Wednesday, November 04, 2009

TERSALAH TARIKH


nilah kisahnya, laki aku yang tersalah tarikh anniversary kitaorang, sib baik tersalah tarikh, kalu lupa ader yang kena basuh karang. sebenarnya aku pun sama, ingatkan bulan November, bila check balik tarikhnya adalah jatuh pada bulan Disember, tupun perasan masa gi daftar nama Cinta kat JPN, depa kan mintak surat nikah, kalu tak belek surat nikah tu sampai ke ari ni duk ingat, anniversary kitaorang jatuh bulan November.




aku dah cakap masa kat JPN ari tu, tarikh nikah kita adalah pada 1 Disember. bukan 1 November macam yang kita duk ingat. Memasing duk pegang tarikh 1 November. sekali ko semalam dia sound aku, apasal tak ingat tarikh anniversary, dia tunggu gak sebab aku yang selalu beriya kalu ader tarikh penting, tapi 1 November ari tu, aku buat donno aje. Memanglah aku buat donno sebab anniversary kita jatuh pada 1 Disember. cepat benor pelupa laki aku ni.



sekali ko, member dah siap beli adiah anniversary, dari 2 bulan lepas dah dia nanya aku nak aper? aku memang dah lama nak kerosang rantai untuk dipakai ngan kebaya. sekali malam tadi, puas nunggu bini yang buat donno aje, laki aku mengalah bagi adiah gak, siap sound aku yang baru tiga anak tapi dah lupa tarikh annivesary. bukan lupa lah...tapi awak tu yang tersalah tarikh beb.


My dearest rizal, kira ni bukan adiah anniversary lah, sebab 1 Disember nanti kena beli yang lain, dah tak surprise dah. yang ni kira adiah sebab lahirkan Cinta lah yer????


3 comments:

A.I said...

KAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!
Tak pasal2 kene beli hadiah lain. ekekekeke..tp alahai, sweet je..

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh..heh... blh plak tersalah tarikh ya kak.. takpe aarr.. untung dpt lagi nanti hadiah lain plak

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

ai
tulah tak pasal-pasal kena beli adiah lain

cutemiut78
tulah pasal

 
template by suckmylolly.com