Tuesday, January 19, 2010

MATA OH MATA


  • mata aku belum baik sakitnyer, nak kerja pun tak der mood, malam tadi gi klinik kita dapat mc satu ari, tapi aku tetap gi kerja gak coz aku kena simpan mc or cuti untuk menda lain yang lebih penting. boss aku baik sekali orangnyer, semuanya boleh tolak ansur, jadi takkanlah aku nak amik kesempatan atas kebaikan boss aku kan. so nak tak nak sakit sikit aje kena gi kerja gak, kena simpan mc untuk sakit yang lagi teruk dan cuti untuk cuti yang lagi penting.

  • Disebabkan sakit mata jugaklah, aku telah kecewakan abang danish. Jarang benor permintaan abang danish yang aku tak tunaikan, semuanya kerana kesilapan yang lalu takkan berulang lagi, aku dah berjanji ngan diri sendiri, walau apapun akan tetap ku usahakan sebab aku tak mahu menyesal buat kali kedua, as i told bfore, sampai sudah aku tak kesampaian tunaikan hajat arwah adik aku, perkara tu betul-betul menjadi pengajaran pada diri aku.

  • Malam minggu ari tu abang danish hajatkan sesuatu, abang danish nak sangat beli robot transformers, tapi tulah papa gi bengkel, pulangnyer agak lambat, aku lak kena sakit mata, nak gi kedai memalam buta pun tak larat dah. makanyer aku janji esok pagi aku gi, tapi esoknyer aku sakit mata lagi so aku mintak tolong adik aku untuk nemankan abang danish tapi disebabkan eji balik agak lambat, kedai tu pun dah katup.
  • so malam tu anak sulung aku tertido akibat banyak nangis, "sampai ati tak der orang nak nemankan abang gi kedai toys, kesian kat abang, semua orang tak sayang abang".
  • akibatnyer bila gi kerja semalam, hati aku sebagai sorang ibu tak tenang, mengenangkan kata-kata abang malam tadi. Bila teringat balik kata-kata abang, hati aku tersentuh sampaikan air mata aku mengalir sebab tak dapat tunaikan permintaan anak sulung aku, bukan susahpun permintaan tu cuma nemankan abang gi kedai toys aje.
  • Memang bagi setengah ibu, menda ni tak der menda pun, menda remeh aje tapi tidak bagi aku kerana perasaan anak-anak adalah yang paling utama, yang paling penting dan paling berharga dalam idup aku.
  • mama sayang abang, kasih dan baby cinta..............


0 comments:

 
template by suckmylolly.com