Showing posts with label doctor. Show all posts
Showing posts with label doctor. Show all posts

Thursday, January 08, 2009

DOKTOR RAHMAN



sekarang saya berada lam bilik doktor, bukan jadi tukang cakap tapi kena awasi anak-anak bertuah yang sibuk gak nak tumpang sekaki jadi doctor. InsyaAllah kalu abang ngan kasih rajin belajar dan kuat berusaha, tentu boleh jadi doktor satu ari nanti



kesian lak kat laki aku ni, sebenarnya dua hari yang lepas, ader cam bisul gitu kat bawah ketiak rizal, besar gedabak, tapi orang tua-tua zaman dulu kala kat negeri aku panggil "buah". penyakit ni lagi sakit dari bisul coz dia punya denyutan boleh buat cam rasa nak sepak terajang aje orang yang lalu lalang kat depan mata. Kalu bisul, x derlah sakit sangat tapi "buah" ni sampai buat laki aku demam kerana menahan sakit.



demam pun tinggi gak, balik nanti pas makan ubat, doc terus soh tido, disebabkan sakit yang teramat sangat, doc siap bagi satu injection kat laki aku, untuk tahan sakit. "buah" tu punya sakit sampai kuar air mata laki aku duk tahan sakit. tak sampai ati bila rizal merintih kesakitan.



dapat MC satu ari, ubatan dier siap ngan ubat cuci sekali..... Doctor ni memang prihatin lah beb, masa dia nak nengok bisul kat ketiak laki aku, doktor tu siap tanya, maner pergi bulu ketiak?? cukur sebab sakit or memang x der bulu ketiak. kelakorlah soalan cepumas doctor ni. Laju aje laki aku yang malu-malu kucing tu jawab memang selalu cukur, tak selesa sangat kalu ader bulu kat ketiak.





Doctor rahman ni sampai bulu ketiak pun dia perasan ader ke idak, aku yang jadi bini dia pun, siang malam duk tido bersama pun tak pasan yang laki aku tak der bulu ketiak.


Wednesday, October 29, 2008

THANKS

ni lah ubat darah tinggi yang aku kena abik 3 kali sehari. Alhamdulillah sejak abik ubat ni tekanan darah aku pun dah mula menurun tapi x der lah normal, last aku check lam 150, thanks to Dr. Faridah yang merawat aku


n terima kasih pada kak roy coz bagi cenderamata dari sabah dan juga tahniah kerana berjaya mendaki gunung kinabalu di usia 53 tahun ni. aku memang respect giler lah kat kak roy ni coz ader semangat nak daki gunung, kalu aku cam bercintaaa gaklah nak daki mendaki ni.

Tuesday, October 21, 2008

POLIKLINIK KOTARAYA

so petang semalam aku gi clinic, cadangnye nak gi pagi isnin akan tetapi aku x larat nak bangun, aku wajiblah pergi kot-kot deman kasih melarat sampai ke gi spital lak

balik kerja aje rizal terus bawak kami gi clinic. Deman kasih on, off so aku nak x nak kena bawak gaklah gi clinic, takut-takut ader sakit lain


Alhamdulillah, kasih deman aje, x der sakit lain dan syukur Alhamdullilah jugak coz aku kebetulan MC, kasih kalu sakit mesti x leh berenggang ngan aku. mesti nak berkepit aje....


moga cepat baik ya sayang

Thursday, August 14, 2008

HOSPITAL

pas tu aku went to hospital coz ader appointment, pas lunch aje, kepala aku ting tong balik, may be sebab ate fast food kot, banyak garam kot

ramai gila orang duk nunggu nak jumpa doc, masa ni tahap kebosanan dah mula memuncak, aku boring giler, rizal x leh neman ader duty.


appointment kul 3.30 tapi disebabkan traffic jam aku sampai kul 4.05, gedebak-gedebuk jumpa doc lam kul 5.00 petang, kena lah tunggu coz sendiri silap


MIGRAINE



yesterday, ai had a horrible migraine headache, sakitnyer kepala cam nak hantuk kat dinding aje, tapi aku kena gi opis gak coz ader duty sikit. tapi masa aku lebih banyak abis duk lentok kat meja jelah coz sakit yang teramat sangat, sakitnyer sehinggakan aku menangis coz x tahan sangat. that whylah semalam aku x ader buat entry coz langsung x leh mengadap computer. pas tu aku terus call doc buat appointment. kul 3.30 petang.

 
template by suckmylolly.com