dah 3 ari aku tak kuar lunch, asyik tapau aje. semalam member satu kolej ajak jumpa, dah 10 tahun tak jumpa, asyik berborak kat phone aje. member aku ni cuti beranak, alang-alang dah cuti panjang, terus amik peluang jumpa aku kat sini. tapi aku tak dibenarkan taruk photo dia kat blog aku sebab dia cakap, biar kurus betul, pastu nak masuk muka dia lam blog, 100 keping pun boleh masuk, tengah pantang cam gini, kalu aku masuk gak gambor dia, mahu ader yang kena silat nanti kan karang.
as usual kalu makan kat Times aku mesti amik tomyam ngan nasi putih. kalu nak soh aku naik Monorel gi Times, memang komfem aku tak larat, aku soh member aku amik kat opis aje. lam kul 12.00 dia dah sampai kat bawah, lepas minta permission ngan boss aku, aku terus gerak gi Times.
Member aku ni same age ngan aku, tapi dia baru kawin tahun lepas dan baru aje lepas beranak. ngeri giler aku dengar pengalaman dia nak beranak. Dari kul 6.00 petang sakit, kul 6.00 pagi esok pun still sakit lagi, pastu masuk labour room lam kul 12.30 tengahari, puas dia menerang, baby tak mo gak kuar, bertarung nyawa lam 1/2 jam, pastu doctor amik keputusan soh operate. apapun tahniah for ariani coz dapat baby girl, NURDAMIA namanyer. aku gerun giler dengan dia duk bercerita. tapi aku rasa dia antara wanita yang bertuah di mukabumi ni sebab Allah S.W.T anugerahkan dia bagaimana rasa sakit nak beranak. lain lak criternya ngan aku sebab aku tak pernah rasa sakit nak beranak, tut-tut kena operate, sakit lepas operate aje aku rasa. sakit bertarung nyawa, camner baby nak kuar, kesakitan nak nunggu baby kuar, semua tu aku tak rasa, aku cuma mampu dengar criter diaorang aje. dan nampak gayanya pun yang ketiga ni pun konfem kena operate, dah dua-dua anak aku operate, yang ketiga pun doc cakap konfem kena operate gak.
1 comments:
oh.. akak operate ya dua2 ni.. memang kak pengalaman nak bersalin ni.. hanya tuhan yg tahu betapa sakit nya... takpe la kak.. operate ke.. normal ke.. janji semua selamat kan.. :D
Post a Comment