masa antar abang danish gi sekolah rendah, aku nunggu abang danish selama 5 hari berturut-turut, hanya aku dan beberapa kerat ibu yang lain still duk nunggu anak lagi. Pastu bila dah duk kumpul sesama para ibu kat kantin makanyer bermulalah criter pasal anak-anak.
Kebanyakkan para ibu duk cakap abang danish manja sangat sampaikan sekejap-sekejap datang cari mama kat kantin. bila tak nampak kat mata terus menangis, sedangkan abang dah didedahkan ke alam persekolahan sejak di usia 5 tahun lagi. pastu adalah yang main duk teka cakap aku mesti tak tegas ngan anak-anak, manjakan sangat anak-anak. bla-blaaaaaaaaaaaaaa banyaklah nasihat yang aku duk terima, Alhamdulillah dan terima kasih pada para ibu-ibu yang lebih berpengalaman dalam mendidik anak-anak biarpun kebanyakkannya lagi muda.
Tapi aku tetap ngan pendekatan yang telah diterapkan pada abang, kasih dan insyaAllah pada cinta, pendekatan yang telah kami amalkan sejak dulu lagi. bahkan ader bloggers yang bagi pendapat, marahkan anak-anak tu adalah wajib. kalu idak anak naik kepala, rasanya salah kot, marah tu bukan wajib...........................
WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA
"Treat your child with respect"
Seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh
penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama. Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama. Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.
Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.
Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi. Maka si anak akan menghadapi kekeliruan. "ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"
Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:
"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"
Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah 'berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.
Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya 'ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.
Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh "boleh tolong ibu ambilkan barang itu" "Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya. Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negatiff. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.
TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA
Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur. Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :
"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini"
"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut
"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini"
mungkin itu jawapan si ibu.
Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking. Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, 'gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.
Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja. Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah. Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan. Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.
Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah. Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja,
basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi. Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik,atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.
KESIMPULAN
Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak. Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.
4 comments:
thanks for the info sis..sangat berguna for me
memang ada betol nya.. anak2 zaman ni takleh nak kasar sangat dah, kena banyak toleransi.. tak sama dengan dulu lagi. lagi kita keras, lagi keras la dia.. tapi disiplin tetap kena disiplin kan..
kak suka nak berkongsi artikel ini http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2008/09/mendidik-anak-perlu-tegas-bukan-keras.html
sekadar berkongsi ilmu, mungkin tak betul dan harus salah tapi tak juga silap sekadar sebagai panduan.
memasing ada cara mendidik anak. kita sebagai mak lebih kenal anak tu dari org luar. biar le kita ngan cara kita. yg penting, apa yg kita buat tu adalah utk anak kita menjadi yg TERBAIK. kan kak kann?
(tp aku konsep garang kak. sbb sore aku sendiri pon dah macam rimau ;P. tp syukur la anak2 sume sopan2 belaka. ikot apaknya kot. ngeeeeeee)
Post a Comment