Saturday, November 14, 2009

PAKSU MAT


malam semalam aku didatangani tetamu yang jauh dari pantai timur, pak sedara aku sebelah mak aku. aku cuma ader 2 orang pak sedara aje lagi dari belah mak aku. satu kat pantai timur satu lagi kat Sarawak. Sebelah ayah aku lak cuma tinggal sorang aje lagi iaitu Ayah Su, ni lah pak sedara yang paling aku sayang. Actually aku ader ramai pak sedara dari belah ayah aku tapi semuanya sudahpun kembali ke Rahmatullah, begitu gak ngan sebelah mak aku.



pak su mat ni kiranya adik bongsu mak aku. dia datang KL ni ader kursus so dikesempatan tu datanglah melawat aku yang baru aje lepas bersalin. Pak sedara aku semua otak best-best, sporting belaka. masa depa datang aku tak pakai stokin, aku buang aje sekejap, jawapnyer berbakul lah aku kena basuh di pak su mat. seratus kali duk cakap orang sekarang tak macam orang dulu, berpantang giler-giler, ni idak katanyer aku berpantang ala kadar.

Actually memang betul kata pak sedara aku tu, aku tak ader berpantang giler-giler cam orang, sebabnya aku ader 3 anak yang perlu kan aku. takkan aku asyik nak berbaring atas katil aje. tapi itulah yang pak su mat duk bising, soh aku berbaring kat katil 24 jam.

maner boleh, walaupun mak aku ader tapi aku takkan sekali-kali soh mak aku buat kerja, orang luar memang pandang cam gitu, senanglah mak ader, mak boleh buat semua kerja, tapi diaorang tak tahu yang mak aku dah tua, ader diabetis lak. tak boleh buat kerja sangat, nanti letih tak bermaya. sepanjang duk umah datang pantang, dua minggu aje aku baring sebab perut belum baik betul lagi, tapi after tat, aku terus buat semua kerja. semua kerja suri rumah tangga. segalanyer lah macam korang gak, semua buat. plus anak-anak aku kalu aku ader langsung tak nak ngan mak aku, mak aku tu kan garang, buat salah sikit ader yang kena rotan.


Pak sedara aku ni kira pior orang kampung lah, sebab aku basuh pinggan pun dia bising, katanyer sejuk, nanti masuk angin, tak leh kena air sangat, angin cepat masuk... bla ...bla...bla..
aku terima segala nasihat sebab semuanya benar-benar belaka, tapi rasanya kalu aku ader maid barulah boleh rehat cam yang pak sedara aku nasihatkan. sekarang ni banyak kerja sedang menunggu aku tak pernah abis, dari pagi bawak ke tengahari, bawak ke petang, bawak ke malam, tido aje baru boleh baring betul-betul.



pak sedara aku kat lam gambor tu yang kepalanyer dah hampir botak. actually tq very much atas nasihat yang memanglah berguna, aku rasa kalu aku berpantang kat umah pak sedara aku masak aku, mahu setiap hari aku nangis. tak tahannnnnnnnnnnnnnnnn, banyak sangat pantang larangnyer.

3 comments:

zino said...

dalam pantang sekarang ya.. tahniah ..

miss cloudy said...

lama dah tak mai sini...congratss akak... best nyer nama baby cinta..

CuTeMiUt78 said...

emmmm mungkin dia beri nasihat tu.. ikut pengalaman kan kak.. biasa la org2 tua ni.. nak kan kita berpantang tu.. supaya sihat segalanya di kemudian hari... tapi nak buat camne kan.. dah nama pun tugasan.. kena la kita gak yg buat kan kak

 
template by suckmylolly.com