kejutkan tuan besar yang agak-agak payah nak bangun makan sahur, lebih-lebih lagi kalu pas berbuka kena gi ofis balik sambung kerja sampai kul 1.00 pagi. kadang-kadang rizal x nak sahur, tapi aku paksa gak, coz masa berbuka kitaorang x makan nasi, nasi cuma kitaorang amik waktu bersahur aje.

dan setiap kali kejutkan rizal bersahur, bukan dia yang bangun dulu, tapi tuan puteri yang tido sebelah papa dier. masa tido pun nak berkepit. x adil betul rizal ni tau, kalu aku yang kejutkan jangan harap dia nak bangun tapi bila kasih kejutkan aje terus bangkit, siap kiss lagi gf dier.


 
template by suckmylolly.com