Friday, August 21, 2009

RUTIN HARIAN


dah 3 ari adalah agaknyer aku tak update blog, kali ni bukan malas tapi memang aku tak cukup masa. Puas sudah aku carik masa untuk update walaupun untuk takat 10 minutes tapi memang tak dok masa. Rutin aku sama gak macam semua mak-mak lain kat dunia ni. tak der bezapun, bila anak-anak semua dah sekolah, nak berlenggang kangkung bagai lagi memang tak derlah, jangan araplah boleh senang lenang lagi. masa kecik tulah sebenarnya bagi aku masa banyak terluang. sebab anak-anak aku banyak tido. tapi bila dah besar lain criternya. pagi-pagi rutin wajib adalah mandikan anak-anak, anak aku dengan orang lain tak mo mandi, wajib gak ngan mak dier, pastu aku memang tak arap abang ngan kasih mandi sendiri, mesti kena siram dan sabun bagai. walaupun abang nak buat sendiri tapi pagi-pagi aku mesti nak buat. sebab aku tahu mata diaorang semua tengah kuyu lagi.

Lepas mandi, siapkan depa semua, lepas siapkan, bagi isap botol lu, sorang satu sampailah kenyang, sementara nak nunggu kul 7.00 pagi, abang ngan danish akan layan cartoon lu. anak-anak aku tak amik breakfast bukan sebab tak buat tapi aku pun tak tahulah kenapa diaorang tak nak makan pagi-pagi, kalu ari cuti, kul 9.00 pagi baru diaroang merenggek nak makan.


selesai tu semua, aku serahkan abang ngan kasih pada mami untuk tolong antor naik van sekolah kat bawah, aku lak terus gi kerja ngan laki aku. kat opis aku memang busy giler sampai tak cukup tangan, faham sendirilah kalu berada di Unit Secretariat. asyik ader meeting aje memanjang. tapi tulah aku pelik bin ajaib ngan pael budak opis aku yang sentiasa ingat unit aku ni tadok kerja, yelah kan, mentang-mentang board meeting tu sebulan sekali, so depa ingat kerja kami semua pun sebulan sekali, wahlal mesyuarat jawatankuasa yang lain tak lak diambil kira, bukan takat handle board meeting aje, tapi segala mak nenek meeting semua kami kena uruskan, soal claim, hotel, dan segala lah menda yang berkaitan ngan ahli lembaga kitaroang semua kena buat. Contohnya kalu ader seminar yang dibuat oleh jabatan lain untuk Bod yang tinggal di sabah, segala urusan hotel, flight, elaun, driver, lou dan segala mak neneklah akan dilakukan oleh unit aku. unit lain tahu sediakan surat jemputan, selebihnya kasi kat kitaorang. macam tupun diaorang still ingat boss aku ngan aku tak banyak kerja, kekadang tu nak aje aku jemput diaorang duk kat tempat aku barang sehari dua, nengok busy ke idak.


abis part kerja kat opis, balik umah, pas suapkan makan abang ngan kasih, aktiviti wajib selepas selesai semua menda wajib adalah study kat bilik aku ngan anak-anak, bukan boleh ajar dua-dua sekali, semua kena ikut giliran, satu-satu. abis study bih kurang kul 9.30 malam, masa tulah aku nak kena iron baju untuk rizal, anak-anak dan aku. pastu bfore nak tido, aku memang selalu lah buat kerja senang, supaya pagi esok tak terkejor-kejor. selalunya bila dah dekat nak tido, baru aku sibuk nak jemur kain bagai.




kiranya memang langsung tak cukup masa, kekadang tu ari aku penat, lepas ngajor abang ngan kasih baca buku aku lak yang tertido, kekadang tu belum sempat abis, aku dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. sib baik mami tolong ngajar anak-anak aku ngaji waktu zohor ngan maghrib kalu idak perrrrrrrrhhh, lagi payah idup.



2 comments:

lily lotus said...

salam ramadhan dear ;)

CuTeMiUt78 said...

eemmm betull..betul..betul tu kak.. memang pack kan.. kita ni sbg ibu yg berkerjaya.. faham sitausi akak tu..

selamat berpuasa kak, semoga puasa kali ni lebih diberkati hendaknya

 
template by suckmylolly.com