Thursday, June 19, 2008

WAHAI KAWAN


saya pernah ader seorang kawan, kawan saya ni baik sangat dengan saya. dahulu kalanyer.... saya amat sayangkan kawan saya. kalu kawan saya ader masalah saya akan sentiasa menjadi pendengar yang setia. kalu kawan saya memerlukan saya, lam masa 1/2 jam pasti saya akan muncul didepan. dan saya sentiasa menghulurkan bantuan kepada kawan saya.
Lunch hours saya terserempak dengan kawan saya, kawan saya ada sapa saya, memang saya membalasnya tetapi hati saya masih terluka. saya bersikap profesional. Setiap kali saya melihat wajahnya hati saya mesti berkata "sanggup awak memfitnah saya". saya sedih mempunyai kawan seperti dia. saya sangat jahatkan? sebab saya masih ingat perkara itu walaupun sudah lama berlalu. Setiap kali saya terserempak dengan nya dan setiap kali saya melihat dia, saya melihat seolah-oleh kawan saya cuma berlakon baik di depan semua orang.
Walaupun saya telah berkeluarga dan kawan saya pun telah berkeluarga namun saya masih sakit hati dengan aper yang berlaku. Setiap kali saya melihat wajah kawan saya, hati saya masih terluka. Mungkin kawan saya sudah berubah menjadi seorang yang baik, akan tetapi baju yang telah koyak, walau dijahit dengan jahitan yang paling bagus pun ia tetap kelihatan kesan koyaknya. Begitu juga dengan hati saya yang terguris dengan aper yang berlaku. Kawan saya yang lain ader menyuruh saya lupakan sahaja aper yang berlaku. tapi kawan ku, hati manusia lain-lain. saya memang susah melupakan apa yang terjadi kerana saya tidak pernah memburukkan sahabat saya itu....

1 comments:

Anonymous said...

i know u are a good friend, u always help ur friend, but sometimes people doenst appreciate what we have done.....

 
template by suckmylolly.com