Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Friday, May 22, 2009

PULLMAN, PUTRAJAYA


last week aku gi Pullman, Putrajaya, ikut boss. bfore board meeting, kami kena gi nengok tempat dulu. Hotelnyer memang cantik sekali, arkiteknya raja baharin. Akan tetapi very confusing coz tempat dia banyak kena menapak kalu nak gi makan or meeting. so gambar di atas tu adalah bilik meeting perdana 1 yang kami dah book for our bod meeting. time aku gi ni table setting belum buat lagi, kami request for boardroom style.


ni lak B's restaurant untuk lunch nanti. buffet. makanan dia okeylah, tapi tak banyak pilihan sangat, mungkin sebab baru lagi kot.


boss aku yang bertudung kuning tu, Corporate divison pun terlibat gak. yang berdiri tu sue from corporate division.


discussion n discussion n discussion




hotel dia cantik, tapi bila cuaca yang panas menyebabkan yang cantik pun jadi kurang cantik, yang tak bestnyer sebab bilik meeting duk diluar dari hotel, tempat menunggu for officer bfore kena panggil pun kat luar, cam tak sesuai, coz x der aircond bagai. berpeluh bagailah officer aku sementara nak nunggu giliran buat presentation.



ni pulak abang rahman, driver yang bawak kami ke Pullman, Putrajaya


Friday, January 16, 2009

LUNCH

minah ni paksa gak aku neman gi Food court, paksa gak aku soh lunch, harus gak makan




banyak tul yang dia nak borak ngan aku, semua nak perabis criter bfore gi bercuti...tahu aper criter hangat yang kami sibuk duk borak??? aper lagi kalu tak pasal criter rozana, seri dah parah gilakan datuk rahim razali


mee hoon yang aku makan ni dibayor oleh seri, dia belanja coz diakan paksa aku makan, masa kat foodcourt aku memang x nak makan, cuma neman aje, tak sampai ati agaknyer, seri gi order untuk aku sekali.



beli sangat kuey teow kerang tapi tak makan kerang, tu seri tengah duk asingkan kerang. kerang tu agak-agaknyer masuk mulut saper yer????




see, aku simpan air coke dalam peti ais jimat tenaga kat opis aku...jadi ginilah....padahal aku taruk kat bawah, saper ni yang tukar temp peti ais tu, sampai jadi gini aku punya coke



jemput makan semua, mulut aku aje yang cakap x nak makan, tapi semua mee hoon tu abis semua masuk perut, sorat pun tak ninggal lam bekas tu...seri baru nak rasa, terkejut nengok cepat nyer abis......

Friday, January 09, 2009

SEKEJAP MASUK SEKEJAP CUTI

masuk tahun 2009, aku sekejap masuk opis, sekejap cuti, masuk-cuti, masuk-cuti, lama-lama kan nanti dapat memo baru tau.....susahnyer nak carik kerja sekarang ni



lama menor dah cuti, semalam saya kan EL....kecut perut gak nak masuk opis, takut boss marahhhhh



ehhh, saya x dok kat opis, rupernya PC saya dipakai oleh seseorang lah.....

Alhamdulillah, orang yang guna tempat saya tu pandai jaga tempat ni, bersih aje bila masuk kerja ari ni. tahu pun takut kak rose bising yer!!!!!!!!!!!!!!!!!!


azhar, tq yer, terima kasih daun keladi. aku selalu lupa nak cakap tq kat ko lah, ari ni bila aku duk berangan, baru aku teringat lupa nak cakap somethings kat member baik sorang ni...



dah hampir 2 minggu kot saya dah pakai bag kecik ni, tapi lupa lak nak say tq, tq yer azhar maxis. lain kali nampak aje menda yang ko akan tahu aku suka, terus beli yer. jangan segan-seganlah, beli aje, aku suka kalu orang bagi aku h/bag walaupun kecik sangat-sangat. yang penting comel dan stylo

Thursday, January 08, 2009

SALE LAGIKKKKKKKKKKKKK



saya sudah pun abis bercuti sakan and semalam adalah hari pertama saya bekerja pada tahun 2009. Azam tahun baru aperlagi kalu bukan nak kuruskan badan. nak kuruskan badan dan kurangkan shopping sikit, tak leh kurangkan secara mendadak kena sikit-sikit. tapi cam tak caya pun ader ngan azam tahun baru aku ni...






masuk kerja aje, berpucuk-pucuk surat duk nunggu atas meja, tapi ader satu surat aje yang menarik perhatian aku, surat cinta dari sogo, soh datang saner gak ader sale......big sale.....tapi sorrylah sogo, ai tak boleh nak pergilah, ai dah banyak abis duit kat jualan gudang Taman Shamelin, bukan takat sehari aku berhabis kat saner tapi boleh dikatakan setiap ari aku duk gi saner beli baju, setiap ari akan ader baju baru yang diaorang buat kuar dari store, so kenalah rajin gi setiap ari buat spotcheck, bukan takat murah aje tapi memang fesyen dia pun memang stylo abis.



