Wednesday, December 24, 2008

SEMANIS KURMA

tajuk semanis kurma last nite adalah isteri pemalas, satu tajuk yang best lebih-lebih bila my dearest rizal tak bagi aku berganjak langsung, time iklan aje boleh gerak kejap pastu kena duduk balik sini nengok sampai abis.


artis jemputan pun boleh dikatakan best coz aku minat ngan safura, dah bertudung rupanya safura sekarang ni, sorang lagi artis jemputan salwa abdul rahman

Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerja rumah yang bukan sahaja isteri yang kena buat akan tetapi si suami juga kenalah tolong menolong, kiranya cam sama-sama kena buat. Tanggungjawab utama seorang isteri adalah melayan suami tetapi apabila kita melakukan kerja rumah maka terjadilah rumahku syurgaku. Pahala melakukan kerja rumah pula adalah tiada tolak bandingnyer.
Ustazah juga mengatakan isteri bukanlah hamba, orang gaji atau Khadam akan tetapi isteri adalah teman hidup ataupun teman setia, maka sebagai suami kita kenalah menolong isteri kerana isteri adalah amanah daripada Allah S.W.T.




so aper yang kak rose dapat cedok semalam sedikit sebanyak adalah:-


i. Jihad seorang isteri adalah di dalam rumah.


2. Walaupun kita berkerjaya akan tetapi rumahtangga tetap no. 1.


3. Mana-mana isteri yang menunggu suami pulang lalu disapu mukanya, hambarkan tikar, sediakan makanan, renung matanyer, pegang tangan suami maka nya isteri ini akan mendapat pahala sebagaimana pahala memerdekakan seorang hamba



4. kajian juga menunjukkan apabila kita melambaikan tangan kepada suami ketika sewaktu suami hendak keluar bekerja, prestasi kerja suami akan bertambah sebanyak 70%.



Maka kesimpulannya, jadilah wanita terkemuka di syurga, sekiranya kita mempunyai sifat malas ataupun berat sangat kerja rumah itu maka berzikirlah seperti berikut:-

- Subhanallah 33 kali
- Alhamdulillah 33 kali
- Allah-Hu-Akbar 33 Kali

InsyaAllah selepas berzikir semuanya akan jadi ringan.

satu lagi rasanya kalu tak silap kak rose, apabila si isteri melakukan kerja rumah dan penat sehingga menitiskan air mata maka ganjarannya adalah mendapat pahala seramai maner manusia yang menangis kerana takutkan Allah S.W.T



10 comments:

bozzobattousai said...

klu lelaki yg buat kerja rumah sampai menitis air mata dpt ganjaran yg sama ke?

Mama Mya said...

time kasih kak rose berkongsi di sini.. saya x nengok kat tv.. saya akan cuba ubah diri supaya menjadi isteri rajin.. amin

pssttt kak rose kena tag laaa hehehe

re = heran gak nape budak2 suka main make up hahaha

julietchun said...

Pasni ramailah isteri terpaksa merajinkan diri ye.

Nurmala said...

hahahaha...
abg akak tak kasi akak bergerak langsung tgk rancangan ni?? hehe

Aida said...

kak .. tq singgah blog saya ... boleh change link ?? tq .. :)

Khas Lysha said...

ni yang rasa mcm nak keje sepenuh masa kat rumah.. boleh gitue? anyway thanx kak, share something yg sgt bermakna..

suw said...

sy pon mesti dpt byk pahala ni kak..sbb mase kecik2 bile mak sy soh wat keje umah mesti sy buat keje smbil menangis (sbb malas) hahahahahaha..larikkkssssss

alia said...

thank sbb berkongsi info...salam terjah

Mommy Lily said...

bagus la tajuk ni dibincangkan. biar suami isteri faham tanggungjwb masing2 ye tak

CuTeMiUt78 said...

ya betul tu kak..

 
template by suckmylolly.com