Friday, January 23, 2009

ABANG DANISH

part yang paling aku takut sekali dalam membesarkan anak-anak ialah bila abang danish x nak gi sekolah. menangis teresak-esak minta simpati kerana tak mo gi sekolah. nilah part yang aku paling takut sejak membesarkan abang. dari umur abang 4 tahun aku mengalami situasi yang sama. Masa umur 4 tahun aku masukkan abang kat Q-dees, tapi tak sampai 2-3 bulan belajar, abang dah tak nak gi sekolah, aku kena marah tak abis-abis ngan laki aku sebab paksa abang gi sekolah wahlal abang still kecil agi, abang danish lahir bulan November so penerimaan tu cam slow sikitlah compared ngan budak yang lahir awal tahun. aku pun ikutlah cakap laki aku bentikan abang dari Q-Dees.

disebabkan abang ader trauma x nak gi sekolah setiap pagi, maka aku serahkan segalanya pada rizal so masa age abang 5 tahun, rizal bagi kebebasan untuk abang pilih tadika maner yang menarik ati abang. tadika maner yang akan membuatkan abang setiap ari nak gi sekolah. So abang pun pilihan tadika yang kalernya orange. tadika cina. fine, aku pun ikut rizal gak, tapi cam mendera anak sendiri pun ader bila abang tak beraper boleh nak ikut, sehingga akhir tahun aku dapati tak ader perubahan yang bagus walaupun dah setahun sekolah kat sini. kat tadika ni pun sama 2 bulan aku kena tunggu abang kat luar pagar sampai masuk class, coz tu permintaan abang, nak tak nak aku kena mintak permission dari HR masuk opis dari kul 9-6. after 2 months abang dah mula boleh berdikari dan suka gi sekolah. Alhamdulillah cuma masalah setiap kali gi amik report card ialah abang malas nak menulis.


aku ingatkan bila dah tukar ke tadika cemerlang ni, abang akan berubah dah suka ngan suasana yang ramai budak-budak melayu dan tadok lagi mandarin-mandarin ni, tapi rupernya masalah timbul lagi. semalam abang buat hal x nak gi sekolah, mengamuk sakan tak nak pakai baju ngan kasut. aku paksa gak, tapi turun bawah aje abang berlari gi blok sebelah, jenuhlah aku duk kejar abang keliling bangunan. nama pun budak, tenaga abang jauh lebih kuat daripada aku yang dah tua ni. dah sah-sah abang berjaya nyorok kan diri, van pun dah datang, maka aku terpaksa biarkan kasih naik van sorang-sorang dan abang berjaya ngna misi tak nak gi sekolah.



tapi as usual, maner pernah aku guna rotan pada abang, aku slow talk baik-baik, tanya kenapa lari cam gini, kenapa nangis cam gini, makanyer abang cakap, dia tak suka menulis dan tak mahu masuk class menulis, okeylah aku faham perasaan budak-budak, aku pun dulu pernah gak takut nak gi sekolah. ari ni boleh lah dimaafkan tapi kena denda, x leh nengok cartoon langsung, tv lagilah, tak boleh main games, tak boleh gi playground ngan mami n x der jajan for abang. denda untuk kemalasan tak nak gi tadika.



4 comments:

Anonymous said...

sabar lah ye...ape yg berlaku pasti ada hikmah nya..anak merupakan Amanah yg paling besar dari yg maha ESA..

attyfir said...

sian abg..insyallah nanti okeh tuh ..amik masa kot

CuTeMiUt78 said...

smpai macam tu sekali ya kak.. dugaan betul kan.. oh abg danish taknak g sekolah sebab takmo masuk class menulis ke.. alahai kesiannya..camne ya.. nak bantu.. emm.. cuba akak cari alternative lain supaya abg danish suka menulis dan suka nak g school

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

Biggie Small
terima kasih atas nasihat tu.

atty
tulah amik masa kot

cutemiut78
tulah akak kena carik alternative lain, tapi danish ni memang malas nak nulis pun

 
template by suckmylolly.com