Showing posts with label gleneagles hospital. Show all posts
Showing posts with label gleneagles hospital. Show all posts

Saturday, February 21, 2009

HOSPITAL

Photobucket


hari khamis ari tu, aku ader appointment ngan doc. faridah sekali lagi. follow up ni wajib buat coz doc nak nengok aku dah baik sepenuhnya or not. so Alhamdulillah, hari khamis ari tu, demam selsema aku mula berkurangan, tapi disebabkan tak baik sepenuhnya, dr. faridah kasi lagi mc satu ari. lagipun mc ni diberikan kerana tekanan darah aku masih tinggi lagi.


Photobucket


kali ni aku ajak abang ngan kasih nemankan, memula tu ingat nak bawak abang aje, tapi memandangkan kasih payah benor nak lelap, aku bawak lah sekali.


Photobucket


appointment aku kul 2.00 tapi 1.30 aku dah tercegat kat sini. aku nak balik cepat, aku tak sabar nak nengok criter JELITA.



Photobucket

disebabkan doc tak masuk lagi makanyer aku anak beranak kena nunggu setengah jam, anak-anak aku dah mula nak boring


Photobucket


kasih tak boring sangat tapi abang danish nampak sangat dah boring giler


Photobucket

ni kat farmasi nak amik ubat, sementara aku nunggu giliran aku, anak-anak duk pilih lu aper yang patut



Photobucket

pencarian akan tetap diteruskan selagi tak jumpa aper yang dihajati

Photobucket


dah bila dah jumpa aper yang dihajati, barulah anak-anak aku duk diam kat kerusi, sementara nak nunggu giliran mama dier, aku kalu diberi pilihan, suka giler gi spital ni, cepat aje, lam kul 2.30 aku dah sampai umah. pesakit dier pun tak ramai cam kat Ampang Puteri, farmasi dia pun tak ramai orang, lam 6-7 orang aje, tapi kalu kat Ampang Puteri punyalah bercinta nak dapat ubat. kalu kat Ampang Puteri ni gi kul 1.30 maunya kul 3.30 pm pun lum tentu boleh balik lagi, especially kalu klinik dr. Biduwiyah, punya ramai giler pesakit dier. dulu masa pregnant, doc aku adalah dr. marlik, pun sama ramai giler pesakitnyer. boleh migrain nunggu lelama cam gini.



Thursday, February 19, 2009

FARMASI

Photobucket



sementara nunggu giliran aku amik ubat, kasih baikkkkkknyer duk pilih aper yang patut dibeli.


Photobucket

waduh anak kecil ni sedang memilih barangan kecantikan rupernya, kat tangan kasih tu kira cam losyen khas tuk tangan aje.


Photobucket


tengah duk pilih maner satu pilihan kalbu ni


Photobucket



emmm losyen tangan dah amik satu, apalagi kasih nak pilih yer


Photobucket

kat sini ader banyak sangat pilihan, semuanya sesuai untuk budak pompuan, aku bagi kebebasan sepenuhnya untuk kasih pilih, tanda terima kasih kerana sudi neman mama dier berejam lamanyer jumpa ngan doc. karang kan kalu aku larang, buatnyer dia nak balik umah, saper yang susah?


HOSPITAL

Photobucket


dalam kul 1.45 petang aku gerak gi hospital ngan kasih. abang danish dah tido, kepenatan akibat banyak sangat homework yang kena disiapkan. kasih tak aderlah banyak sangat homework, so taklah sepenat abang. nak bawak dua-dua payah nanti kalu aku kena admit ke, kena amik darah ke. bawak sorang komfem x banyak hal.


Photobucket


memula tu aku nak gi ngan rizal tapi tak sampai ati nak kejutkan laki aku yang tengah nyenyak tido pas makan ubat selsema. kesian lak, duk saner pun bukan boleh buat aper, abis kuat pun nunggu aku jumpa doc.



Photobucket


so nilah klinik dr. faridah, kat suite 7. korang teka saper awek yang tengah duk timbang tu? bayangkan berat awek tu cuma 47 kg aje. memang kurus giler, kat tv aku nampak cam berisi aje badannya tapi bila jumpa real kat luar, alahai kurus giler awek ni.


Photobucket

tak jelas lagi ke saper awek tu, emak dia tengah pandang aku sibuk duk snap gambor anak dier, tapi aku pandailah cover line, kononnya aku tengah dial no.


Photobucket


awek yang aku maksudkan tu adalah Deja Moss, orangnya kecik molek, tapi tak derlah sekatik aku, tinggi jugaklah, tapi kurus sangat. simple aje orangnya dan murah ngan senyuman. member baik aku tak suka ngan deja moss coz deja moss amik tunang orang, tapi prinsip aku selagi aku tak kenal orang tu, selagi orang tu tak der dosa ngan aku, selagi orang tu tak buat salah, ngaper lak kita jadi tak suka ngan orang tu. tak kiralah dia artis ke, dia orang biasa ke, yang penting aper hak kita nak benci orang yang tak pernah buat salah ngan kita. tul tak?




