Tuesday, June 23, 2009

TQ ABANG DANISH


Alhamdulillah, Abang danish adalah seorang anak yang bertanggungjawab dan boleh diharap. Syukur pada Allah S.W.T kerana kurniakan mama sorang anak yang baik cam abang. Walaupun abang ader masalah nak gi sekolah bagai, tapi mama tetap bersyukur sebab abang mungkin ader kekurangan dari segi masalah nak ke sekolah tapi Allah S.W.T kurniakan abang danish kelebihan dari segi tanggungjawab. Gambar ni mungkin agak sensor pada pembaca blog aku, tapi tujuan aku adalah supaya bila abang dah boleh membaca nanti, abang danish akan tahu yang mama sangat-sangat terharu dan amat menghargai aper yang telah abang lakukan. Mungkin bagi orang lain adalah perkara biasa tapi bagi mama ia adalah satu-satunyer sifat tanggungjawab yang amat mama banggakan.


Keadaan kesihatan aku sejak pregnant ni agak lemah dan kekadang tu tak berdaya nak buat satu-satu menda. satu ari aku terbaring kat katil, tak bermaya langsung nak angkat kepala, kebetulan kasih pulak nak poo-poo. Aku mintak tolong abang danish temankan kat toilet. Dan aku tak sangka abang danish sanggup nemankan adik duk bersama kat dalam toilet walaupun dengan bau yang tak menyenangkan. Tapi abang sanggup nunggu sampai kasih habis poo-poo. Bila time nak basuh, abang offer diri biar abang yang basuh. kata abang danish aku sleep saja, biar abang yang buat semua. Dan rasanya abang memang patut dapat pujian, sebab abang memang basuh sebersih-bersihnyer dan berkali-kali duk sabun. aku pun rasa terharu sebab abang tak der sifat pengeli ngan adik sendiri. Dan harap-harap sifat ni kekal sampai abang dewasa, manerlah tahu satu hari nanti kalu mama sakit abang boleh jaga mama sebaik mungkin.


dan mama berdoa siang malam pada Allah S.W.T supaya hubungan rapat antara abang ngan kasih berkekalan rapat sehinggalah ke akhir hayat.


6 comments:

Nurmala Mazlan said...

alololololo...
rajin nyer abg danish...
alhamdulillah kak

IxoR@ said...

Semoga ikatan kasih sayang berkekalan....

Zunaidi Dali Great Eastern said...

huh???? :O

A.I said...

Sweetnye abang...ala kak, aku percaya musti smp ke tua nnt hubungan adik bradik ni rapat. cam kau gak la kan? :)

lily lotus said...

uish...thumbs up lah for abg...

CuTeMiUt78 said...

oh.. so nice la abg danish.. bertuah akak dpt anak yg bertanggungjawab seperti danish.. memang beruntung sangat kak..

 
template by suckmylolly.com