Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, October 05, 2009

SHOPPING AFTER RAYA

hari jumaat ari tu, time lunch aje aku terus melangkah ke Sogo, kat level 7 ader sale, nengok pada katalog yang dia antor ader barangan baby. aku apalagi terus bergegas gi saner, tapi tak banyak pun barang baby. yang ader banyak cuma stroller aje, berebut gaklah orang duk membeli, tilam for baby pun cepat giler abis, sib baik ader rezeki aku, dapat lah aku sepasang satu set pink kaler. Tapi aku tak sempatlah amik gambor kat sogo, cuma sempat amik kat JJ maluri ngan JJ Setiawangsa. Kat sogo aku aderlah beli gak barang keperluan baby, pakaian baby, lampin tapi adik kesayangan aku pun dah banyak beli baju baby kat FOS.

gambor tak clear sebab aku tak setting elok-elok. aku carik buaian yang color coklat tu merata tempat tapi kebanyakkan yang ader cuma yang display aaje. tak nak lah sebab dah kotor dan ader yang koyak. of cozlah semua orang nak yang baru, walaupun dibagi diskaun aku tetap nak yang baru gak. aku merayaplah hari sabtu hari tu, gi JJ Maluri, abis stok, merayap gi JJ Melawati pun abis stok, sogo memang tak der yang cam gini, kat Midvalley pun yilek, kena tunggu stok baru sampai, tapi sib baik kepala otak adik aku tu bijak, dia cakap kat JJ Setiawangsa mesti ader stok sebab kat saner tak ramai orang. Memang tepat sekali hari sabtu aku gi aritu, tak ramai orang pun, stok pun ader banyak lagi, aperlagi terus amik.


shopping barang baby hari sabtu pun aku angkut semua anak-anak, time ni benti makan kat TESCO sebab anak-anak aku dah kelaparan. singgah kat sini sebab ikut selera abang nak makan roti hotdog kat dalam TESCO. disebabkan anak sulung aku sejak balik dari kampung ni agak culah nak makan, maka aper aje selera abang aku ikut aje sekarang ni, yang penting anak aku kenyang.







alang-alang sampai sini terus beli barang basah untuk seminggu nyer stok.



Monday, September 28, 2009

siang ari tu, laki aku nak bawak anak-anak ngan mami datang, tapi aku tak bagi sebab takut gejala HINI, tapi sebelah malamnya, anak-anak aku maner boleh tak nengok mak dier, laki aku terpaksa gak bawak, anak-anak aku dah nangis kat umah sebab takut aku kena bedah. Alkisah, pernah satu hari aku bawak abang ngan kasih neman aku buat montly check-up, sementara nak nunggu giliran aku, aku bukaklah buku pasal bersalin bagai, kat situ aderlah gambor camner kena ceaser bagai. so aku tunjuk lah kat abang ngan kasih, camtulah dia kuar dulu, terus 2 beradik tu gerun, siap tanya, kalu ceaser lagi, mama mati tak? tu yang dua beradik dengar aku masuk wad aje terus nangis kat umah, takut perut mak dier kena bedah.

baru masuk wad sehari, tangan anak dara aku dah gelembung bagai sebab kena iron. ni mesti gara-gara orang tengah iron, dia pun sibuk nak iron gak.


tapi walau camner pun, tempat rujukan khas of cozlah kat laki aku. aku jatuh tempat kedua. Pujukan mama ngan papa dier maner nak sama, of cozlah papa dier yang menang. sebab rizal kan king of the pujuk.





pastu after 15 minutes, keboringan anak-anak aku dah mula membuak, abis semua peralatan kat lam bilik observation room ni diaorang nak main.



tu dia, dah jumpa satu menda, terus ader yang jadi dr. kasih.

pastu gilir-gilir, abang danish lak yang jadi dr.


tapi aku tak marah pun, main ajelah, yang penting anak-anak happy.


check abang jangan tak check.

kesian kat abang danish, dia dah tahu yang baby dalam kandungan aku adalah baby girl, (InsyaAllah) pastu sekarang soalan cepumas abang, bila lagi nak bagi baby boy kat abang, baby girl tu for kasih, abang punya maner........................???

