Showing posts with label nichii. Show all posts
Showing posts with label nichii. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

NICHII

pas abis makan aje kat Kenny aku terus gi Nichii kat Maju Junction gak, member aku dah 10 minit nunggu kat situ, ajak lunch sekali tak nak, nak cepat katanyer. Memula tu dia nak bagi aku duit, soh pergi beli sendiri, alah maner best kalu cam gitu, seganlah aku. walaupun member baik tapi hadiah tetap adiah tak sama ngan bagi duit.



aku berkenan ngan maxi dress, cantik giler, new arrival lak tu, tapi bila mengenangkan soalan "bila lak aku nak pakai dress maxi ni" keluar ngan family haruslah aku tak pakai, jawabnya, belum sempat kejar anak-anak, aku dah jatuh dulu. anak-anak aku dah lah dua-dua lasak, terus aku ambik dress paras lutut aje, aku amik size XL, dress yang jenis boleh pakai time pregnant or tak, kira dua dalam satu lah. apapun, tq very much to my fren sebab bagi adiah birthday kat aku, dan yang paling best sebab aku boleh pilih sendiri.

Thursday, March 05, 2009

LUNCH

lunch time semalam aku bertiga kuar jalan-jalan kat Maju Junction. sajer aku nak panaskan badan sikit, kat opis sejuk sangat, kami gi Nichii lu, tak der sale, dan tak der baju yang menarik, kalu ader takat 2-3 elai ajelah.


kat Nichii ni banyak baju style gini. sekarang ni aku cuma boleh nengok dan amik photo aje.




dulu aku suka sangat baju cam gini gi kerja, sebab senang, 1 elai aje, pastu sekarang ni dah berjangkit kat adik aku yang minat sangat ngan baju cam gini, eji cakap, senang sebab tak yah nak ader 2 elai, saut aje terus siap.





pastu bila perut lapor, kami singgah jap kat KFC, makan lu kat sini, member aku tak nak makan kat sini coz nak diet, tapi bila aku cakap aku mengidam nak makan, terus semua mengalah.



ni yang aku punya, yummmy, yummmmy, aku tak mik gambor sebab semalam aku cuma ader mood nak melantak aje mood nak bergambor bagai dah tadok.





Saturday, January 10, 2009

NICHII


semalam lunch time, aku neman seri gi salon, sementara nak nunggu urusan seri dibuat aku jalan sorang-sorang gi Nichii. tak tahu kenapa tapi aku suka sangat ngan fesyen baju kat nichii, fesyen dia ni kira cam stylo dah harga pun okeylah untuk standard gaji aku.





tapi kan lately ni aku notice lah, banyak betul fabrik petak-petak, era kembali ke zaman mak aku dan kembali lagi...




emm, tapi semalam aku berjaya cuci mata aje, selai pun aku tak amik coz aku dah melambak giler memborong kat Taman Shamelin, korang cubalah gi pusing-pusing kat saner, banyak giler gudang-gudang baju berjenama yang buat clearance sale. aku dulu pun tak tahu gak, tapi sib baik adik aku ni rajin buat survey kat maner-maner yang ader sale.




aku minat giler ngan t'shirt ni, tapi aku betul-betul dah berhabisan bulan ni so memang aku kena tahan nafsu.. tahan,tahan.....


Sunday, December 07, 2008

TIMES SQUARE

lepas tidokan abang ngan kasih n iron shirt rizal coz nak kuar gi servis kereta aku pun mulalah sauk baju nak gi Times Square ngan eji, aku nak carik sandal, sandal merah aku ni dah nak jahaman, tunggu hari aje...rasanya lam seminggu dua ni, jahanamlah tu. kalu kaki orang lain mahu tahan lama lagi, tapi kalu kaki aku mesti cepat benor sandal tu jahanam. ganas ambo ni..



muka aku berserabai giler, x sempat nak bersiap coz takut anak-anak terjaga, pakat cabut cam tu aje lepas sauk baju



aper pun x beli, nak kejor masa actually eji nak eji low yatt coz nak cari Lap Top n aku lak nak gi Times Square coz nak cari sandal, tapi kena balik cepat, aku lum masak lagi untuk dinner, kan karang balik rizal terkejut lak nengok atas meja kosong aje. kan moncung, aku jugak yang susah



