Tuesday, December 30, 2008

DINNER


actually saya nak masak tomyam ari ni tapi camner saya boleh lupa bahan terpenting, daun limau purut, dan saya tak kan masak tomyam kalu daun limau purut x der, tak derlah rasa tom yam kalu tak taruk daun.


ayam pun dah siap terperap selama 1/2 jam, nunggu untuk di goreng aje




dah tomyam x leh buat, ayam lak saya dah perap maka saya gantikan ngan masak dalca, favorite pak mertua saya


umah pak mertua saya ni ader 8 orang n termasuk saya satu family ader 4 jadi saya kena masak untuk 12 orang.



tapi saya masak taklah sepantas mak saya, sekejap aje dah boleh makan, kalu saya yang masak haruslah sabar menunggu, bukan memasak yang lama tapi part nak siapkan barang-brg tuk dimasak tu saya amik masa yang lebih sikit.

PASAR



wooo, sejuk giler suasana kat kampung ditambah lak ngan ujan lebat, lagilah aku asyik duk tarik selimut, ikut kan ati mahu aje aku terus duk berkampung lam kelambu. sedap oiiii tido, disulami lak ngan bunyi katak n cengkerik, ujan benti x sampai lima minit mesti katak duk panggil balik. oh hujan, oh hujan kenapa ko tak turun


kul 7.30 pagi, my dearest rizal dah bawak gi pasar, kalu kat umah sendiri ni mahu pas solat subuh aje aku ngan laki aku tarik balik selimut sambung tido, kalu kat kampung nak mampus lah buat camtu, kenalah cover line baikkkkkkk punya kan, x pasai-pasai kan, aku laki bini yang dah tua bangka ni kena basuh.


time nak gerak gi pasar ujan renyai-renyai, pasar mesti becak so rizal benti sat kat kedai runcit simpang jalan belikan sebarang dua toys buat abang ngan kasih. umpan agar bila sampai kat pasar nanti x derlah anak-anak aku nak ngekor mama dier





dan umpan itu memang mengena, abang n kasih duk lam kreter ngan papa, aku sorang aje yang masuk pasar. kat umah pak mertua aku ni jarang masak coz semuanya lelaki, mak mertua aku kan sakit so dia x leh bangun or bergerak bebas untuk masak, jadi disebabkan semuanya kerja n balik of cozlah penat, n namapun lelaki kan, maka dapur kat umah pak mertua aku jarang-jarang sangat berasap. so bila aku balik nilah peluang diaorang nak makan kat umah. N barang yang nak kena beli untuk masak of cozlah semua kena beli coz semuanya x der, kunyit debu, cili boh, halia, sengkuas n pelbagai bahan asas semua kena beli. termasuklah jugak garam.


tapi kan bukan nak cakaplah, bukan sebab aku tinggal kat KL, saper kata sayur kat kampung murah, mahailah beb, aku kalu takat nak beli sebijik kobis, kat chow kit luar tu boleh dapat RM1.00 aje, tapi yang kochik lah, tapi kat sini RM1.60. Jagung kecik yang comel lote lagilah mahai, kat KL boleh dapat lam 2 Plastik RM1.00 tapi kat sini RM0.70 satu plastik. tapi ikan murahlah kalu nak compared ngan KL tapi timbang tara balik bih kurang aje.




BREAKFAST DI KAMPUNG



as usual kalu dah berada kat kampung, breakfastnyer adalah nasi berlauk, favorite aku laki bini. dulunya aku ni aksyen lah konon, x mainlah makan-makan nasi putih waktu pagi, nasi lemak or nasi dagang tu kira okeylah coz memang breakfast orang melayu tapi kalu tang nasi berlauk ni cam janggal sikit pada aku. Dulu pun budu tak makan, x mainlah makan budu-budu ni, siput sedut, ikan air tawar, semualah x makan lah kononnya, sekali pas kahwin ngan my dearest rizal, aku lak yang terlebih sudah nak makan menda ni semua. Pantang nengok mesti nak makan punyer. Tulah kan semua manusia ni boleh berubah cuma mahu or idak aje. Mak aku pun terkejut bila aku dah boleh makan lauk tanpa memilih especially makan budu dulunya masa anak dara jangan arap ku sentuh semua tu dan paling memilih bab makan, ha ko sekarang ni aper saja ko letak depan aku semuanya ku telan.





pak mertua aku selesai aje solat subuh kat surau mesti wat balik nasi berlauk untuk kami anak-beranak, dan untuk satu-satunya cucu pompuan abah belikan roti soh cicah ngan air teh.



tapi kalu dah mak borek anak pun rintik, kasih ikut jejak aku time kochik lu, pagi-pagi buta tak makan lagi, isap susu lu, after kul 10.00 pagi bila perut dah bergelora baru carik makan.




tak banyak entry aku boleh buat coz kat kampung laki aku ni ujan lebat, x henti-henti, anak-anak pun duk berkurung lam umah aje.




