Showing posts with label Maju Junction. Show all posts
Showing posts with label Maju Junction. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

NICHII

pas abis makan aje kat Kenny aku terus gi Nichii kat Maju Junction gak, member aku dah 10 minit nunggu kat situ, ajak lunch sekali tak nak, nak cepat katanyer. Memula tu dia nak bagi aku duit, soh pergi beli sendiri, alah maner best kalu cam gitu, seganlah aku. walaupun member baik tapi hadiah tetap adiah tak sama ngan bagi duit.



aku berkenan ngan maxi dress, cantik giler, new arrival lak tu, tapi bila mengenangkan soalan "bila lak aku nak pakai dress maxi ni" keluar ngan family haruslah aku tak pakai, jawabnya, belum sempat kejar anak-anak, aku dah jatuh dulu. anak-anak aku dah lah dua-dua lasak, terus aku ambik dress paras lutut aje, aku amik size XL, dress yang jenis boleh pakai time pregnant or tak, kira dua dalam satu lah. apapun, tq very much to my fren sebab bagi adiah birthday kat aku, dan yang paling best sebab aku boleh pilih sendiri.

Wednesday, April 01, 2009

LUNCH

sekarang ni setiap ari dah kira ari makan, seri yang paling susah ati sebab kena ikut aku carik makan. dan setiap minggu mesti ader makan fast food. kekadang seri sampai merayu mintak tolong makan berkhasiat sebab aku kalu jadi makin kembang tak perlah ader isi kat dalam, dia aper ke halnyer kalu jadi makin kembang.


tapi namapun bestfren, maka semua langkah dan selera aku semuanya dia ikut, parahlah nak nunggu sampai aku beranak ni

pastu ader fashion show kat level ni, baju pengantin. amboi orang jantan sekarang ni bukan main gatai lagi, yang paling ramai duk snap gambor bukannya orang pompuan tapi orang laki. nak buet aper yer ngan gambor tu semua?????




tapi tak lama lah aku duk sini, dah kawin ni malas dah nak nengok baju kawin, seri lagilah tak minat, aku ajak dia nengok bagi kasi semangat soh cepat kawin tapi sama je. tetap tak berhasil gak. tetap tak minat gak lagi.







Friday, December 19, 2008

TQ RIZAL




semalam ader sumber-sumber yang boleh dipercayai telah berbisik kat telinga aku mengkhabarkan ader segelintir budak opis aku yang baca blog aku. pastu duk nanya saner-sinir akan perihal diri aku. bisikan kat telinga tu bukannya yang sedap didengar tapi yang tak sedap didengar. aku x marah sama sekali saper yang baca blog aku tu, cuma aku pelik bin ajaib maner budak opis aku dapat aku punya address, sedangkan budak opis aku yang ader address adalah cuma 3-4 orang sahaja. yang lain memang aku x kasi coz aku x pernah canang satu opis bilang aku ader blog. Bila dah budak opis yang baca, memanglah banyak menda yang tak sedap didengar sampai ke telinga aku. rasanya mungkin diaorang ni berhempas pulas duk cari address aku kalu idak maner diaorang nak dapat. betul tak?




so ari ni, hati aku tak tenteram, geram pun ader yang perkara yang tak sedap didengar tu, aku called rizal mengadu domba, after 1/2 jam rizal sampai ajak aku breakfast. kat umah x leh nak discuss sangat coz anak-anak asyik berkepit, aku x mahulah abang ngan kasih tahu yang aku x ceria, kesian lak kat diaorang nanti. dah lah sehari suntuk berkerja, malam pulak masam muka, x elok untuk perkembangan idup anak-anak aku, so jawabnya pagi ni rizal datang nak dengor masalah aku.




jangan masuk dunia blogging kalu x berani. itulah kata-kata salah sorang bloggers yang aku ingat sampai ke ari ni. tapi aku cuma manusia, sebab tulah aku x pernah kasi address aku kat budak opis, aku pun x nak share blog aku ngan budak opis aku sebab aku kenal sangat ngan budak-budak opis aku ni. bukan semualah tapi segelintir yang baca blog aku telah duk canang criter pasal aku. x perlah aku tak marah korang nak baca, hak peribadi masing-masing tapi aku x pernah amik tahu perihal peribadi dan kerja korang jadi sama-samalah kita duk diam-diam buat hal masing-masing, lepas baca terus katup jangan duk bukak mulut jaja story aku saner-sinir.



itulah celoteh yang aku duk ngadu kat rizal, tapi nasihat rizal senang aje


"orang yang suka canang hal kita kat orang adalah orang yang nak jadi seperti kita, tapi dia tak mampu nak jadi macam tu, so perasaan sakit hati tu hanya boleh reda dengan mencanangkan kisah kita"



memula tu aku x nak breakfast coz kul 12.15 nanti nak makan lagi, ni dah pukul 10.00 pagi tapi rizal soh aku makan gak, dia datang dari jauh nak dengar criter aku tapi aku lak x nak teman dia makan (jauh ke KLCC ke Maju Junction)





sambil makan sambil bercerita memang best, tak sedor abis satu pinggan nasi lemak aku bedal, kalu mami baca blog aku mesti dia cakap "ader masalah ke, x der masalah ke, perut sama aje, tetap lapor"




Friday, December 05, 2008

WALK-WALK AROUND

tq u yer seri, belanja caramel macchiato walaupun guna kupon


walk-walk around kat maju junction neman seri gi starbuck lu, abiskan kupon yang ader -expired date on 31 Dec 08.





pastu gi Giant beli barang nak buat spaggetti, rizal dah cakap nak makan spaggetti malam minggu nanti.

