Friday, January 16, 2009

SERI OH SERI



entry ni special for seri, dia nak ninggalkan aku gi bercuti ke Medan. aku dah pun penuhi permintaan seri untuk upload semua gambor ni kat blog aku, rindu-rindu nanti boleh nengok blog pasai this entry.


jangan lupa yer kawan, belikan saya buah tangan seperti yang diminta, ko kena beli gak, apa pun alasan x nak terima, kalu x der, sebulan akak tak mo lunch ngan ko, seri


saat-saat terakhir ngan seri, semalam kami balik lambat giler dari opis, memang nak abiskan masa berdua-duaan. nak melepaskan rindu, nanti 5 hari tak jumpa, semua patah kaki, tak tahu nak borak ngan saper, tak tahu nak ngadu ngan saper



moga seri selamat pergi dan balik, InsyaAllah


masa aku masuk kerja kat opis aku dulu, seri ni dah pun kerja kat sini, memula tu aku tak kawan ngan seri coz aku sibuk duk berkepit ngan boyfriend (laki aku sekarang ni). asal lunch aje aku mesti nak berdating ngan bfren aku. ader satu kali tu, bfren aku balik kampung so seminggu aku asyik tapau aje, lunch sorang-sorang, pastu datanglah minah ni tersenggeh-senggeh duk borak pasal artis. Permulaan criter asyik story pasal arwah Hani Mohsin, tak henti-henti duk story, aku cam pening gak "biar betul minah ni asyik criter pasal artis aje" lama-lama duk dengar story cam kelakor pun ader dia ni, gila memanglah toksah cakap. pastu lama-lama cam makin selamat kawan ngan dia ni coz sebijik pun tak pernah ngumpat orang.
sampailah sekarang perhubungan ni kekal, tapi masa aku nak kawin dulu, seri nangis bagai nak rak coz sedih pas ni tak der orang nak gayut ngan dier lagi. payah gaklah aku nak handle masa tu. lama-kelamaan seri mula faham, time pregnant kan abang pun seri nangis lagi, risau kot aku lagi x leh layan dia gayut malam-malam. lama-lama sehinggalah ke hari ni, seri mula berubah dah faham situasi orang dah kawin.
aku kan kalu orang soh aku tukar kawan, jawaapnnyer "TAK HINGIN" aku tak mo dah member baik lain, cukup lah ngan seri yang paham sangat pael aku dan aku yang dah sediamaklum pael seri.


8 comments:

atty's said...

mesti ade seri beli tuh..nanti utk rose

CuTeMiUt78 said...

bagusnya la kak.. dpt kawan cam seri tu kan.. semoga persahabatan akak dan seri berkekalan hendaknya

zura said...

nape pilih medan tuk bercuti...medan tu crowded n kemunduran la dari malaysia nih

benludin said...

berseri-seri muka seri nak pi medan:)

Khas Lysha said...

alahai,. sweetnyer.. moga akak n seri berkawan hingga hujung nyawa ye..

wati said...

....seri ni takde boyfren ke?....tanye je??kalulah aku dapat bestfren mcm seri,,

nieja said...

satu ari bper puloh kali akak
update blog..?? addicted blogging
sehhh.. caya lah akak!

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

atty's
tulah arap-arap aderlah

cutemiut78
insyaAllah, tq very much
'
zura
dia ni memang suka gi indonesia aje

benludin
tulah nama pun seri

khas lysha
tulah mintak-mintak cam gitulah

wati
memang x der, dia single mingle

nieja
selagi ader gambor selagi tu akak update

 
template by suckmylolly.com