Monday, August 03, 2009

KUALA KEMAMAN

kami bercadang singgah lu kat Cherating bfore teruskan perjalanan ke Terengganu. as usual laki aku tak larat nak drive jauh-jauh. after check-in chalet kat Cherating, kami pergi Kuala Kemaman carik makan. Kalu gi Terengganu, Cherating memang tempat persinggahan wajib kitaorang dan as usual jugak, rizal akan sewa chalet supaya anak-anak dapat main pasir. maklumlah kan umah kami tinggi melangit, nak jumpa tanah pun payah. kat sini aje anak-anak aku boleh main pasir sepuasnya. aku singgah kat kedai yang paling famos lah kononnya kat Kuala Kemaman, Warung Aziz Satar.

tapi mak oooooiiii, nilah kali terakhir aku masuk, jangan arap lagi aku nak singgah kedai ni. ari tu masa gi outstation kami singgah jap makan sini, boss aku yang bayor, so idok ler aku tahu beraper harga ikan celup tepungnya. tapi bila aku criter kat boss aku kedai ni mahai nak mampuih, baru boss aku bukak criter yang seekor ikan celup tepung yang aku makan tu harganya adalah RM20.00. betul-betul cekik darah, kalu kat gerai lain, baru RM8.00 aje harganya.


kedai ni memanglah famous, sebab nak masuk surat khabor pastu kalu kita nengok pun yang duk singgah makan semuanya orang luar, papa aku cakap orang kat kemaman tak singgah kedai ni sebab mahai. lagipun makanannya tak adalah umpppph sangat. bayangkan aku cuma order telur dadar 2 biji for kasih, maggi goreng kosong for abang dan untuk aku laki bini, ikan cermin yang kecik giler digoreng pedas dan tom yam sorang makan + air kelapa 4 gelas bukan bijik tapi gelas, segelas baru RM1.50. tapi bila dikira semua sekali jumlahnya RM45.00. aku terkedu masa nak membayor, aduh mak mahainyer, kedai tak aderlah gah sangat, tapi sebab mungkin dah ader nama kot. patutlah aku nengok yang singgah semua plat KL or luar, plat terengganu payah benor nak jumpa.



satar dier pun mahai giler, aku tobat tak singgah dah.








10 comments:

Richeal Phil @ Ritz ^-^ said...

comel giler budak tu haha..
nice blog!

atty's said...

salam rose..patutnya utk entry ni rose buat title..warung aziz satar

nanti bila org google.leh jumpa review rose pasal kedai ..mencekik darah nie.

lily lotus said...

tah aper2 mahal nak mampus!

Ms Diamond said...

Salam ziarah. Klu sggh kat Kemaman, baik beli kepok leko n lepak kat kopitiam Kemaman tu jek... :)

Oghang Kemamang mmg ltk hg tggi sket...

MULAN said...

laaa.. patut langsung ke kerteh ni.. boleh kita belanja ikan bakar..

Anonymous said...

warung ni memang Pak Aziz Satar yg pelakon tu punye ker?

Diamilikku said...

hurmmm warung tu memang mahal plus tak sedap...
lain kali gi gerai cik wan..tapi takde lah tom yam2 semua tuh...just ada mee calong, mee kari, laksa, sata, otak2, pulut panggang, ikan2 celup tepung sumer ada..memang dijamin sedapppp

CuTeMiUt78 said...

maaaakkkk aaaaiiihhh mahalnya kak.. ikan celup tepung mau dkt RM20 perggghhhh...

rakan baru said...

aku ni orang kemaman memang x pernah mkn kedai tu..baru ko tau mahal. klu nak makn murah ko pegila warong kecik2 tempat mat rempit lepak . aaa situ memang murah.sapa x kenal warong aziz satar. dulu mnantu dia kawan aku skarang x tau mana pegi .degar kata dah cerai aku pon xtau dengar org cakap je....

rakan baru said...

aku org kemaman x pernah masuk pon warong tu mahal nak mampos ...org luar memang la kena cekik. sebab x tau..

 
template by suckmylolly.com