sejak akhir-akhir ni sambil nemankan baby cinta tido, aku rajin lak membaca, dulu kalu laki aku beli buku jangan arap aku nak baca, sekarang ni sejak lam pantang ari tu, dah 4 bijik buku dah rizal beli kat aku, buku pertama yang rizal beli adalah buku kesempurnaan solat oleh ustaz johari yaman, agak tebal tapi belum abis baca lagi, buku kedua buku 20 bahaya bodoh oleh abd rahman abd majeed, buku ketiga - isteri idaman yang menyejukkan hati oleh Harun Ar-Rasyid Hj Tuskan dan buku yang terbaru adalah mengenai 111 wasiat rasulullah S.A.W untuk wanita solehah.
lam keempat buku tu, buku 111 wasiat rasulullah S.A.W untuk wanita solehah salah satu nyer ader yang menarik ati aku iaitu wasiat ke 10 - Keutamaan mempunyai anak perempuan.
Iman Ghazali dalam perkara ini berpendapat, hendaknya orang jangan terlalu bergembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan pula terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana belum tahu yang mana di atnara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka punya anak perempuan, bahawasanya, kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.
Dalam perkara ini Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini, sambil Nabi merapatkan jarinya"
"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka"
"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga.
"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya tentulah ia mendapat syurga"
1 comments:
thanks akak for info ni.. eemmmm
Post a Comment