Thursday, December 10, 2009

MENIARAP


aderlah satu ari, puas lah anak aku duk merenggek, nak kata lapar dah pun bagi susu, nak kata pampers basah, dah pun tukar, nak kata sakit perut, perut okey aje tak kembung, cuma rasanya pasti baby cinta nak tido, tapi perlukan posisi yang baik.

Bayi kan ader empat perkara kalau diaorang nangis:-

1. bila lapar

2. bila pampers basah

3. bila perut kembung

4. bila nak tido




bila semua perkara dah buat, tinggal nak tido kan aje, maka aku tahulah yang anak aku ni mintak ditido dalam posisi yang selesa. letak macam tu tak kena, letak macam ni tak kena, dukung sambil dodoi pun tak kena, dukung sambil jalan-jalan pun tak kena, semuanya tak kena, rupernya budak bertuah ni nak tido meniarap.


rupernya anak aku nak tido cam gini, barulah lena sampai berjam-jam tido, Alhamdulillah Allah S.W.T tu maha kaya dan maha adil, aku masa pregnant mesti banyak dugaan, kuar masuk spital sebab darah tinggi, tapi tulah Alhamdulillah bila cinta dah kuar, memula aje ader masalah nak tido, sekarang ni makin hari, makin hari, anak aku memang tip top kalu tido, malam lagi perrrrrrrrrrrrhhhh tak merengek langsung cuma lam kul 4.00 or 5.00 pagi wajib bangun coz nak susu.

takat nak kuar shopping 3 jam kat JJ Maluri, memang no problem sebab aku pergi pun baby tido balik pun still tido agi.


sleep most of the time......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

1 comments:

ai said...

mmg gitu kan? kalau byk dugaan masa peknen/masa nk beranak, tp bila baby dah kuar..baik je dia (^_^)

 
template by suckmylolly.com