seri lak sibuk nak cari milk ngan cornflakes


Tuesday, November 11, 2008

MAJU JUNCTION

semalam aku ada janji ngan member satu kolej, suzanna namanya, tapi sayang atas permintaan ibu comel ni aku x leh nak letak photo dia kat sini. dah lama x jumpa since masing-masing dah kerja. selama ni cuma main sms aje, tapi semalam zana ajak aku neman cari baju nak gi interview.
asalnya dia ajak aku gi KLCC tapi aku malah weiii nak menapak gi saner, so aku ajak gi Maju Junction ajelah, kat sini kan ada Nichi, macam-macam fesyen ada.
perut aku lapor masa nunggu minah ni datang, aku gi beli waffle lu, x hinggat punya aku tengah sedap menyuap tetiba ader orang datang amik tangan aku suap kat mulut dia. ewah-ewah

Masa nak gi Nichi, singgah jap kat kedai ni beli anting-anting, murah giler 2 pasang RM5.00. Beli jangan x beli..........
tapi masa nak masuk Nichi, aku lupa lah pulak yang baju aku pakai ni beli kat Nichi, baru last week aku beli. pastu tetiba aje member aku cakap "ehh ina baju ko pakai tu sebijik cam baju ni lah, ko beli kat sini yer" adohhhhhhhhhhhhhh, kantoi




ni lah dia baju yang aku beli last week, baju ni lak betul-betullah ader banyak pasang lak duk tergantung. sib baik orang x ramai. tapi aku pandai cover, aku cakap sebab tu lah aku suka shopping kat Nichi, fesyen dia up to date n tip top first class. sebenarnya aku pun malu gak, kalu ya pun aku nak pakai masuk nichi tunggulah sampai baju tu dah x ader.



Thursday, November 06, 2008

LAPOR SIH

aku nemankan rizal makan coz laki aku ni lapor sangat termasuk lah aku, perut aku ni ha, dah berbunyi-bunyi mintak tolong di isikan cepat. kami makan kat food court maju junction, aku soh rizal makan nasi x nak. aku ni perut melayu, mesti nak kena jamah nasi gak.

sambil makan sambil tu rizal duk mengeluh kat aku, aku dengar ajelah coz aku tahu camner rasanya ilang dompet ni, rasa cam nak pijak-pijak aje saper yang amik tu. tapi saper curik h/bag aku memang pencuri tu agak bengang giler ngan aku coz aku x pernah bawak duit banyak lam RM5.00 aje, kalu nak beli barang baru bawak duit, kalu idak banyak tu ajelah aku bawak, aku jarang amik lunch, so x perlu duit yang banyak, kad bank aku x pernah bawak, IC emmmmmmmmmmmmm jarang kot, semua kat umah. aku cuma bawak pass kerja aje, lagipun aku dah ader pengalaman kena ragut, sejak dari ari tu aku langsung x pernah bawak duit lebih. kenapa aku cakap H/bag coz aku jarang-jarang sangat bawak dompet.

abis aje makan aku terus sambung kerja kat opis, rizal nunggu aku sampai kul 7.00 malam, aku plak sampai opis aje terus apply cuti, aku perlu berada di sisi rizal, dia sedang mengalami masalah yang belum pernah dialami lagi, so aku perlu ada disebelah nya untuk bagi rizal happy dan riang ceria, tak gitu????



DOKUMEN PENTING

mula-mula aku temankan rizal gi Balai Polis Taman Dagang, tapi aku x ingat dah masa ni nak snap gambar ke aper dah coz kepala aku asyik duk busy urus hal tu dah urus hal ni. rizal macam terkejut besar coz masa polis tanya apa yang ader kat dalam dompet dia jadi cam "blur" bukan sekejap tapi lebih pada 5 minit, so aku yang kena inform kat polis tu aper yang ader dalam dompet tu, segala urusan sekatan kad aku dah buat masa kat opis, aku terus tel on behalf rizal. cuma ada beberapa kad yang memerlukan rizal bercakap sendiri aku buat masa kat luar balai.

selesai part balai, aku terus bawak rizal gi Maju Junction buat ic sementara, pas siap isi semua borang aku tinggalkan rizal coz aku kena balik ofis jap sambung kerja, aku ada banyak giler kerja yang menunggu kat opis, so nak x nak aku kena siap gak, dan aku bersyukur sangat-sangat coz meeting kat KB dibatalkan kalu idak masak lah aku nak hadapi semua ni.

rasa sedih pun ader nak ninggalkan rizal sbb aku tahu dia mesti perlukan aku, dia maner pernah ilang barang, dalam kepala otak dia cam-cam ader, takut orang guna ic buat loan tu loan ni, ngan bank okeylah x kan lulus tapi takut ngan along, pastu takut orang asing guna ic tu pas tu jadilah kes jenayah. macam-macam lah yang dia duk pikiqkan, puas aku duk pujuk dan tenangkan rizal, lam 3.30 aku balik opis jap.


pastu lam kul 4.00 bila dah siap semua aku temankan rizal gi JPJ dan gi kedai gambar jap nak amik gambar for buat lesen baru. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, ari tu jugak lesen siap. segala masalah selesai tapi masalah kerja belum selesai, rizal mintak aku nemankan dia makan coz dari sejak dompet ilang sampai kul 4.45 belum makan aper menda lagi.





Monday, January 07, 2008

Foodcourt Maju Junction


alahai, comotnya......



Pesona Foodcourt kat Maju Junction

mami order ABC


abang, ice cream

Papa, cendol pulut tapai, tak sedap langsung, hampeehhhhh

Ni, ABC yang terkenal kat Maju Junction - RM3.80

after took our Mykad, we went to Foodcourt Maju Junction. Rizal teringin nak minum Air Batu Campur. tapi sampai kat saner tukar lak selera.

 
template by suckmylolly.com