Wednesday, January 07, 2009

GOOD MORNING


pagi tadi anak-anak bertuah aku bangun lam kul 6.15 pagi, lentok liut lu atas katil bagai, bagi nyonyot susu lu sebotol sorang, baru leh bukak mata besar-besar



kasih agak bercinta sikitlah pagi ni nak bangun, menangis dulu, merayu bagai coz x nak gi sekolah, rayuan kasih tu lah paling tak tahan nak dengor, tak sampai ati...rasa cam nak tercabut jantung bila dengar kasih merayu-rayu tak nak gi sekolah.


see, kurusnya anak dara aku, siap boleh nampak tulang, ni boleh wat main gitar ni, tulah mama soh makan banyak, tak nak, nak diet, takut gemuk cam mama, ader ke patut, budak baru nak masuk umur 4 tahun boleh cakap "tasih dun want eat banyak-banyak, nanti tasih jadi fat cam mama"




emmm, my dearest rizal, awak rasa statement kat atas tu perli or kenyataan??????????





sambil siap-siap kan abang ngan kasih, sambil tu lah mulut aku tak henti-henti duk pujuk kasih agar gi tadika. kesian lak aku nengok kasih merintih tak nak gi tadika, dari start mandi sampailah bersiap bagai tak henti-henti berlinangan air mata coz tak nak gi tadika. Masalah-masalah lah ni, aku lak cuma amik cuti 2 ari aje nak antor anak gi tadika, selebihnya kalu nak amik lagi pun boleh, dipersilakan lah sangat-sangat, tapi tunggulah minggu depan mesti dapat surat soh benti kerja.



abang danish dah tak der masalah, dah okey sesangat, yerlah kan umur 6 tahun kalu buat perangai nangis gak lagi, aku pun tak tahulah nak cakap aper.....tapi Alhamdulillah sangat-sangat dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana abang danish dah okey dan memang x der masalah. Masalah yang tinggal sekarang adalah camner nak buat kasih suka gi tadika, menda ni kena pupuk betul-betul, buatnyer memang kasih tak nak gi tadika, setiap ari nangis, maka aku kenalah hadapi balik zaman-zaman genting abang yang hampir sebulan aku kena antor dan nunggu abang sampailah masuk kelas, gara-gara abang pun setiap ari duk nangis x nak gi tadika. Bayangkan aku sampai ke mintak ngan HR masuk kul 9.00 balik kul 6.00 selama sebulan gara-gara anak sulung aku ader masalah x nak gi sekolah.




aku memang mengaku kalah, aku memang x leh nak handle situation cam ni, aku memang perlukan pertolongan laki aku. lepas kasih menangis bagai x nak gi tadika, aku mintak tolong ngan rizal camner nak handle situasi cam ni, memanglah pernah ader pengalaman tapi aku x leh buat sorang-sorang, kena gak ader laki aku dalam hal-hal cam ni.


0 comments:

 
template by suckmylolly.com