Saturday, January 03, 2009

DANAU KOTA


aku giler gi danau kota, kali ni aku kemaruk nak beli belt ngan t'shirt. bukan semua kedai lak ader jual t'shirt tu, sebijik aje kedai yang jual. so bfore kehabisan baik kau gi beli, so malam tadi lepas eji kuar dating aku ajak eji neman gi danau kota, kul 1.40 pagi aku sampai kat sini.



masa sampai ader budak tengah ligat duk menari lagu mulan "makhluk paling seksi"



pastu langkah terhenti bila dengor budak kecik ni nyanyi, aduh petah nyer......sore pun sedap, agaknya umur budak ni nak masuk 4 tahun kot



nilah kedai yang jual pelbagai belt yang cantik dan harganya x derlah murah pun tapi payah nak dapat belt yang aku minat. tapi dalam duk pilih tu aku berkenan ngan satu belt kulit ni, aduh mak, harga dia mahai nak mapus, RM89.90. Ingatkan kalu RM30, laju ajelah aku bayor tapi kalu RM89.80, kirim salam ajelah bai......




eji x minat sangat ngan belt, dia cuma tolong aku pilihkan aje maner yang cantik



ha, tulah belt yang aku nak beli, yang ujung sekali, cantik kan? ni kalu pakai ngan jeans, memang tangkap leleh lah...





murah-murah dompet lelaki cuma RM10.00, eji nak carik tempat taruk IC ngan Kad aje, malas nak bawak purse gi maner-maner. Purse cuma bawak gi opis aje, jalan-jalan cam gini cuma nak bawak dompet kecik taruk lam poket aje. sekadar nak taruk ic ngan kad aje.....



NYAMUK DAN KAIN BAJU


abis part tadika sri cemerlang, kami semua gerak nak gi tadika lama abang amik DVD ngan photo abang graduation november ari tu.



see, tangan kasih semua berbintat gatal tusemua akibat gigitan nyamuk kat kampung ari tu..



semalam gak saya cuti masak coz saya kena basuh baju dari pagi sampai ke petang, masak memasak kuserahkan 100 % pada mami tercinta, kain baju balik kampung ari tu ader seplastik besar yang kena duk basuh tangan n mesin. pastu kena nunggu kain kering untuk dijemur yang lain lak, cuba kalu umah kat kampung, harus berpuluh baju pun boleh jemur coz ampaian banyak giler. kat umah aku ni mahu bercatu nak kena jemur bagai.



muka anak dara saya beransur baik sikit, bintat gatal kat muka dah mula berkurangan, Alhamdulillah, nak masuk sekolah pun tak malu lagi....


TADIKA SRI CEMERLANG PART II



teacher nelly nilah gurubesar kat sini, garang gak orangnyer, tegas giler, cuakk gak aku takut abang danish tak lama sekolah kat sini.



bab-bab perbincangan ni serah kat my dearest rizal, tugas aku kena kawal abang or kasih main kat playground ni




so far, abang ngan kasih suka lah ngan tadika ni, dah arap-arap berkekalan lah sukanyer sampai akhir tahun, InsyaAllah







nilah name tag abang ngan kasih, kena letak kat sebelah kiri uniform



green tag tu adalah nama kasih, so nilah tempat kasih letak kasut kasih sampai akhir tahun



dan yang ni abang danish punya


TADIKA SRI CEMERLANG


petang semalam, seperti yang telah dijanjikan kami sekeluarga keluar bawak abang ngan kasih, jalan-jalan, tapi x kuar dari kreter coz ujan rintik-rintik. after 30 minit duk round KL, on the way nak balik tu, kami singgah jap kat Tadika abang ngan kasih coz Teacher Nelly soh datang amik name tag for abang n kasih. tiba aje kat sini abang ngan kasih terus buat sportcheck kat swimming pool. So swimming class for abang ari isnin n kasih ari rabu. sekali seminggu.






