Showing posts with label admit. Show all posts
Showing posts with label admit. Show all posts

Monday, September 28, 2009

TUKAR WAD


bila darah aku dah turun sikit, bukan normal lah, kira kategori tak membahayakan diri dan baby, barulah aku ditukarkan ke wad biasa, bukan lagi observation room yang menakutkan dan sunyi giler tu. barulah lega jiwa raga aku dapat duduk wad biasa, takderlah sunyi. aku takut ngan keadaan sunyi kat spital, cam-cam lam kepala hotak aku.

aku ditempatkan di bilik 311. tapi Alhamdulillah tak lama aku kat wad ni pun, lam 2 ari aje, so semua sekali gedabak gedebuk 2 hari kat observation room and 2 ari lagi kat wad.


namun, aku duk kat sini keseorangan, laki aku outstation ke JB. anak-anak cuma melepaskan rindu waktu malam pas berbuka, datang ngan eji. kasih nak tido ngan aku kat sini, tapi memandangkan esok dioarang nak gi sekolah, makanyer aku tak berani nak bagi, kalu ponteng kelas, banyaklah homework yang kasih kena siapkan, tu yang aku tak beraper nak bagi kasih ponteng walaupun kasih baru 4 tahun, sebab tak gi sekolah aje satu ari, homework melambak giler.




bp, bukanlah satu penyakit yang menyebabkan aku tak leh bangun, cuma kekadang tu rasa pening sikit kalu bp naik. tapi dalam tempoh dekat nak meletup ni, aku acap kali terasa pening. tapi aku memang tak berani skip ubat dah, aku memang jaga betul-betul.



bilik ni pun sama, tetap channel favorite aku tarak, 104 & 105.



WAD LAGIK....




ni lah menda yang paling aku phobia, setiap kali pregnant, kena masuk wad, kali ni darah tinggi aku mencanak-canak naik sehingga 205. maka nya gynae aku tak der pilihan lain kena masukkan gak aku ke spital, aku dimasukkan ke spital pada 12 September 2009 iaitu pada hari sabtu. memula tu dia tak cakap pun kena masuk spital, gynae aku cakap taruk aku kat observation room lu nengok dalam masa dua jam, darah aku turun ke idak.


so nilah bilik observation room yang aku duduk selama 2 jam memula tu, ingatkan pas ni bolehlah balik berlenggang kangkung kat umah bagai. bilik ni lak menakutkan, yelah bilik orang tengah nunggu nak beranak. tapi gynae aku memang the best gynae in the worldlah, sebab dia memang betul-betul jaga aku. katanyer kalu taruk kat wad biasa, penjagaan nyer tak serapi kat observation room, kat sini setiap 5 minit nurse akan datang check bp aku yang dah di set every 5 minutes. dan yang paling penting, bilik kena sunyi sepi sebab tak nak bagi darah tinggi aku naik.



tapi aku punya darah tinggi memang giler lah, asal aku baring n rehat aje, bp aku turun sampai 125, pastu bila aku bangun gi toilet, baring balik bp aku terus mencanak naik sampai 190. memang bacaan yang betul-betul giler dan bagi aku lagi tension duk sini. gerak sikit aje, bp aku naik, bila baring layan tv baiknyer elok aje bp aku turun. aku dah lah nak cepat balik, banyak lagi barang persiapan raya aku belum beli lagi.




after 2 jam, bp aku main-main, sekejap naik sekejap turun, makanyer aku pun confirmlah kena tahan duk kat sini. bp aku lagi naik sebab aku asyik nangis rindukan anak-anak kat umah. paling sedih sebab tetiba aje terus masuk, tak der signal langsung, tak sempat bawak aper pun, aku mintak balik umah kejap sebab nak amik aper yang perlu pun doc tak kasi, kena terus duk baring atas katil, sampai bp aku stabil. ubat lagilah bertambah lagi sebijik, ubat yang power sikit dari yang warna oren aku duk telan 12 bijik sehari.



so kerja aku kat sini, setiap 5 minit duk pandang mesin bp pastu layan TV yang tak beraper nak sedap sebab channel 104 ngan 105 tak dapat, sedangkan tulah fovorite channel aku.



pastu 3 kali sehari dia akan pasang alat ni kat perut aku untuk check kelajuan degupan jantung baby dalam kandungan. ye ke? rasanya lah. dah nak masuk 3 anak pun aku tak beraper nak amik port sangat. rasanya yelah kot.





Wednesday, October 15, 2008

BYE ABANG N KASIH - TUESDAY 14 OCTOBER 2008

sedihnya nak tinggalkan abang n kasih, abang n kasih ni tahu sangat kalu aku bukan nak ke ofis, dia orang tahu sangat kalu pakai baju ofis, mesti nak ke ofis tapi kalu pakai t'shirt aje mesti nak gi maner-maner, so abang n kasih duk nangis, tak sampai ati nengok, tapi apakan daya aku, aku kena masuk kat wad.


bye-bye sayang nanti malam datang nengok mama yer....


aku gi hospital naik teksi, rizal x leh nak cabut walaupun sekejap coz ader duty, aku faham dan amat faham ngan tugas laki aku, lagipun aku dah biasa keluar masuk wad, menda tu dah jadi normal pada aku.

tapi lambat giler nak boleh admit kat sini, aku kena tunggu bilik kosong coz single room semua dah penuh, aku kena tunggu orang lain discharge lu baru leh masuk, so lam kul 5.30 petang baru aku dapat masuk wad. wad aku kat tingkat 7...


 
template by suckmylolly.com