Wednesday, November 26, 2008

JALAN TAR



boring tul kalu seri x der, aku gi jalan sorang-sorang kat Jalan TAR, aku nak gi cari kain ngan beli pencuci muka, singgah jap kat kedai Akak di Pertama Complex. barang yang aku order dah sampai. Janji jumaat lepas nak amik tapi busy menyopping semalam baru gi ambik.


aku beli 2 kotak sekaligus, senang, dah lah susah nak dapat stok. aku ni lum pernah lagilah pakai pencuci muka yang mahal-mahal, aku cuma mampu pakai pencuci muka yang sesuai ngan gaji aku aje. Ukur baju kat badan sendiri kan, kalu aku ukur baju kat badan orang jawabnyer sore asyik termiss lah.

pastu masa nak gi Jalan TAR, aku cam berkenan lak ngan jubah ni, harganya RM280.00 khas untuk orang gi umrah or haji. ingatkan nak beli untuk mami, cantik ni pakai kalu nak gi sembahyang kat masjid. putih bersih aje. tapi tunggulah dulu lam 2-3 bulan mesti turun harga, sekarang ni baru sampai, mesti ketuk giler-giler lah, raya haji pun dah dekat.



pastu gi Harison, Nagoya, Kamdar....semuanya x der yang berkenan di ati. bukan nak beli kain bunga-bunga pun nak beli kain kosong aje.


untuk carik 2 meter kain, sanggup aku gi menapak sampai ke ujung jalan, ader satu lagi kedai kain yang kainnyer pun cantik-cantik.....

see, ai told u, bila jejak kaki ke Cosmic Silk mesti terbabas beli coz salesgirl dia ni kalu bercakap memang superrrrrrrrrlah. x nak beli pun terbeli. lain kali iman kena tetap, aku ni nak gi beli kain warna itam bukannya merah, tapi bila dipujuk dan digasak cakap warna merah ni cantik coz warna itam x der, aku bolehlah termakan pujuk gi beli. Balik umah menyesal lak, ari ni kena gi balik cari kain.








0 comments:

 
template by suckmylolly.com