Sunday, November 23, 2008

AMPANG PUTERI

balik aje dari hospital bersalin KL, aku terus menuju ke Ampang Puteri, ader sorang lagi yang aku kena melawat, kesian kat dier ni, dah 3 ari masuk spital baru lah aku gi nengok.
hasrie, ex tunang aku masuk spital, kesan dari operation ari tu, dia cam sakit balik, tu yang kena tahan kat sini. migrain dia ni tahap gaban nyer sakit.

ekkk, ni saper yang sakit??????????



takder jodoh tak semestinya kena bermusuh kan, walaupun aku yang nakal coz buat hal tapi hubungan aku ngan hasrie tetap baik, kami x der jodoh tapi tak salah kalu berkawan kan. yang pasti aku tetap ingat batas-batasnya dan aku adalah isteri pada MR. RIZAL

kesian tau kat dier ni, x der gfriend, aku soh pi tackle nurse kat ampang puteri, x nak, jual mahai, padahal dia duk story kat aku, ader sorang nurse tu selalu duk datang borak, pastu aderlah menda-menda yang menunjukkan cam nurse tu berminat kat dier tapi dier ni slow gilerlah. lembap cam mentega, mintak ajelah no. h/p nurse tu beb. tu pun aku nak kena ajor ke?




asal ko bahagia dah lah hasrie, moga cepat bertemu jodoh, nanti kalu masuk spital aderlah yang nunggu, semalam dia duk imbau kisah lama, dia cakap masa aku masuk spital (masa aku ni tengah jadik tunang dialah) dia sanggup datang dari kuantan, amik cuti 5 ari jaga aku kat spital NI LAH, siang malam duk berkampung kat spital jaga tunang dier, tapi sekarang bila dia sakit, x der sorang pun nunggu. kesian lak. x perlah hasrie, awak kat sini pun, 3-4 orang nurse duk jaga.


tapi ader satu part tu dia minta something ngan nurse x silap aku password untuk guna wireless, pastu nurse tu cakap, address ai x nak mintak ke, tau hasrie jawab aper, boleh gak tapi pastikan ngan geran-geran tanah bagi sekali.



HOSPITAL BERSALIN KL

balik aje dari wedding wati aku terus gegas ke Parkson KLCC, nak belikan adiah for ina, tahniah atas kelahiran cahaya mata ke tiga. tapi di dalam kegembiraan menyambut kehadiran orang baru, ader masalah yang menimpa ina sekeluarga

oh ya, ina ni same age ngan aku, tapi anak sulung dia dah pun berusia 13 tahun, sedangkan aku baru nak masuk 6 tahun (tulah kawin lagi lambat-lambat, memilih sangat). abis belajor aku ke KL, nak carik kerja, nak carik kerja. so masa tu aku cari "bilik untuk disewa" tapi disebabkan aku takut ngan arus pemodenan di KL ni, aku x carik umah bujang, aku carik rumah orang dah berkeluarga, so kat umah ina ader bilik kosong untuk disewa, maka aku menyewalah bilik kat umah ina, sehinggalah aku menjadi part of her family. dan keakraban tu masih berkekalan sehingga sekarang, cuma after aku married, aku ni cam alpa sikit. apa pun aku memang sayangkan ina din ni. dia baik sangat dan masa aku duk umah dia nilah aku pandai masak coz aku kena masak 4 kali seminggu. Wajib, ni adalah usaha ina nak soh aku pandai masak.


oh ya, balik pada sad story, anak ina kena masuk ICU, doc cakap kemungkinan besar jantung anak ina berlubang. yang mampu aku lakukan adalah berdoa agar kesihatan Umi Nahdirah semakin bertambah baik. Amin


tulah adiah yang aku belikan kat ina, n x sia-sia aku pilih yang ni coz ina suka giler-giler ngan present ni


see, sekejap menangis sekejap ketawa menceritakan perihal dari bfore bersalin sehingga anak masuk ke ICU, tapi aku tahu ina memang kuat semangat, dan aku tahu gak dia memang tak segembira selalu, bayangkan kalu anak kita masuk ICU, berselirak wayar kat saner sini, aku dulu kasih masuk icubator, tu baru kena kuning, pun melalak cam orang giler, coz x sanggup nengok kasih yang kecik sangat duk kat dalam tu.





Thursday, October 30, 2008

FROM KODAK

ni gambor masa aku kat spital ari tu, aku baru aje godek taruk kat pc


masa aku masuk spital ari tu, rizal nak temankan aku tapi aku kesian kat rizal coz siang dah lah satu hari suntuk neman aku kat sini, so malam biarlah rizal rehat, malam anak bongsu aku aje yang neman.







Tuesday, October 28, 2008

WEDNESDAY 22 OCTOBER 2008

ari rabu lepas aku ader appointment ngan doktor Nik Hamley, pakar jantung n doktor Faridah. so pagi-pagi lagi aku dah gerak gi ofis jap, siapkan kerja coz next week ader meeting n then lam kul 1.00 aku gerak gi gleneagles Hospital.

kebetulan ari ni aku pakai semua merah so doktor Nik Hamley tu tanya kat aku, suka sangat ke ngan warna merah, dari atas sampai ke bawah semuanya merah, aku jawab tak jugak, semua warna suka, asal cantik kat mata aku semuanya boleh. kebetulan aje..

yang ni kat clinic Dr. Faridah, ramai giler orang ader appointment ngan Dr. Faridah, bercinta gak aku nunggu, ingatkan by 3.30 pm dah boleh blah rupernya kul 4.30 baru boleh gerak from hospital tapi clinic dia memang perrhhhhh cantik giler. nama pun clinic orang pompuan mestilah sedap mata memandang



Ni lak, clinic Doctor Nik Hamley yang encom, baik n peramah orangnya.



 
template by suckmylolly.com