Tuesday, August 04, 2009

PANTAI CHENOR

meriah giler pantai chenor ni, ramai giler orang yang datang, lebih-lebih lagi jatuh pada hari jumaat, orang semua sibuk bawak family mandi manda kat sini. rasanya pun aku lebih suka pantai ni dari pantai di Cherating, mungkin suasananya yang ramai orang menyebabkan keadaan jadi sangat meriah.

cepat betul masa berlalu, masa aku kecik dulu, papa asal hari jumaat aje mesti bawak kami satu family berkelah kat sini, tapi masa tu tempat ni tak adalah meriah cam gini. dulu tak ramai sangat orang, dan pokok rhu pun banyak giler tapi sekarang ni pokok rhu yang ader jarang-jarang, may be hakisan kot.



jauh betul atuk tinggalkan kasih, anak dara aku tak berani gi jauh cam abang dier, belum berani sangat lagi, pelan-pelan nanti mesti berani dah. memula memang cam gitu.


disebabkan aku tak nak masuk laut, makanyer sekejap laki aku nemankan gfren dier, pastu sekejap bila aku amik giliran jaga kasih, rizal lak yang follow papa ke tengah laut.





anak sulung aku memang suka gi tengah laut, especially kalu ditemani oleh atuk nyer. aper-aper hal mesti nak atuk, papa pun di tolak tepi.





time ni kasih duk heret tangan atuk soh mandi dekat gigi air sahaja, tak mo pergi jauh-jauh ke tengah laut, kasih takut atuk ngan abang gi jauh-jauh ke tengah.


time ni, anak dara aku dah berani sikit ke laut, atuk baikkkkkknyer pujuk cucu nak ajak gi ke tengah sikit. kat gigi air banyak pasir. tak best nak mandi




time ni papa ngan menantu dah gi ke tengah laut dua-dua, mentang-mentang pandai berenang, depa berdua duk beraksi berenang kat tengah laut. so ni kira giliran aku lah nengok anak-anak, disebabkan aku yang jaga maka anak-anak cuma boleh main kat gigi air aje, aku memang takut ngan air laut ni, tapi disebabkan laki aku ngan anak-anak lagi suka laut pada swimming pool maka aku ikutkan ajelah selera diaorang.




3 comments:

Dinding Cantik said...

memang meriah.. rasa nyer sekarang gak nak pergi mandi laut..

Softtouch [Hanim] said...

bestnya mandi laut..xperena plak pegi pantai chenor tu..weeken lepas pun sy mandi laut tp kat Teluk Batik

CuTeMiUt78 said...

puas mandi laut je la budak berdua tu ya kak

 
template by suckmylolly.com