Tuesday, August 12, 2008

MAAFKAN MAMA, ABANG


semalam merupakan hari yang paling x tentu arah dalam idup aku, masa aku busy ngan kerja, aku alpa sekejap akan hal tu, tapi bila aku free, mula lah fikiran aku melayang mengingati kembali aper yang telah berlaku pada ari minggu ari tu. sejak aku melahirkan abang n kasih, aku bukan sahaja jarang malah kadang-kadang aje aku tinggikan sore ngan anak-anak bertuah aku. boleh dikatakan payah benor aku naik angin marahkan abang n kasih. Tapi sesuatu telah menyebabkan angin puting beliung datang........................................


sampai aje kat umah, aku terus peluk cium abang, aku menangis sampai bengkak mata kerana menyesal di atas aper yang telah aku lakukan. Sayangkan anak tangan-tangankan, itulah pepatah orang melayu, tapi aku memang x leh nak amalkan pepatah itu, kerana aku x mampu dan x sanggup.

maafkan mama abang, masa mama tulis entry ni pun air mata mama masih lagi menitis mengingatkan betapa kejamnyer mama terhadap abang yang sangat-sangat manja. x patut mama pukul kaki abang ngan rotan kerana benda yang sekecil dan tiada nilainya dibandingkan dengan badan abang akibat kena rotan. sesungguhnya mama tidak mampu untuk mendidik anak-anak menggunakan kekerasan. aku cuma mampu berkata-kata dan sekiranya abang dan kasih degil, aku pulangkan tanggungjawab itu pada rizal.

Namun, mama sememangnyer tidak mampu untuk marah atau pukul abang lagi, perkara yang terjadi pada 10 Ogos 2008 akan terpahat di hati mama sampai bila-bila kerana kekejaman yang melampau. perkara itu telah menghantui diri mama sehingga ke ari ni. mama memang bersalah, maafkan mama abang.


sejak dari ari tu, mama berjanji x kan mengulangi perkara yang x sepatutnya berlaku dalam keluarga kita, maafkan yang, ayang dan maafkan mama, abang n kasih

sesungguhnya perkara yang berlaku itu adalah sekecil zarah sahaja, abang suka sangat main ngan h/phone aku, dan setiap kali itu lah aku biarkan. aku biar aje, biarpun dah berpuluh h/phone diganti baru, namun aku tidak pernah marah sekiranya rosak. Tapi h/phone yang aku pakai sekarang ni amat aku sayang kerana pemberian papa. abang dah ilangkan stylus buat kali keempat. dua-dua stylus original aku ilang tah kemaner, x tau maner abang campak, so aku dah angin satu badan kerana setiap bulan kena kuarkan duit beli stylus baru. maka aku denda abang suruh cari stylus tu sampai 1 jam lamanyer. pas tu aku marahkan abang n bila x jumpa aku rotan kaki abang coz x pernah serik, dah banyak kali ilang pun still nak main ngan h/phone mama lagi.

rizal of cozlah, marah kan aku kerana naik angin, katanyer abang still budak lagi, x masuk 5 tahun pun lagi, kalu dia faham dan tahu aper akibatnyer dengan sendiri nyer dia x main stylus tu. dan aku tidak sepatutnya rotan abang kerana abang masih kecil, tunggulah sehingga abang berusia 7 tahun. masa tu abang dah tahu maner baik dan buruknyer. sekarang abang masih kecil, ari ni kena marah, esok buat lagi, itulah namernya budak-budak.





5 comments:

ras-adieza said...

bila dah masuk dunia keibuan ni, kadang-kala ada yang kita boleh kawal ada pula di luar kawalan. Tambahan dengan karenah anak yang tak menentu. Memukul anak tu boleh tapi sekadar terasa jer kat kaki tu untuk mengingatkan dia menda tu salah. bukan mengikut perasaan... pukul selagi mau.

Rasanyer rose cuma pukul gitu2 jerkan...taklah teruk. Cuma rasa kesian tu datang bila perkara tu dah lepas. Nak kawal perasaan dengan anak2 ni memang satu dugaan tambahan lagi bila anak dah meniti usia remaja. Macam2 lagi nak berdepan... macam akak ni.

Zoulkieflie said...

Tersentuh la sis baca entry u ni..mungkin i tak leh nak tgk kesedihan seorang ibu kepada anaknya..i memang cepat tersentuh..

eddie dewanaga said...

it's ok...
satu pengajaran utk mama & your hero as well...
:)

Suki Cida said...

sedihnya kak rose... cida pun sayang budak2... betul la kata abang rizal... kid always b kids... sori bukan nak buat kak rose lagi serba salah... nama pun budak2... baca entry kak rose cida lak sedih...very the sensitip la... tapi cida rasa abang will understand that :) and he know that mama dia sayang dia dan hope takkan ulang balik benda tu :)

ZaritH said...

harap2nye abg ngan kasih dh besar nnt balas kasih syg mcm mane kak rose kasih dan sayangkan dorg...amin~

 
template by suckmylolly.com