Friday, January 02, 2009

SEMANIS KURMA



tajuk memang bestlah, cemburu....


rasanya dah banyak minggu aku termiss rancangan ni, tak tahu kenapa, may be busy wat menda lain kot. so ari ni kira ari rehat aku laki bini coz aku penat lah weii, perjalanan sari suntuk buat semua tulang rasa cam nak tercabut, masa duk ralik cari channel yang best, rupernya ader semanis kurma tengahari tadi. Kali ni memang best coz hero pujaan hati ku zaman anak dara dulu ader, saper lain kalu bukan azhar sulaiman.



tapi aku suka cara azhar sulaiman bagi pendapat, antara pendapat azhar ialah:-

- sekiranya suami beralih cinta pada orang ketiga, maka kita perlulan memenangi semula hati si suami.

- menarik balik rasa kasih sayang si suami dengan cara berterus terang

- imbas kembali saat-saat romantik ketika zaman bercinta dahulu


tapi ayat paling best bila azhar cakap, dia bukan main lagi bercakap panjang lebar kat sini, esok-esok kalu kena batang idung sendiri baru tahu. dan part paling kelakor dia cakap wife dia ader banyak satelite saner-sini ader, merata-rata jadi semua pergerakan wife dia akan tahu, so kira cam x leh pusing line lah.





manakala pandangan fauzi dan nisda mengenai cara-cara mengatasi perasaan cemburu adalah seperti berikut:-

- cemburu tu boleh tapi jangan melampau
- Saling percaya antara satu sama lain
- sentiasa menjaga antara satu sama lain, sentiasa mengambil tahu hal sesama suami isteri


dan nasihat nisda adalah yang paling berguna iaitu kepada para-para suami elakkan memberi peluang kepada orang yang cuba mendekati kita kerana ni semua melibatkan perasaan, bahayos tau....dan katanya lagi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi jadi jangan cuba bukak ruang untuk kehadiran orang ketiga.




Dan kesimpulannya daripada ustaz dan ustazah, bagaimana nak memenangi cemburu dan membina rumahtangga bahagia adalah juga bermula daripada perkataan CEMBURU itu sendiri.

C - control, kawal segala perkataan dan pergerakan

E - elakkan memuji lelaki lain di depan suami begitu juga dengan suami jangan sesekali memuji wanita lain di depan isteri, INGATI BAI, jangan puji depan bini walau cantik camner pun awek tu.

M - menghargai pasangan, contohnya dengan memberi hadiah

B - beritahu apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka, kiranya cam berterus-teranglah. Sikap berterus terang resipi terpenting lam rumah tangga

U - ungkapan sayang, ungkapan ni penting kerana boleh mengeratkan umah tangga kita.
(tapi ader setengah orang aku tak faham kenapa bila kita panggil suami kita ayang or suami panggil kita ayang, ader yang cam geli geleman dengar ayat tu, bagi aku kalu korang tak suka jangan panggil tapi janganlah duk kodem orang pulak, itu hak peribadi masing-masing.


R - rundingan or perbincangan. sekiranya kita suami isteri or family mengadakan perbincangan kita akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

U - ubah diri ke arah kebaikan, ubah cara pergaulan dan cara permakaian.


6 comments:

ratna said...

saya pun tgk gak semanis kurma ni td.. tp tak tgk sampai abis. thanx kak yer for the info. pompuan mana la yg tak pernah cemburu kan..

zino said...

banyak tips tu boleh buat panduan hehe

Khas Lysha said...

sy bukan jer byk termiss citer ni tp x penah tgk pon,.. bagus la kak rose buat recap citer nie.. dpt gak share ilmu.. info ni penting utk psgn suami isteri kan.. thanx kak rose ;)

Anonymous said...

kak rose azie suker yg tajuk bebelan halwa telinga...syokkn rancangan nie.

Yaya said...

ha ah laa kak rose..mcm best tapi tak pernah lagi bekesempatan tengok, nnt nak tengok le..selamat tahun baru kak rose.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

ratna
tulah pompuan maner yang tak cemburu

zino
tips dari ustazah

khas lysha
small matter punya

azie
kak rose termiss yang tu lah dik

aleeya
selamat tahun baru gak dari akak sekeluarga

 
template by suckmylolly.com