laki aku bawak kreter slow aje, lunch tu kami sekeluarga benti kat kedai masakan thai sebab aku teringin nak makan tom yam ngan daging masak merah. mulut payau cam gini ubat dier tak der lain, tom yam lah yang paling sesuai.
ni antara sahabat yang baru abang danish kenali. Alhamdulillah aku bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana abang cepat dan pandai buat kawan. maner-maner pergi abang danish mesti nak cari member walaupun cuma sekadar setengah jam.
ketiga-tiga budak tu adalah anak tokey kedai ni, anak-anak semua tak mo makan bila dah jumpa member, secara otomatik depa semua dah kenyang bagai. aku cuma tapau mee hoon goreng kicap taruk ayam semata untuk anak aku alas perut bila lapar nanti.
kat sini jugak, abang ngan kasih sempat bertukar-tukar pencil ngan pemadam. budak-budak tu ader pencil 2B, abang ngan kasih aku tak belikan lagi pencil 2B, depa lebih berminat pada pencil cam barbie, princess, ultraman or segala lah mak nenek yang berkaitan ngan cartoon bagai. so sebagai balasan abang ngan kasih dapat pencil 2B, bebudak tu semua dapat pencil anak-anak aku.
bersila kat pasir pun, bersila lah yang penting anak-anak aku happy sepanjang perjalanan nak balik kampung. so dengan cara ni, abang ngan kasih akan selalu excited nak balik kampung sebab akan ader ramai member sepanjang nak sampai kat umah atuk. so bila kitaorang benti makan or rehat cam gini di tempat yang ramai budak, anak-anak aku tak derlah boring sangat duk lam kreter sebab sepanjang perjalanan abang ngan kasih akan selalu duk criter pasail member baru.
kat sini lam sejam setengah aku benti sebab kasih dan abang sibuk duk belajar menulis ngan anak sulung tokey kedai ni. bila anak-anak aku setuju nak gerak baru kami mulakan perjalanan seterusnya.
2 comments:
salam kak rose..
baguslah pandai berkawan.anak2 saya lambat sikit nak berkawan.
kat taman perumahan kami tu kalau gi taman,dia main berdua jer
oh... senang je kan..,
Post a Comment