aku kena gi KLCC, jumpa seseorang kat Petronas. ader menda nak amik. so abang driver yang baik ati, Abang Ramli ditugaskan untuk menghantar aku ke saner. weiiiiii saya duduk dibelakang bukan kerana saya penumpang dan abang ramli tu pemandu akan tetapi tempat duduk depan dan pun ditempah oleh abang jum. kami bertiga gerak gi KLCC lam kul 3.00 petang, jalan sesak giler. cuti-cuti malaysia cam gini pun orang boleh suka datang KL lagi.
ni kira first timelah aku datang petronas, ketat giler kawalan dier, aku tak dibenarkan naik sama sekali kena tunggu puan tu turun. dah lah aku call cik puan tu kat 20 minit baru dapat, pastu dia soh aku nunggu lagi bih kurang 1/2 jam coz dah amik air sembahyang nak solat. so nak tak nak kenalah aku tunggu gak. aku call laki aku dia kerja kat Tower 1 aku lak kat sebelah, Tower 2, tapi tulah x der rezeki nak jumpa my dearest rizal, dia ader short discusion ngan boss.
dan tak kanlah aku nak berdiri cam batang pisang kat sini, makanya aku call abang jum cakap lagi 30-40 minit baru boleh jumpa itu cik puan, aku nak gi merayap cari bekas makanan kasih dan sedikit barangan menghabiskan duit tuk aku
sebab tulah aku x nak gi shopping complex maner-maner, asal gi aje mesti terbabas bila barang, memang terbeli gak, walaupun sikit aje bawak duit mesti aku terbabas gak, perasaan membeli tu membuak-buak bila sampai kat shopping complex, tak leh ditahan dah perasaan tu. boleh bankruptcy laki aku kalu perangai aku berterusan cam gini. kesian kat my dearest rizal, tiap bulan kena bagi nasihat percuma kat aku soh berjimat cermat.
pastu langkah pun mulalah panjang gi Parkson ngan Isetan carik bekas makanan anak dara aku, itu aje yang belum beli lagi.......
bayangkan satu KL duk pusing carik bekas ni, kat Sogo dah kehabisan stok, kat Parkson ngan Metrojaya kat BB Plaza pun dah habis, Times Square pun sama, sib baik ader rezeki kasih kat ISETAN KLCC. Alhamdulillah, ader gak akhirnya, berhasil jugak pencarian aku satu KL.
0 comments:
Post a Comment