Thursday, January 01, 2009

KEDAI RUNCIT



dah tengahari tak masak, x reti-reti lagi beli ikan ngan sayur tuk masak malam nanti. balik tu singgah jap kat kedai runcit kat kampung rizal. tapi urusan beli sayur ngan ikan ni aku serah kat rizal, boleh dapat murah, orang kampung sendiri, datang minah luar cam aku ni mahu harga pun jadi mahal sikit. Contohnyer masa aku gi pasar sorang-sorang ari tu, aku beli ikan aya RM8.00 sekilo tapi esoknyer bila rizal gi beli ikan aya tu boleh lah jadi RM6.00 sekilo takkan satu ari aje ikan dah naik harga. ni namanyerr mencekik aku. rizal cakap dia tahu aku orang luar jadi dia kasi up sikitlah......




malam tadi aku just masak kuah singgang aje, abah soh gak masak sekali bfore aku balik KL, abah nak makan kuah singgang, goreng ikan kering nak cicah ngan budu. Ujan-ujan cam ni sedap kalu makan ikan kering. baunyer pun dah menyelerakan.



ni mungkin lauk terakhir yang aku beli bagi tahun 2008. ari ni may be aku balik KL kot, nengoklah camner reaksi abang, nampak gaya cam syiokkk giler duk sini, ramai member, langsung x lekat umah, kalu kasih memang tak sabau-sabau nak balik jumpa mami, rindu sangat dah tu, malam-malam bfore tido mesti nangis lu, sambil cakap ngan mami on the phone pun still nangis lagi, kasih betul-betul rindukan mami, siang malam x henti-henti cakap rindu mami.


3 comments:

CuTeMiUt78 said...

oh..oh.. gitu ler plak.. emm.. kiranya muka akak ni.. memang confirm klu org kg nampak je.. kasi up itu harga barang.. heh..heh..hehh.. selamat tahun baru kak.. semoga tahun baru ni membawa sinar bahagia utk akak sekeluarga

zino said...

sesekali orang KL datang ketuk le hehe

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

cutemiut78
itu lah yang laki akak duk cakap, kena ketuk coz tahu kak rose ornag luar
selamat tahun baru gak dari akak sekeluarga buat rina sekeluarga

zino
tulah asal orang KL datang aje kena ketuk

 
template by suckmylolly.com