Monday, June 29, 2009

ANAK TERUNA KU SORANG



  • aku ngan laki aku memang ader masalah yang amat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sebab tu nak update blog pun cam malas aje. banyak menda yang berlaku menyebabkan aku tak der mood. dah 2 minggu berturut-turut aku menghadapi masalah abang danish yang tak mahu ke sekolah. bermacam-macam alasan abang bagi.



  • dan segala masalah adalah berpunca selepas driver van bergaduh ngan principal tadika. sejak ditukarkan ke kenderaan lain, abang danish mula buat perangai, setiap ari ader sahaja karenah abang yang terpaksa kami hadapi.






  • sejak bertukar dari van ke kereta teacher selvi, abang danish selalu melarikan diri ke blok B bila aje nampak kelibat kereta teacher selvi, puaslah aku satu family duk terkejar dan mencari abang serata blok B. begitulah setiap ari, masalah yang kami hadapi. Bila maner abang danish tak mahu ke sekolah dengan menaiki kereta teacher selvi, maka aku kenalah angkut abang ke tadika. kasih dah selamat naik ngan teacher selvi, dia memang tak der masalah, cuma abangnyer sahaja yang ader masalah nak ke sekolah. tapi bila sampai ke tadika, abang lak lari ke jalan besar kerana tak mo masuk kelas, alasan yang abang bagi kerana takut ngan teacher nelly, iaitu principal kat tadika tu merangkap juga sebagai guru class abang sebab teacher syuba dah pun benti.



  • maka, masalahnyer pun aku selesaikan dengan mintak teacher nelly tukarkan abang ke kelas lain, ke kelas yang langsung tak der kena mengena ngan teacher nelly, ke kelas yang langsung tak nampak muka teacher nelly, sebab alasan abang danish ialah abang danish takut sangat ngan teacher nelly. maka teacher nelly ikut kehendak aku tukarkan abang danish ke kelas teacher lalita.



  • So barang 2-3 ari, abang danish okeylah ke sekolah, pastu buat hal balik, kali ni abang danish cakap, balik nyer agak lewat, abang danish boring duk kat kelas lama-lama, kalu dulu ngan pakcik samad, jam 12.00 dah sampai umah tapi ngan teacher selvi jam 1.15 baru sampai umah, so abang danish buat hal bagi alasan terlalu lama duk kat sekolah, tired, penat, boring dan bla bla bla. maka ku turutkan jua aper kehendak abang danish, maka aku tukarkan abang naik van auntie rani lak, walaupun ader rasa tak puas hati di hati teacher selvi kerana aku dah katup periuk nasiknyer untuk wang berjumlah RM120, tapi untuk beri harapan dan pujuk abang pergi sekolah, aper pun sanggup aku lakukan. terpaksalah aku slow talk ngan teacher selvi walaupun ader rasa kecewa diwajahnyer yang cuma berjaya bawak abang ngan kasih selama 1 minggu setengah aje.



  • Tapi masalahnyer tak terhenti di situ, ari ni anak aku buat perangai lagi, ari ni aku mintak tolong eji yang antor anak aku ke sekolah, tapi bila sampai depan sekolah, abang danish terus berlari masuk balik dalam kreter kunci pintu rapat-rapat sebab tak mo masuk kelas. so eji terpaksa call aku datang tadika abang secepat mungkin, pujuk abang. untuk menghadapi masalah cam gini, aku tak kuat untuk tengking, marah apatah lagi pukul abang, aku perlukan tangan kanan ku iaitu laki aku. kami berdua pergi ke tadika ngan harapan dapat pujuk abang. tapi hampeh, abang berlari kuar dari kereta menuju ke jalan besar sebab tak mo gi sekolah, maka berlakulah adegan kejar mengejar antara abang ngan papa. dan buat pertama kalinyer aku nampak rizal amik ranting kayu kat situ dah terus pukul abang. didukungnyer abang secara paksa masuk ke kelas dan kami tinggalkan abang ngan jeritan dan laungan memanggil nama aku.

  • Tapi hal ni tak terhenti kat sini, tak tergamak aku ngan rizal nak tinggalkan abang cam gitu, after 10 minutes aku pergi lagi secara senyap-senyap, park motor jauh-jauh, pastu nengok line clear, abang pun dah masuk class, teacher nelly nampak aku aje terus cakap, danish dah okey. dah tak nangis lagi. tapi orang pertama yang kena marah dan disalahkan of cozlah aku sebab rizal cakap aku tak pernah marah or babat anak. itu memang aku mengaku, kesilapan dan kesalahan aku yang terbesar sebab aku tak sampai ati nak marah or apatah lagi babat anak. tapi memang aku tak daya nak marah anak aku sendiri, aku tak berdaya dan selalu rasa tak sampai ati, agak-agaknyer sebab tulah abang danish cam gitu kot, terlampau manja, tapi kenapa tidak kasih? kasih okey aje, aku pun tak pernah marah kasih. tak pernah pukul kasih gak, tapi mungkin anak lelaki lagi manja pada anak perempuan kot.

5 comments:

Siti @ nurie said...

Ya Allh...siti baca pun siti pening...cmnelah kalau siti yg dlm situasi tu..aduhai....pening2....tapi, dlm bab babab anak2 ni, siti lah yg selalu babab, mr hubby lak lbh kepada tinggikan sore...hik hik

Diana Abd Rahman said...

Anak-anak ni memang macam2 karenah, kena sabar banyak-banyak. Nak keras sangat tak boleh, nak lembut sangat pun tak boleh.Insyaallah dah besar ok tu...mungkin dia baru nak adapt dengan situasi baru...

eddie dewanaga said...

gua setuju dgn rizal beb, sesekali tu kena berkeras sikit dgn anak2, danish anak sulung, bawahnya nanti ada 2 lagi adik, dia tak boleh la manja2 sangat, dia perlu bimbingan dan disiplin...

pepatah ada berkata, sayangkan anak, tangan-tangan kan...

good luck ros!

dakchomey said...

saba jew la erk..budak2...

CuTeMiUt78 said...

eemmm sama je la ngan abg kita.. dia pun tegas dlm bab anak ni.. apapun akak byk2 bersabar ya.. :D

 
template by suckmylolly.com