Monday, June 29, 2009

KOMEN BERAPI

  • aku bengang giler ngan (Anonymous) yang bagi comments pasal keakraban antara abang ngan kasih, comments tu betul-betul buat aku tersinggung dan bengang tahap giler punya. aku rasa tukang bagi komen tu tak faham. aku tak pernah undang orang yang sakit ati or jelos or dengki masuk blog ni, bahkan aku tak pernah jaja pun blog aku satu dunia.

  • blog ni adalah pasal aku ngan family sahaja, tupun bukan dari awal aku dedahkan blog ni pada orang, cuma bila ramai cousin ngan kekawan aku mintak, baru aku share. sebab tu semua orang boleh masuk. aku tak marah pun kalu orang bagi kritikan membina atau komen yang berguna, tapi ayat yang digunakan tu biarlah seperti ayat orang melayu yang penuh adab sopan dan santun. bukan dengan cara guna ayat yang kasar or menyinggung perasaan orang.

  • aku tak marah orang bagi komen tapi bahasa itu melambangkan bangsa, guna ayat yang elok contohnyer "kita rasa gambar tu tak sesuai mungkin akan memalukan anak-anak awak bila besar nanti" bahasa tu kan menunjukan bangsa.

  • ni tak, dihamburnya aku ngan kata-kata yang menyakitkan hati dan telinga bila didengar. anyway, aku tak pernah cuba untuk menunjukkan kemesraan laki bini sebab jarang benor ader gambor aku laki bini, bahkan gambar aku sendiri pun tak banyak, yang ader cuma banyak gambar abang ngan kasih, dah sememangnyer blog ni pun aku tulis untuk diaorang baca bila dah pandai membaca nanti. bukan sebab nak dapat nuffnang yang tinggi ke, bukan sebab nak dapat pembaca yang ramai ke or bukan sebab nak glamour, kalu aku giler glamor or sibuk nak nunjuk kemesraan family, dah berlambak gambar aku laki bini kat dalam ni, tapi cuba korang belek, susah benor nak carik gambor aku laki bini berdua. gambor aku sendiri pun payah nak nampak.

  • sekali lagi, blog ni bukan untuk menjukkan kemesraan tapi ianya khas untuk anak-anak aku sahaja, kalu (Anonymous) tu rasa sakit ati or fed up, jangan masuk lagi. aku terima komen yang membina, segala kritikan tapi bukan yang berdasarkan hasad dengki semata. please lah beb, kalu kor rasa (Anonymous) aku nak menunjukkan kemesraan, pikiq banyak kali, aper ader ke perkara romantik antara aku laki bini, member aku sendiri pun cakap ianya hanya berkisar pasal anak-anak sahaja.

  • kepada (Anonymous) tak payahlah sibuk-sibuk nak masuk blog aku lagi pas ni.

8 comments:

edrina said...

usih kak rose, dia jealous tu.. pedulikkan dia

edrina said...

usih kak rose, dia jealous tu.. pedulikkan dia

Puteri Satu said...

alahai..lamanya akak tak jengok CB sekeluarga.... kasih dah besar dah akak tengok..yerla tak lama nak jadi kakak dah kan...

kadangkala... memang ada komen yang menyakitkan... akak pun pernah jugak dulu... kawan blogger sendiri... selalu tinggalkan komen macam menyindir....tapi bila kita komen sikit kat blog dia...tahu plak dia naik angin...siap tinggal komen kat shoutbox akak lagi... kata macam2 kat akak..tapi tak perla... alhamdulillah je la kan...

so akak harap CB jangan hiraukan aje anon tu..biarkan dia dengan dunia dia.... klu kita naik angin...lagi dia suka..jalan terbaik...kita buat apa kita nak buat...yang penting ramai orang suka...

ratna said...

sabar kakk.. saya faham sbb saya pernah kena. lagi ler kena kata2 lucah lagi.. kalau nak dibiarkan saja.. nanti dia dtg lagi mengacau. kalau kita dok marah2 gini nanti org kata kita cepat melatah. saya hari tu bolayan jer dia.. pastu lama2 dia sendiri bosan. saya gertak gak sikit langau tu dgn akta dari skmm tu. terus senyap sunyi.. takut nak kena bayar RM50k ler tu..

my heart said...

ala kak rose,pedulik kan apa yg diaorg nak kata...kalau tak suka BUAT APA BACA BLOG ORG..blog tempat kita mencoretkan tentang family,kita dan kwn2..yg dia sibuk2 nak komen tak tentu pasal..apakehalnya?....kadang2 bosan kalau ada org yg cetek fikiran mcm nie....

eddie dewanaga said...

biasa ah, orang mcm gini memang bersepah kat mana2... sabar rose.

CuTeMiUt78 said...

eemmmm betul tu kak, biar kan je.. jgn dilayan.. klu dilayan kita yg sakit hati.. biar kan je.. lama2 dia akan bosan sendiri...

Zaidi Zainal said...

ish ish ish........org tu mungkin kurang kasih sayang tu.......biarkan dia terjun dgn labu-labunya..

 
template by suckmylolly.com