Saturday, January 24, 2009

KASIH SORANG NENEK


abang danish adalah cucu pertama mami, abang danish jugak manja sangat ngan mami. bahkan mami lebih sayangkan abang danish daripada anak-anaknyer sendiri. contoh paling ketara adalah tanah mami kat kemaman mami soh tukar atas nama abang danish. masa tu kasih belum lahir lagilah. tapi manerlah boleh kan, eji tu nak taruk maner, tapi mami berkeras gak soh taruk nama abang danish. dan mami sangat sayangkan abang danish sehinggakan kalu berpisah barang 2-3 ari mesti mami nangis kerana rindukan abang.





dan duit savings mami jugak hasil titik peluh masa bukak kedai bfore datang KL duk ngan aku pun dah nak kekeringan dek kerana asyik tunaikan permintaan abang danish. kasih pun sayang gak, tapi mama criter pasal abang dulu yer.....




Masa ni mami tengah duk kipas makanan abang yang tengah panas. cucu makan pun mami temankan, siap tolong kipaskan lagi, maner nak carik nenek cam gini kan abang. Tapi abang danish pun sayang giler kat mami. pantang mami x der depan mata barang seminit mesti melilau cari mami, gitukan kalu dengar barang jatuh kat bilik air or kitchen mesti segera dapatkan mami takut-takut mami jatuh ke. pastu akan tanya mami okey or not. time gi sekolah pun sama, abang akan pesan kat mami jangan gi maner-maner nanti ilang, uncle amik. jangan masak, nanti mami jatuh, tunggu abang balik nanti buat sama-sama.







aper yang mama boleh katakan abang dan kasih sangat bertuah kerana ader nenek yang sayangkan cucunyer. Dan aku sebagai anak pun merasa sangat bertuah sangat kerana mak aku sanggup ninggalkan rumahnyer kat kampung dan jugak kedai jahit nya yang menampung idup kami sekeluarga, berkurun-kurun lamanya dan semua pelanggan setianya dek kerana menjaga aku yang teruknya alahan waktu pregnant kan abang.






memula tu mak aku datang sebulan kat KL pastu balik kampung balik, pastu bila aku kena masuk wad, datang lagi, pastu balik lagi, begitulah ulang alik sehinggalah abang danish lahir, kasih sayang sorang nenek tu telah merubah ati mami untuk terus tinggal ngan aku. masa aku dalam pantang, aku berkira nak antor abang danish kat taska kat bawah, tapi mami berkeras nak jaga, aku tak nak lah mami jaga coz waktu kecik dah jaga aku takkan sekarang nak jaga cucu lak, kesianlah kat mami yang punya kehidupan sendiri kat kampung. tapi mami berkeras pujuk aku ngan rizal memandangkan kelahiran abang danish telah mengubat ati mami atas kehilangan kedua-dua anak lelakinyer. abang danish tu seperti nyawa baru kepada mami, dan sehingga ke ari ni abang danish terlalu rapat ngan mami bahkan tido pun nak berpeluk ngan mami.











wo wo wo, masa dalam pantang lagi giler, anak aku asyik ilang aje dari sebelah aku, rupernya duk atas riba mami, asyik meriba lah mami abang danish, orang lain semua x leh dukung, eji tu selalu kuar air mata sebab mami tak bagi dukung, mami gak nak dukung, aku langsung tak berpeluang nak mandikan abang sebab mami tetap berkeras nak buat, bila tak kasi, mami nangis, so segalanya mami nak buat sehinggakan mami tak tido malam dek kerana jaga aku ngan abang danish. time tido pun sama, aku kena tido kat bilik mami kerana mami nak jugak tido ngan cucunyer. semuanya aku ikut dan aku tak kisah langsung sebab aku tahu mami rindukan sangat anak-anak lelakinyer, moga kehadiran abang mengubat ati mami.


3 comments:

zino said...

bertuah si abang tu... biasa cucu sulong macam la kot..

Shifu67 said...

pepagi dah ada entry baru.... cam buletin pagi....:)

errr.... sebab tu Danish tk nak gi sekolh kot.... kat sekolah mana ada org kipas masa makan..hehehe

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

zino
tulah cucu sulung memang camtu

shifu67
tulah betul cakap shifu

 
template by suckmylolly.com