Showing posts with label mdonald. Show all posts
Showing posts with label mdonald. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

LUNCH

sekarang ni kerja aku makan aje, yang jadi manga kena nemankan aku, kena tolong beli, kena ikut tekak aku adalah si seri. setiap ari kul 12.30, dia akan calling-calling aku tanya nak makan aper? tapau ke nak makan kat saner?


semalam aku terasa nak makan mcdonalds, supposed ari jumaat baru makan, tapi tak sabarlah nak nunggu, lagipun nak beli anak-anaknyer spiderman kat sini

ni bahagian aku, yummy-yummy




Sunday, February 22, 2009

LUNCH





Photobucket

asalnyer nak lunch kat Ampang Point tapi disebabkan parking payah benor nak dapat, rizal ajak aku makan mcd kat pandan indah aje. see kasih terpaksa tukar baju coz dia rimas tengahari-tengahari buta ni pakai gaun bagai. pastu nak masuk spital balik, dia nak pakai gaun balik coz air cond spital ni sejuk giler.


Photobucket

so nilah lunch kami atas permintaan abang danish.

Photobucket



Photobucket


Photobucket


pasni kami kena gi spital balik.


Monday, February 02, 2009

LUNCH



awalnyer rancangan aku nak gi makan kat tempat istimewalah sikit kononyer. tapi tulah kan kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan segalanyer. adik rizal, yomi yang mengalami kemalangan tu menyebabkan laki aku agak murung sikit, moody, semualah cukup pakej bagi orang yang tak ceria. laki aku nak balik kampung tapi x berani lagi nak ambik EL, dah banyak sangat bulan januari ni mik EL, samelah ngan aku gak. rasanya minggu depan kot laki aku balik lagi sekali. masa nak bukak balutan kot.




aku kuar lunch kat Mcdonald pandan indah aje. dekat ngan umah aje, rizal dah malas nak drive jauh-jauh.





masa baik duk makan, baik duk story mory, dah mula nampak cam keceriaan kat muka laki aku sikit demi sikit. time ni sesuai untuk story pasai perkembangan abang kat kindy. Alhamdulillah abang dah mula menunjukkan perubahan pada tulisan. Abang danish dah mula pandai menulis, itulah masalah abang sejak tahun lepas ni. Dan kami berjanji untuk bagi adiah kalu abang danish rajin menulis.






supposed aku ngan laki aku bertukar adiah sempena annivessary tapi aku tak sampai atilah nak mintak menda yang aku ajati sedangkan laki aku banyak nak kena antor money kat kampung lebih-lebih lagi bila yomi tengah sakit. mesti banyak nak pakai duit beli ubat, makan dan bla bla bla.....lagipun aku laki bini percaya sangat-sangat kalu kita tolong mak bapak sehinggakan kekadang kepentingan kita terpaksa diketepikan, Allah S.W.T akan berikan rezeki yang lebih murah dan murah lagi. Makanya spek mata itam idaman ati tu, tunggu lain bulan lah. ader rezeki aku aderlah tu, x der kalu, diam-diam tunggu yang lain lak kuar.





 
template by suckmylolly.com