Friday, August 01, 2008

MENDIDIK ANAK UNTUK SIAPA?

mendidik anak untuk hari tua atau untuk Allah S.W.T.


bagi kebanyakkan manusia, anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua.
memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. ini tuntutan fitrah. ini juga tuntutan agama. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata. Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti.
konsep ini perlu dikikis dna dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah S.W.T. Anak-anak itu adalah amanah Allah S.W.T. ereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah S.W.T. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah S.W.T dan selepas itu menjadi Khalifah Allah S.W.T di muka bumi.
kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang yang soleh yang berakhlak dan berjasa. orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Allah S.W.T dan sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.
Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut kepada Allah S.W.T, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu menjadi semakan rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain akan bersarang di hati mereka.
ibu dah ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Allah S.W.T pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. apabila ibu ayah mati anak seperti ini akan mendoakan mereka. doa mereka ini tidak terhijab, ibu ayah juga akan terus dapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat didikan dan ilmu yang dicurahkan.
Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah S.W.T. setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

2 comments:

Sue Sally said...

both... i wish i cud :)

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

suesally
kak rose pun arap cam tu, thanks singgah kat blog kak rose. i will link ur blog, k

 
template by suckmylolly.com