Thursday, June 26, 2008

DIMANA KAH KO SAL?

kami yang sibuk duk berpegangan tangan



ni adalah kawan baik saya, namanya Norsalasiah binti Zulkiflee, orang bahau, negeri sembilan. sal amat baik orangnya dan tersangat lah baik. saya begitu sayangkan dier. tapi saya telah lost contact dengan sal semenjak saya berkahwin ngan tuan besar. dah pindah, phone dah tukar, tempat kerja dah tukar so may be sal x tahu maner nak contact saya lagi.


Saya teramat merinduinya kerana seumur idup saya idup kat duniawi ni lum pernah saya ader kawan yang begitu baik dan amat menyayangi saya. Dialah yang menjaga saya ketika saya masuk ke hospital dan sering masakkan masakan fovorite saya. saya dan sal adalah seperti adik beradik yang sungguh akrab.


Hanya sal aje tempat saya mengadu domba dan dia adalah sahabat yang paling luhur, jujur dan tidak pernah sekalipun dia mengutuk saya di belakang, begitu juga dengan saya kerana saya terlalu sayangkannya.


Tau kenapa saya sayangkannya:-

(a) kami selalu berkongsi rahsia akan tetapi rahsia itu hanya pecah diperut dah bukannya dimulut;

(b) sal muda pada saya so dia selalu ikut nasihat saya, pernah satu hari dia berkawan ngan orang putih, saya larang kerana berlainan budaya dan agama pas tu dia putus kerana ikut nasihat saya, bila saya tanya kenapa putus, jawabnya "dah kak na x suka aku ikut aje"

(c) aku tidur sekatil dengan sal walaupun ader double decker, so aku selalu tido dalam dahaga, tapi dia akan gagah bangun ke dapur kerana nak ambilkan air untuk aku. coz mak dier kata, kalu kita dahaga masa nak tido,baik minum dahulu coz nanti takut roh kita berjalan masa tido gi cari air, pastu roh kita masuk dalam lubang besar nak minum air n then x dapat kuar coz lubang tu ader orang tutup, so katanya "aku x nak kehilangan kak na"

(d) banyak lah menda yang aku sayangkan kat dier, x terucap ngan kata-kata
(e) dulu masa kat kolej kami selalu x cukup duit, kami selalu beli nasi sebungkus tapi kongsi berdua, ayam goreng seketul makannya berdua
(f) dia selalu cover line bila lecturer cari aku
(g) pas abis belajar dia x kerja aku called dia ajak tinggal ngan aku, dia sanggup datang tinggalkan family dier duk ngan aku, walupun dia x ader kerja. katanya nak temankan aku kat kl sorang-sorang
(g) dan yang paling penting aku sayang dier dan dier sayang aku


dimanakah ko Sal, kak na rindukan sangat dan percaya lah tiada sorang pun dapat ganti sal dalam idup kak na, kerana sal adalah sebaik umat manusia yang pernah kak na jumpa dan kawan.


miss u so much

4 comments:

^AnGeL iN DiSguiSe^ said...

sedeynyer.....

kawan baik camni susah nak carik...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

tulah, tapi memang sampai sekarang ai x tahu maner dia pergi......

Zaini said...

touching.

dr ap yg dicrite,mmg suprb orgnye.

xtrai yellow pages?

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

tq zaini, memang halitot lah orangya

 
template by suckmylolly.com