Wednesday, May 27, 2009

PRINCESS KASIH

lepas isyak aje, aku terus ajak kasih gi Simma kat Midpoint sebab nak carik crown untuk pertandingan pakaian beragam pada sambutan hari guru kat tadika diaorang on 29 Mei 2009.

  • kat sini ader pelbagai jenis crown cuma warnanya terhad pada pink n white aje. dan disebabkan baju kasih blue color makanya aku amik white crown. kasutnya malam nantilah baru gi carik. Walaupun abang ngan kasih baru 4 dan 6 tahun, tapi aku bagi kebebasan penuh untuk diaorang tentukan aper pakaian yang anak-anak aku nak pakai.

  • Asalnyer aku nak sewa aje costume coz kat Ampang ader kedai boleh sewa costume, tapi bila aku gi saner, pakaiannya cam tak baru sangat, dan nampak kusam. maka aku pun amik keputusan carik semampu yang boleh ikut kehendak abang n kasih.

  • Alhamdulillah abang danish dah ader banyak costume ultraman, spiderman dan batman. Tinggal pilih aje yang maner abang nak pakai. so tak payah beli dah, costume ultraman abang baru lagi, pakai ajelah costume yang tu. selesai satu masalah. Anak lelaki ni senang tak banyak aksesori perlu dibeli.

  • Kasih ader masalah sikitlah, sebab tadika anak aku bagi notis tu pun on 18 Mei 2009, nanti on 29 Mei 2009, majlis dah berlansung. Tak sempat lah aku nak tempah baju bagai for kasih. Kasih dah cakap awal-awal dia nak jadi PRINCESS, dan tak mo pink kaler sebab nak jadi cam CINDERELLA pakai dress color biru. maka aku berhempas pulas lah gi carik kat maner-maner kedai yang ader jual dress cam princess khas buat kasih tercinta.

  • member aku cakap banyaklah kononnya ader jual kat lovely lace, kat sogo, kat isetan lah, kat sanerlah, kat sinilah. Memang ader, tapi aku tak berkenan yang "flower girl" nyer dress. Kebanyakkannya paras lutut kalu ader yang paras kaki pun labuhnya, takdok warna biru, kebanyakkan pink and putih, tapi kasih nak jadi Cinderelella. manalah aku nak carik.....................................
  • tapi macam yang aku cakap selalu, usaha tangga kejayaan. Finally after 3 days aku berhempas pulas kesaner-kemari, menular time korje semata nak carik dress princess for kasih. Doa aku dimakbulkan oleh Allah S.W.T. dapatlah kasih jadi Princess nanti. InsyaAllah.

  • nak nengok dress princess kasih??? tunggulah 29 hb Mei 2009, nanti kak rose uploadkan kat sini gambornyer


1 comments:

CuTeMiUt78 said...

wah.. mesti cantik kasih jd princess

 
template by suckmylolly.com