Monday, December 29, 2008

REHAT JAP




perut lapor giler, nak benti ujan lebat maka kami sekeluarga menahan lah lapor sampai ujan akan-akan nak benti, kalu aku ngan rizal tadok hal punya takat nat redah ujan tapi kepala anak-anak bertuah tu kan karang kena ujan, deman lah plak




kasih ngan abang aku order kan mee hoon goreng taruk ayam semata, sayur mayur tak mo, nanti kan karang jadi satu keja lak aku kena buang sayur tu






as usual aku mesti order tom yam (favorite akak)



dan my dearest rizal ngan sup ekor





lama gak aku duk berehat kat sini, nak kasi abang ngan kasih puas-puas lu nanti nak duk lam kreter lama lagi, nak singgah rehat banyak kali pun susah gak coz ujan renyai-renyai


BALIK KAMPUNG


lebih kurang kul 3.00 petang kami sekeluarga gerak balik ke kampung my dearest rizal




sepanjang perjalanan, ujan tak henti-henti mencurah ke bumi




rizal bawak kreter slow aje, cuti kami berdua panjang lagi jadi x yah nak gesa-gesa balik kampung

MIDPOINT




after breakfast, we went to Mid point, nak carik barang sikit buat balik kat adik-adik rizal




memula tu carik barang sekolah untuk adik Leen yang bakal masuk form 1, rizal belikan from A to Z, peralatan sekolah, uniform, tudung, beg sekolah, stokin, alatan tulis semualah yang berkaitan ngan sekolah cuma kasut sekolah aje beli kat kampung, takut size tak padan, maner lak nak tukar.




pastu cari minyak rambut untuk sani, adik no. 4 rizal.



aku pulak dikehendaki cari barang pompuan untuk bagi kat adik leen, adik bongsu laki aku, lama jugaklah kami duk memborong kat sini, lam kul 11.30 baru balik umah


BREAKFAST




kami nak gi breakfast jap, nak beli nasi lemak kat sini, my dearest rizal cakap nasi lemak abang van ni best, tapi aku rasa cam biasa aje....




pagi semalam, aku dah pack semua barang nak balik kampung, masa nak gi breakfast aku tak sampai ati nak kejutkan abang ngan kasih, kami kan went to Danau Kota malam tu so balik umah, makan minum, gedebak gedebuk, abang danish ngan kasih tido bih kurang kul 4.00 pagi. tak sampai ati ah nak kejutkan diaorang, mami kalu ari cuti-cuti malaysia cam ni, pas solat subuh mesti tido berpelukan ngan cucu-cucu. abang danish gilir-gilir tido, kadang-kadang tido ngan aku tapi yang banyaknyer abang danish nemankan mami. kasih wajib tido ngan bfren dia, pagi kalu nak gi maner-maner barulah aku angkat taruk kat bilik mami. Eji walaupun ader bilik sendiri tetap tido ngan mami lagi, dia kan anak yang manja, tido pun nak berpelukan ngan mami lagi.




naik mual dah tekak aku asyik duk makan roti canai, roti canai. tapi untuk abang ngan kasih mami n eji aku tetap tapaukan roti canai gak coz diaorang x berapa nak layan sangat nasi lemak



aku kalu makan nasi lemak mesti lauk biasa aje, aku memang x leh makan ngan ayam, sotong, telur or kerang. aku paling suka nasi lemak sambal ikan tongkol, tapi tulah bercinta nak jumpa kalu kat KL ni. cuba korang rasa nasi lemak makan ngan sambal ikan tongkol, best beb, sampaikan seri asyik duk minta mak aku masakkan kalu dia teringin nak makan. sekali pekena terus nak makan nasi lemak ikan.


SUPPER





memula tu masa balik dari danau kota, hajat di ati nak supper kat sini aje, malas nak tapau wat balik umah, tapi mengenangkan kasih tercinta dah pun melabuhkan tirainyer, mata pun dah katup baik punyerrrrrrrr, maka aku x naklah ganggu, so semua ahli keluarga ku, kita tapau ajelah yer


namun roti canai kat Kampung Baru tetap menjadi pujaan ati ku




dinner tadik dah telan 2 biji roti canai telur so mesti dah boring kan, x kan tengah malam nak makan roti agi, so aku belikan mee hoon goreng kosong taruk ayam semata-mata untuk abang dan teh ais. orang lain makan roti canailah yer.....