kat sini jugak abang ngan kasih wajib letak shoes memasing kat rak yang disediakan, tapi x leh sebarang letak coz dah siap bertag ngan nama masing-masing




so teacher nelly tengah duk tunjuk maner rak kepunyaan abang


dan yang ni rak kepunyaan kasih


ni pemandangan dalam pejabat Tadika Sri Cemerlang


kasih excited duk nunjuk gambar-gambar yang tergantung kat dinding




ari tu, ader sorang blogger nanya akak pasal segala mak nenek berkaitan ngan tadika ni. so kat sini kak rose akan bagi penerangan yang detail sedetailnyer. Tadika Sri Cemerlang terletak kat Taman Dagang, kira cam jauh sikitlah pada pandan indah, pastu tadika ni menggunakan cara pembelajaran LADYBIRD. Pendaftaran bagi kanak-kanak umur 6 tahun cam abang danish adalah lebih kurang RM760.00 dan yuran bulanan RM200. Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun pulak, pendaftaran RM820.00 dan yuran bulanan RM220.00. Dan pada bulan April nanti, jumlah sebanyak RM760.00 + RM820.00 perlu dibayar sekali lagi bagi penggal kedua. Dan bagi bayaran van adalah RM65.00 setiap orang dan deposit 2 bulan.




MASKER



eji tengah pakai masker dan tengah layan tido-tido ayam, masuk aje abang danish terus kejutkan eji, sibuk gak soh pakaikan abang masker. Tapi maner boleh guna original nyer masker kan, eji carik alternatif lain supaya muka abang kelihatan cam pakai masker gak.



maka eji pun tepeklah tisu yang dicelup ngan air kat muka abang, maka jadilah masker. lepas tu sibuk duk nanya eji kenapa kena pakai cam gini kat muka, camnerlah mak ucu ko nak jawab abang, dah sah-sah kalu pakai masker x leh bercakap bagai.




so sekarang abang nak panjat katil, nak rehat cam mak ucu dier, sementara nak nunggu masker tu kering.


NAK IKUT



anak-anak bertuah ni tak puas lagi berjalan agaknyer, bercuti kat kampung dah seminggu dan rasanya last month jugak ader balik kampung kat kemaman, rasanya dah cukuplah kot berjalan, berjalan pun bukan free semuanya pakai duit. tapi anak-anak bukan faham, semalam tengahari kasih dah pasang moncung 14 inci coz nak ikut papa gi bengkel. Dah lama sangat laki aku tinggalkan bengkel, haruslah balik aje terus duk kat bengkel sampai kul 2.00 pagi.





time ni kasih tengah ayat papa, nak ikut gak papa gi bengkel, wahlal dulu papa pernah bawak sekali, pastu tak sampai 5 minit dah nak balik, sib baik bengkel ngan umah just 7 minutes aje. ayat meleleh baiknyerrrrrrrrrrr kasih bagi kat papa pun tetap x jalan gak, kasih memang x leh ikut.



bfren maner tahan kalu gfren dier merayu-rayu nak ikut, papa janji petang nanti baru boleh kuar, sekarang ni papa kena gi workshop lu.




bila papa dah janji nak bawak, kasih terus hooray......



abang danish abang yang paling baik, abang pun pujuk kasih gak, kasi papa gi bengkel nanti petang baru kita gi jalan-jalan


Friday, January 02, 2009

SEMANIS KURMA



tajuk memang bestlah, cemburu....


rasanya dah banyak minggu aku termiss rancangan ni, tak tahu kenapa, may be busy wat menda lain kot. so ari ni kira ari rehat aku laki bini coz aku penat lah weii, perjalanan sari suntuk buat semua tulang rasa cam nak tercabut, masa duk ralik cari channel yang best, rupernya ader semanis kurma tengahari tadi. Kali ni memang best coz hero pujaan hati ku zaman anak dara dulu ader, saper lain kalu bukan azhar sulaiman.



tapi aku suka cara azhar sulaiman bagi pendapat, antara pendapat azhar ialah:-

- sekiranya suami beralih cinta pada orang ketiga, maka kita perlulan memenangi semula hati si suami.

- menarik balik rasa kasih sayang si suami dengan cara berterus terang

- imbas kembali saat-saat romantik ketika zaman bercinta dahulu


tapi ayat paling best bila azhar cakap, dia bukan main lagi bercakap panjang lebar kat sini, esok-esok kalu kena batang idung sendiri baru tahu. dan part paling kelakor dia cakap wife dia ader banyak satelite saner-sini ader, merata-rata jadi semua pergerakan wife dia akan tahu, so kira cam x leh pusing line lah.





manakala pandangan fauzi dan nisda mengenai cara-cara mengatasi perasaan cemburu adalah seperti berikut:-

- cemburu tu boleh tapi jangan melampau
- Saling percaya antara satu sama lain
- sentiasa menjaga antara satu sama lain, sentiasa mengambil tahu hal sesama suami isteri


dan nasihat nisda adalah yang paling berguna iaitu kepada para-para suami elakkan memberi peluang kepada orang yang cuba mendekati kita kerana ni semua melibatkan perasaan, bahayos tau....dan katanya lagi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi jadi jangan cuba bukak ruang untuk kehadiran orang ketiga.




