Tuesday, August 25, 2009

SELAMAT BERPUASA

Dah lewat 4 ari, aku nak ucapkan selamat berpuasa. busy sikit, tak cukup masa nak update, modal ader tapi tulah, masa lak yang tak der. 2 gambar ni adalah juadah berbuka pose pada hari pertama pose iaitu hari sabtu baru ni. kami sekeluarga tak berbuka makan nasi putih, tapi makan makanan cam mee hoon goreng ke, kuey teow goreng ke, kalu nasi pun, nasi kerabu or nasi minyak or segala nasilah tapi bukan nasi putih. nasi putih kami makan jam 10.30 malam ngan sahur kul 5.00 pagi.


Tahun ni pun aku tak gi terawih gak lagi, sebab tugas utama aku kena jaga anak-anak, yang pergi cuma mami, eji dan rizal aje. anak-anak semua duk kat umah ngan aku layan cartoon sampailah depa berdua tertido.




ni lak juadah pada hari kedua berbuka pose. bukan membazir tapi tabiat laki aku suka sangat membeli juadah buka pose sampai penuh meja. lagipun umah kami ramai dan setiap masa ader sahaja tetamu yang datang bertandang. 4 ari pose ni, jarang sangatlah kuih-muih yang tak abis sebab balik terawih, bfore nak pekena nasi, mesti diaorang makan kuih lu.




supposed ari ni aku bukak pose kat Crowne Plaza Mutiara, ikut boss aku buka pose ngan our BOD , tapi tulah keadaan diri aku yang batuk berkahak ni menyebabkan aku minta diri untuk tidak hadir bersama dan Alhamdulillah boss aku paham akan situasi aku. tapi memang yer, batuk aku semakin hari semakin menjadi-jadi, sampai sakit dada lah dibuetnyer. Dan bersudu madu lebah + limau nipis yang aku telan, tapi tetap gak keadaan batuk aku sama.



5 comments:

HappyIrfa said...

tu dia......penuh meja.

CuTeMiUt78 said...

amboi.. banyak tu... tapi memang la kan kak.. klu umah ramai org ni.. tak takut makanan yg bnyak tak terhabis.. mesti habis punya

Rashid said...

wah!! bukan main lagi juadah buka puasa tu. macam jamuan hari raya je.. hehe..

Ezad said...

salam ramadhan

juadah berbuka tu mcm juadah kenduri je..
heh

lily lotus said...

salam ramadhan ;)

 
template by suckmylolly.com