tapi member baik aku sorang ni tetap gak pujuk soh aku neman gi sogo, dia berkenan ngan satu barang. aduh seri, bila dah kakak mu ini kekurangan duit maka ngan sendirinyer aku jadi malas nak gi takut terjebak lagi sekali, aku bukan boleh takat window shopping, mesti ader gak yang aku terbabas beli. komfem lah ni, takyah duk ramal, aku bukan boleh pegang duit, asal sale aje aku nak gi tumpang sekaki. My dearest rizal dah tak mahu subahat ngan aku bab-bab shopping ni. wuhhaaaaaaaaaaaaa




dan pesanan daripada penaja utama saya ialah


katakan TIDAK pada SOGO kesayangan aku tu. ai love u lah sogo but i'm very sorry......



penaja utama ai tak nak bagi duit dah, aku dah terlebih shopping....aku dah kena sound.....aku dah kena sindir........aku dah kena marah................dan yang paling sedih...aku kena buang tabiat suka shopping....wuhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. wahai sogo, BB plaza, Nichii, Isetan, Times Squares....please help me....





Saturday, December 27, 2008

KLCC





aku kena gi KLCC, jumpa seseorang kat Petronas. ader menda nak amik.  so abang driver yang baik ati, Abang Ramli ditugaskan untuk menghantar aku ke saner. weiiiiii saya duduk dibelakang bukan kerana saya penumpang dan abang ramli tu pemandu akan tetapi tempat duduk depan dan pun ditempah oleh abang jum. kami bertiga gerak gi KLCC lam kul 3.00 petang, jalan sesak giler.  cuti-cuti malaysia cam gini pun orang boleh suka datang KL lagi.





ni kira first timelah aku datang petronas, ketat giler kawalan dier, aku tak dibenarkan naik sama sekali kena tunggu puan tu turun.  dah lah aku call cik puan tu kat 20 minit baru dapat, pastu dia soh aku nunggu lagi bih kurang 1/2 jam coz dah amik air sembahyang nak solat. so nak tak nak kenalah aku tunggu gak.  aku call laki aku dia kerja kat Tower 1 aku lak kat sebelah, Tower 2, tapi tulah x der rezeki nak jumpa my dearest rizal, dia ader short discusion ngan boss.



dan tak kanlah aku nak berdiri cam batang pisang kat sini, makanya aku call abang jum cakap lagi 30-40 minit baru boleh jumpa itu cik puan, aku nak gi merayap cari bekas makanan kasih dan sedikit barangan menghabiskan duit tuk aku




sebab tulah aku x nak gi shopping complex maner-maner, asal gi aje mesti terbabas bila barang, memang terbeli gak, walaupun sikit aje bawak duit mesti aku terbabas gak, perasaan membeli tu membuak-buak bila sampai kat shopping complex, tak leh ditahan dah perasaan tu.  boleh bankruptcy laki aku kalu perangai aku berterusan cam gini. kesian kat my dearest rizal, tiap bulan kena bagi nasihat percuma kat aku soh berjimat cermat.




pastu langkah pun mulalah panjang gi Parkson ngan Isetan carik bekas makanan anak dara aku, itu aje yang belum beli lagi.......



bayangkan satu KL duk pusing carik bekas ni, kat Sogo dah kehabisan stok, kat Parkson ngan Metrojaya kat BB Plaza pun dah habis, Times Square pun sama, sib baik ader rezeki kasih kat ISETAN KLCC.  Alhamdulillah, ader gak akhirnya, berhasil jugak pencarian aku satu KL.



Thursday, December 18, 2008

CRAZY BUSY

busy signal dah bermula. a lot of things to do.


work has been keeping me extremely busy lately and making it hard for me to blog


much credit to seri yang banyak nolong aku walaupun x der lam SKT seri. busy giler aku sampai x leh nak lunch, aku cuma dapat bernafas ngan lega lepas semua Board Papers ngan Committee Papers kuar selagi tak kuar selagi tulah tempat aku jadi cam kapal pecah, bersepah ngan papers. Boleh matik katak cam ni kalu depa schedule meeting camni. sekadar ko masuk meeting memanglah senang, 10 kali sehari meeting pun tak dok hal tapi yang parahnya orang cam aku ni yang kena be prepared semuanya. haruslah balik kul 10.00 setiap ari.


Friday, November 21, 2008

GANTI LAGI

ni bilik secretary for Chief Operating Officer, akak ni bercuti for 3 days, yang kena ganti x lain x bukan adalah AKAK JUGAK, as ai mentioned bfore, beginilah keadaannya selagi aku x der boss. Kalu tak ganti tempat Sec Chairman ke sini lah tempat aku, pi mai pi mai tang tu.
tapi beb ganti tempat sec CCO ni penat seiii, kerja melambak giler kalu kat tempat sec chairman aku goyang kaki aje cam makan gaji buta. tapi kalu kat tempat CCO ni, perrrrrhhh betul-betul punya kerjalah sampai nak makan pun x sempat. Tapi yang bestnya kalu duk kat sini boleh sembang ngan Shima, salah sorang member merangkap adik kat sini.

tapi hari ni dia mengadu yang aku selalu lupa pada dier. selalu x nak kuar lunch ngan dier dan selalu pinggirkan dia. Tapi sememangnya aku selalu lupa coz masa aku terikat ngan si mata empat yang agak kejelosan kalu aku kuar lunch ngan orang lain. Tapi insyaAllah ader masa next week during lunch hour aku akan luangkan masa ngan shima selama 1 jam, kita borak lah panjang lebar apa sahaja.



