Monday, March 08, 2010

PIBG



seawal kul 7.00 pagi kami berdua dah keluar dari umah, tinggalkan anak-anak ngan mami coz kami berdua perlu menghadiri mesyuarat PIBG.  Ini adalah pengalaman pertama yang paling berharga as a parent coz kami berdua dapat meluangkan masa ke mesyuarat PIBG sekolah abang. 

Aper yang mendukacitakan bilamaner tak ramai ibubapa yang hadir, saya dengan rizal saja wakil bagi kelas abang danish.  Mak pak lain semua tak ader,  ni pun saya tahu bila saya nak tulis nama kat kertas kehadiran, saya nengok kelas abang, kosong takder mak pak yang sign n hadir, sedangkan masa kami sampai agak lewat coz kami berdua gi breakfast nasi berlauk dulu.

tapi kami tak tunggu sampai habis mesyuarat, time makan aje kami cabut coz kami berdua memang dah plan nak gi makan ikan bakar.



abis lunch sajer, kami berdua terus gerak gi bandar baru Ampang, nemankan rizal nak cuci gigi. rutin rizal setiap dua bulan sekali harus n wajib gi cuci gigi, dia kan smoking, kan karang berkarat aje gigi dek kerana penangan tembakau.


lama jugaklah saya menapak kat sini menunggu buah ati duk cuci gigi, saya tanya nurse tu beraper lama masa doc amik for cuci gigi, katernya bergantung samada sejam or sejam setengah.  terus saya angkat kaki, jalan gi Spektrum Ampang.  Balik pada spektrum pun rizal belum gak siap lagi.  cadangnya nak bawak anak berkelah kat Sungai Pansun tapi disebabkan dah agak lewat, maka cadangan tu kena cancel.


0 comments:

 
template by suckmylolly.com