PENCIL BOX



aaaa haaa, bagi orang yang duk dan mai sekitar sini tahulah maner tempat ni kan??? aku dah giler datang sini, lagi sekali aku gi danau kota, last nite masa jalan-jalan aku dah nengok tapi tangan tu cam susah aje nak capai menda tu, maka bila balik umah, mulut aku yang tak der insurance ni sibuk duk story kat abang pasail pencil box yang der gambor CARS. aperlagi abang danish kalu pasail berkaitan ngan CARS mesti naik antu soh aku beli gak, wahlal aku baru beli pencil box ultraman tiga, tak cukup lagi rupernyaaaaaa



aku lak jenis tak sampai ati nengok abang merenggek soh beli gak pencil box CARS tu, so nak x nak lepas gi klinik, aku satu family gerak gi Danau Kota semata-mata nak carik pencil box CARS tu, aku rasa cam happy sangat kalu dapat bagi barang favorite abang, aku suka sangat nengok anak-anak cam excited giler kalu dapat satu-satu barang n tak abis-abis duk bercerita.

POLIKLINIK KOTARAYA


lupa lak nak taip kat sini, my dearest rizal dah pun setuju untuk bawak kami anak beranak balik kampung, lama tu 4-5 ari, maner boleh tinggal aku kat KL ngan anak-anak kan??







alamak, hari ahad dah nak gerak balik kampung tapi ubat mami belum lagi amik, emak aku setiap bulan wajib gi clinic, check kandungan gula lam badan, emak aku ader diabetis so ubat-ubatan x leh lah nak ninggol. so last nite lam kul 12.30 kami semua gerak gi Poliklinik kotaraya melawati.



lain kali aku nak gi time cam gini lah, x yah sibuk nak beratur nunggu giliran nak masuk, x dok pun orang datang, kami anak beranak aje yang ader maka sepantas kilat nama mami dipanggil



Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T, kandungan gula mami tetap maintain, ader gak diabetis tapi x derlah melampau-lampau.





emmm, alang-alang dah jauh kemari, pas ni nak gi maner pulak ekkkkk


BYE-BYE DAPUR GAS




encom kan mamak ni, nilah laki sue pantry, last nite dia datang umah aku, amik dapur gas yang aku jual pada sue ngan harga yang murah-murah giler




dapur ni aku beli baru setahun aje, bukan sebab aku pakai dapur ni buat masak setiap ari tapi sebab aku nak guna ovennyer, masa tu bengong sikit coz supposed aku beli oven electrik aje tapi masa tu otak sebengong-bengongyer, aku beli coz tengah mengiler nak buat biskut hari raya, last year aku berkobar-kobar semangat buat kuih raya coz aku nak anak-anak aku rasa kuih raya yang mama dia buat. biar anak-anak aku excited, asal raya aje mesti mama dier busy nak buat kuih muih bagai. sudahnyer setahun tu ajelah aku rajin, tahun ni punya raya aku beli kat kedai aje.





aku jual kat sue murah giler bukan nak jual sangat pun tapi mata aku duk menyemak nengok dapur yang besor bagak ni kat umah aku, kalu umah aku sebesor banglo lain criterlah, x mo aku jual ,simpan lam bilik stor aje. actually bukannya aku offer nak jual pun, aku cuma cakap kalu aku tolak kat kedai ader tak kedai nak ambik, pastu sue nanya aku, kak rose nak tolak beraper, aku cakap beraper pun x per asalkan tak menyemak mata aku lagi, maka sepantas kilat after mintak permission dari laki nyer yang encom tu sue terus letak harga, bukan aku yang letak tapi sue yang letak, aku terus setuju yang penting dapur tu kuar dari umah aku.


Manusia memang tak pernah puas ngan benda yang dia ader, bukan korang semualahm akan tetapi manusia tu adalah aku sendiri, dulu masa x der oven, sanggup berhabis sebab giler nak beli oven yang besar bagak lak tu, pastu family day last year aku dapat lak electrical oven, lagi canggih manggih, maka tak derlah aku nak pandang lagi oven singer tu. bye-bye yer sayang, duk diam-diam kat umah sue pantry yer....sayang




ROTI CANAI TELUR



ini budak, kalu makan roti canai telur mesti 2 bijik, satu bijik kalu mesti tarak cukup....besau betul perut abang danish sekarang ni. aku notice kan sejak abang nak membesar bagaikan johan, selera makan abang danish bertambah-tambah dan selalu lapor aje.


kami semua makan sebijik roti canai kosong pun dah rasa kenyang, tapi kalu kat kampung baru, aku kalu sebijik tak cukup, kena sebijik 1/2. tapi kalu kat kedai mamak, sebijik pun dah boleh kasi perut aku bertepuk gembira dek kerana kekeyangan





aku sibuk duk ralik amik photo abang tengah baikkkkkkkknyer makan roti canai telur cicah ngan gula, kuah dal ngan sambal kat tepi tu adalah untuk suapkan kat mama or papa aje.

 
template by suckmylolly.com