Monday, June 22, 2009

I'M 5 MONTHS


waiting patiently for our baby girl......
Here is our baby girl.



i can't believe how fast the past five months have gone by! i had my check last week and our baby girl still continues to sound and look great. We reviewed the ultrasound results tapi tak detail sangat coz aku takut nak tanya banyak-banyak, apatah lagi without rizal. serious cakaplah kan, aku still takut lagi ngan 3D nyer ultrasound. rasanya lebih baik tadak menda canggih cam gini, macam-macam menda duk berserabut lam fikiran aku dan rasanya tak sabar nunggu 4/7/2009 untuk tanyakan doc ngan lebih detail about my baby. seriously aku tak sabar nak nunggu dan harap-harap semuanya sihat Alhamdulillah.

Friday, May 22, 2009

ULTRASOUND PICS : MY PRECIOUS BABY IN ITS 13 WEEKS OLD

actually pics ni dah lama sangat, date dia 5.5.2009. tapi baru ari ni aku berkesempatan nak upload n update story pasail aku malas....


The gestation during this ultrasound is when my baby was around in its 13 weeks and 2 days. It was amazing to see it living in my womb. Alhamdulillah, all was well with it during that time. And I really liked to share these ultrasound pics to those women and parents interested in babies.


Tuesday, March 31, 2009

3 MONTHS

Dah hampir 3 bulan aku mengandung. itu jugak bermakna dah 2 kali aku jumpa ngan Dr. Marlek. first time jumpa masa aku pregnant 4 weeks, time tu doc belum bagi lagi photo hasil dari scan yang pertama. doc just check nak nengok aku konfem pregnant ke tak, may be awal lagi kot, baru 4 weeks.


yang ni adalah photo dari hasil scan yang kedua, time ni, usia kandungan aku 7 minggu 2 hari. setiap orang pasti buat macam-macam tekaan, samada anak laki or pompuan. terus-terang aku cakap, kalu boleh aku nakkan anak pompuan, tapi kalu Allah S.W.T kurniakan anak lelaki pun, alhamdulillah aku terima, semuanya rezeki. cuma hasrat hati aku inginkan pompuan, tapi tulah naluri aku kuat mengatakan baby yang aku kandungkan ni adalah lelaki. tapi yang paling penting sekarang ni aku kena jaga tekanan darah tinggi aku, semua tu membahayakan nyawa janin aku.
aku baik ngan sorang akak cleaner kat opis aku ini. setiap ari bila aku masuk toilet, aku mesti berbual dengan akak ni. dia pun dah baya emak aku, orang indonesia, tapi baik sangat. dialah yang bagitahu kat aku, macammaner nak tahu anak yang kita kandung tu perempuan atau lelaki? tanya naluri hati kita, kalu naluri kita kuat mengatakan pompuan, pompuan lah, tapi kalu naluri hati kita mengatakan lelaki, lelakilah. Jangan pulak naluri mengatakan lelaki tapi disebabkan kita nak pompuan maka kita pun mengatakan pompuan, tu dah kira salah. tu katanyer cara orang dulu-dulu buat ramalan. dulu maner ader scan bagai. dan selalunya insyaAllah tepat.







Thursday, December 11, 2008

7/12/2008 - KAMPUNG KU.....

aku sampai kat kemaman lam kul 7.30 malam, meriah tul raya korban tahun ni coz anak mak pun balik sama, so abang kalu dah nampak ader baby mesti excited sangat, dah lama nunggu peluang nak dekat ngan baby

tak ingat dah nak shower or makan, yang ader lam kepala abang cuma nak carry baby haikal aje. abang asyik duk berkepit ngan baby aje. pastu duk mintak ngan papa n mama dier soh bagi abang baby. InsyaAllah abang, lum ader rezeki lagi. sama-samalah kita berdoa yer abang.

memula tu cam risau gak, takut abang x suka duk umah atuk pa, Alhamdulillah nasib baik ader baby haikal boleh ilangkan boring abang kat sini.


abang x layan dah kalu atuk pa duk tanya, abang busy ngan baby haikal, tido pun nak sama-sama



kasih of cozlah nak berkepit ngan atuk pa dier, x heran pun ngan baby haikal, yang kasih tahu nak duk sebelah atuk pa dier




 
template by suckmylolly.com