Monday, December 01, 2008

SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR

besok, boss aku akan balik dari cuti yang amatlah panjang. so dia memang tinggalkan aku kerja yang perlu dibereskan, maunya esok pagi semua dah siap terbentang kat atas meja. tugasan melibatkan pc semua dah beres, tinggal lagi aje tugasan untuk jumpa ngan pengurus kat krathong. bfore gi krathong, aku gi beli waffle lu, perut lapor, nak bercakap kena ader tenaga kan, so pekena lu sebijik.

aku nak jumpa ngan manager krafthong tapi orangnya enggak ader, so dapat jumpa ngan assistant dier, Cik Rita, aku gi buat rondaan, check camner ruper table yang diorang nak serve nanti, ader privacy ke tak n macam-macamlah soalan aku supaya nanti bila brief kat boss aku, dia puas ati n then buat booking for our Board of Directors. Selesai aje tugasan kat Krafthong, aku x terus balik opis, sambil menyelam sambil minum air.




kat sebelah kraftong ader Nichii, ader MEGA SALE lak, ni pluang baik x leh dilepaskan, my dearest rizal mesti sakit kepala kalu nengok ada tulis MEGA SALE. tak aper ai ader ubatnya kalu sakit kepala.............






baju ni cantik sangat, kalu pakai ngan jeans, x hinggatnyer lawo. tapi harganya RM59.90 diskaun cuma 10% aje, nak beli ke x nak, nak beli ke x nak, nak beli ke x nak................




beli ajelah, nanti duit tu mesti abis ke lain....x amik rugi, ader satu size lagi ninggal yang banyaknyer size s, aku x mainlah size s ni....

ari ni aku pakai paling sempoi gi opis, pagi tadi agak lewat terkejut, balik nengok wayang ngan dinner pun lam kul 2.00 baru sampai umah, nak boleh ke tido, gedabak-gedebuk kul 3.00 pagi. aku malas nak iron jacket, aku saut aje satu-satunya jacket jeans yang aku ader. tapi opis aku dah x leh nak cakap aper, nengok ajelah, kalu ader meeting kat floor aku, aku tukar pakai shawl, kalu x der jawabnya sampai ke petanglah aku berjacket bagai. rasanya budak opis aku pun dah maklum akan keadaan ni.

Friday, November 14, 2008

KOYAK

ader satu hari tu, saya dah pakai sebaik mungkin coz nak jumpa ngan ex boss saya kat BBMB Securities. tetiba aje masa nak bangun skirt saya koyak, (lam gambar kat bawah ni x nampak coz warna itam). saya cubalah cari saper-saper yang ader jarum or benang, sib baik seri ader jarum tapi benangnya warna putih. ah x daklah saya. Puas fikir camner saya nak jumpa ngan ex boss saya dalam keadaan skirt camni, dah sah-sah ex boss saya akan bawak saya makan tempat yang jauh, pasti kalu duk sebelah ex boss lam kreter, dia akan nampak skirt saya yang koyak itu. Maka tanpa berlengah masa saya cilok time pejabat jap gi Nichii, sib baik nichii ader kat Maju Junction, kalu idak abis lah saya. saya terus mencari skirt hitam yang paling murah tapi yang paling murah bagi korang tu maybe dah mahai kot buat saya. tapi disebabkan saya segan ngan ex boss saya, terpaksalah gak saya amik skirt hitam ni.

x clear sangat coz skirt tu kaler itam, tapi saya x leh nak reveal kat blog ni kat maner dan saper ex boss saya coz saya amat segan untuk keluarkan h/phone snap gambar ex boss saya, nanti dikatakan saya cam orang baru beli h/phone. Lagipun mesti ex boss saya terkejut coz secretary dia dulu x cam ni, x kan dah x jumpa 7 tahun dah giler cam ni, snap saner. snap sini. Saya kena lah jaga tatacara korporat boss saya kan...........


 
template by suckmylolly.com