Wednesday, March 10, 2010

RIANG RIA


suka, tenang, gembira dan kadang-kadang ketawa sendiri melihat telatah anak-anak yang sedang membesar ni.  Melihat keletah anak-anak bergurau senda, ketawa sampai terbahak-bahak, semua tu adalah kenangan terindah sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anak.  Hargailah masa-masa anak kita buat bising sampai kecoh satu umah sebab kekecohan tu hanya datang ketika mereka masih kecil, nanti kalu dah dewasa, semua tu dah ilang, semua tu tinggal kenangan. Lebih-lebih kalu mereka meninggalkan kita lebih awal daripada kita meninggalkan mereka.  Semua tu selalu aku semat dalam kepala, hargai semasa hayat mereka.




Kerana itulah aku jarang sangat marahkan anak-anak kalu mereka buat bising kat umah, kat klinik or kat maner sajerlah, sebab bagi aku mereka adalah anak-anak yang sedang membesar, bukan tak mendisplinkan anak, tapi itulah masa mereka bergembira dan happy selalu. Nama pun budak-budak, yang mereka tahu "happy sokmo". Happy tu penting supaya anak-anak tiada tekanan hidup seperti mana anak-anak yang selalu kena tengking, kena marah, kena dera, semuanya meninggalkan kesan pada diri mereka. 



rumah pun akan sunyi kalu abang ngan kasih keluar ngan mak cu or papa or mami.  rumah nampak macam tak berseri bila diaorang tiada kat umah.  rumah jadi sunyi sepi bila diaorang pergi sekolah, dan akan kembali riuh rendah bila mereka berdua berjumpa.






paling best bila dengar abang ngan kasih ketawa terbahak-bahak dan tak sabar menunggu my cinta untuk sama-sama masuk geng happy ni.


1 comments:

Lee said...

Hi Lady, you got great looking kids. Looks like they having fun....and they have their mom's good looks too.
You have a great week, and keep a song in your heart, best regards, Lee.

 
template by suckmylolly.com