BOARD OF DIRECTORS

fokus utama kerja aku adalah menjaga kesemua perihal peribadi, kebajikan dan segala menda yang berkaitan ngan Board of Directors opis aku. so every month nilah rutin kerja aku memastikan segalanya berjalan lancar dan PERFECT merfect bfore meeting or lunch/dinner.
Juga perlu memastikan driver semua sudah tersedia awal di rumah BOD agar segalanya berjalan lancar. bukan itu aje tau, makan minum kat hotel n everything selagi aku diperlukan selagi tulah khidmat diberi. that whylah aku suka ngan kerja ni.

so semalam BOD semua nak lunch kat sini, lam kul 12.00 aku dah turun gi Maju Palace coz nak taruk kad nama supaya senang waitress nak serve maner satu amik set a or b or c.

n as usual semua berjalan lancar, syukur Alhamdulillah



Wednesday, November 19, 2008

KATUP

waduh, jam udah menunjukkan kul 11.02 malam, kerja masih lagi belum beres, abang jum bagi aku masa lagi 1/2 jam.

tepat 11.30 kami berdua mulalah bergerak nak balik, sementara tu aku neman abang jum katup semua pintu kayu lu.

ai duk kat kolam air pancut ni sementara nak nunggu buah hati ai sampai, sunyi sangat kat Maju Junction ni..


kedai pun semua dah katup, memula tu aku lepak kat lam ni sementara nak nunggu buah ati amik tapi pastu macam x sedap ati aje, kang karang datang orang hunus pisau kat aku naya, pak guard pun x nampak batang idung, x perlah aku nunggu kat kolam air pancut ajelah sambil dengar hot FM, dulunya suka dengar ERA tapi entahlah sejak 2 mejak ni minat benor ngan Hot FM.

WORKSTATION

sambil tu saya gi lepak jap kat tempat kawan saya masa mula-mula masuk kerja kat sini, saya masuk kerja sama hari ngan mamat ni, masa kat PWTC kami duk sebelah menyebelah pastu sekarang ni duk berjiran kat Pandan Indah. Tapi bukan tu yang saya nak story, terkejut bila saya nak sentuh aje kretar mainan dia ni, ader notis yang tertulis............




so saya pun bangun, balik kat tempat CC, takut lak ader menda lain yang x leh sentuh



KORJE...KORJE....KORJE

see, jam dah pun menunjukkan kul 6.43 petang, ini bermakna aku kena turun tingkat bawah coz 7.00 malam aje guard will katup all the pintu. so aku kena hangkut all the paperwork berserta ngan segala mak nenek fail ke tingkat bawah, Admin Department coz kat situlah satu-satunya tempat yang bukak until 12.00 midnight.

rakan sekerja kat sini semuanyalah baik belaka, especially lelaki, pompuan yang paling baik of cozlah si mata empat tu. kang kalu x puji, moncung sedepa lak. aku pinjam dan guna tempat CC. pc dia best tu lagi baguih pada aku punya, keyboard lak kalu menaip aduh asyiknyer. rasa cam menaip 100 elai kertas pun x penat lagi.

Abang Jum lah satu-satunya jejaka yang menemani aku semalam sampai kul 11.30 malam, tapi dia ni baik giler coz nolong cari idea nak update blog ari ni. kalu aku x balik umah maner ader entry nak taruk so semalam abang jum merangkap jurukamera x bertauliah duk snap all the photo masa aku tengah asyik buat kerja, tido jap n curik masa update blog.


oh ya, budak opis aku x tahu aku ader blog, sorang dua ajelah, lagipun budak opis aku bukan giler buat batu blog ni. aku x bagi coz jiwa aku belum kental lagi untuk mendedahkan pada budak opis, so semalam, finally aku bagi gak abang jum nengok sikit ajelah setelah dipujuk beberapa kali.

tq abang jum kerana nolong saya buat kerja sampai jauh malam, surelah abang jum mesti baca pagi ni..terima kasih daun keladi, lain kali boleh neman saya lagi yer.........


pas tu aku kepenatan, tido jap lam 1/2 jam. aku letih giler lah.


buat kerja pun x kusyuk, laki aku tuh 100 kali duk call tanya bila nak balik, suruh balik dulu, x nak. nak gak nunggu, ajak datang opis aku dia x nak, nak lepak kat opis dia aje. tapi kesian gak kat laki aku tu sampai kul 11.30 malam nunggu aku, sebenarnya kalu dia balik umah dekat aje, dalam 15 minit dah sampai pandan indah. Agaknya dah biasa balik berdua naik motor so kalu tunggang sorang diri mesti x syok nih......agak ajelah...



 
template by suckmylolly.com