Dan kesimpulannya daripada ustaz dan ustazah, bagaimana nak memenangi cemburu dan membina rumahtangga bahagia adalah juga bermula daripada perkataan CEMBURU itu sendiri.

C - control, kawal segala perkataan dan pergerakan

E - elakkan memuji lelaki lain di depan suami begitu juga dengan suami jangan sesekali memuji wanita lain di depan isteri, INGATI BAI, jangan puji depan bini walau cantik camner pun awek tu.

M - menghargai pasangan, contohnya dengan memberi hadiah

B - beritahu apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka, kiranya cam berterus-teranglah. Sikap berterus terang resipi terpenting lam rumah tangga

U - ungkapan sayang, ungkapan ni penting kerana boleh mengeratkan umah tangga kita.
(tapi ader setengah orang aku tak faham kenapa bila kita panggil suami kita ayang or suami panggil kita ayang, ader yang cam geli geleman dengar ayat tu, bagi aku kalu korang tak suka jangan panggil tapi janganlah duk kodem orang pulak, itu hak peribadi masing-masing.


R - rundingan or perbincangan. sekiranya kita suami isteri or family mengadakan perbincangan kita akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

U - ubah diri ke arah kebaikan, ubah cara pergaulan dan cara permakaian.


SELAMAT TIBA


syukur Alhamdulillah pada Allah S.W.T, jam 11.30 malam baru tiba kat KL. sepanjang perjalanan hinggalah sampai ke KL, hujan tak henti-henti turun, kereta pun kena bawak slow aje...


balik umah lepas mandi aje terus berkampung lam bilik mami, semuanya diceritakan kat mami rasanya x der satu pun yang tertinggal, berebut-rebut nak story aper yang jadi kat kampung kat mami, untuk mengelakkan pergaduhan berpanjangan antara abang ngan kasih. abang criter segala mak nenek kat mami dan kasih duk bercerita kat mak ucu.




semua x nak tido ngan aku, semua nak kepit ngan mami, tapi ader sorang budak pompuan tu kul 4.00 pagi dah merayap masuk bilik aku, tapi pandainyerrrr, dia tahu mama ngan papa dah tido, diam-diam naik tido kat sebelah papa. aku sedor bila kasih bukak pintu tapi saje aje buat donno, nak nengok sebelah saper kasih nak tido, rupernya pilihan tetap sama, sebelah bfren....


pastu dua beranak ni asyik duk bercerita sampai kul 3.00 pagi


BORING


perut pun dah kenyang, maka perjalanan kena diteruskan semula



kasih ngan abang payah betul nak lelap mata, kasih x mo pejam langsung mata, dia nak neman kan papa drive, takut papa singgah kat maner-maner hotel, kena pastikan perjalanan terus ke KL, tak mo singgah maner-maner lagi.


abang danish kenyang perut terus happy, tak henti-henti bercakap pastu sedor tak sedor dah dengar abang berdengkur kat belakang


tapi kasih memang gigih x mo tido, puas aku duk story cinderelella lah, snow white lah, thumbelina lah, semuanyer tak jalan, sah, konfem budak bertuah ni tak percaya kat papa dier, takut benor kami singgah lagi kat maner-maner. nak benti buang air pun payah, kreter tak leh stop langsung. kalu idak ader yang menangis tak berlagu nanti.


MAKAN LAGI


paling seronok balik kampung, jalan jauh-jauh aderlah bila part benti makan......ikutkan hati aku memang aku dah malas nak turun kereta, ujan renyai-renyai dah buat kepala aku ting tong. tapi mengenangkan anak-anak lapor nak makan, maka kami singgah lah tuk dinner.




hobi aku kan makan memakan, anak yang nak benti makan tapi mama nyer orang pertama yang order


anak aku pun order mee goreng.....







kasih sehati sejiwa ngan bfren dia, x nak makan dah, dah kenyang makan nasi kul 4.30 tadi, kasih ngan bfren dia cuma makan kek pisang aje


 
template by suckmylolly.com