nilah hadiah yang diberikan oleh abang danish pada mami kerana buat hal tak nak gi sekolah. tapi hadiah ni bukanlah dibeli tapi diambik dari bilik aku. kononnya kalu dari dalam bilik aku, mami tak pernah nampak, so kalu bagi kat mami kira cam surpriselah bagi 2 beradik ni.
- al-kisahnyer, teramatlah panjang. sampai bawak ke balai polis criter ni. Kisahnyer bermula apabila pemandu van tadika anak aku tak ngam lagi ngan gurubesar kat tadika tu. Encik Samad (pemandu van) tu bergaduh ngan nelly (Guru besar) sebab banyak alasan lah, malas aku nak uraikan kat sini. so pertelingkahan dan ketidaksefahaman tu berlarutan sehinggalah pada cuti sekolah yang baru ni.
- satu pagi tu aku telah dihubungi oleh Nelly, bagitahu yang bukak sekolah on 15/6/2009, anak-anak aku tak perlu lagi naik ngan samad. Nelly tak mo lagi nengok muka samad. Anak-anak aku diarahkan naik van rani lak. aku ngan laki aku dah boleh nampak dah masalah baru mesti akan bermula lagi. Dahlah anak sulung aku memang ader masalah susah nak gi sekolah sebab terlalu manja, kena marah sikit merajuk, kena babat sikit pun nangis sampai berjam-jam. terlalulah sensitif dan manja sangat.
- so aku pun akurlah ngan cakap nelly sebab anak aku dah mula nampak perkembangan yang bagus especially kasih. Abang danish pun dalam masa 6 bulan sekolah aje dah mula nampak perubahan yang ketara. aku terpaksalah cakap menda yang berat ni ngan Encik Samad, tapi masalah tak abis kat situ, rupanya abang danish ngan kasih tak nak gi sekolah bila encik samad tak leh amik. anak aku tak nak van yang teacher selvi bawak. anak aku betul-betul buat hal, especially abang danish. setiap pagi mesti nangis tak nak naik ngan teacher selvi. sekarang ni laki aku sabar lah lagi.
- ingatkan abis kat situ aje, tapi rupernya Encik Samad soh aku sokong dier sebab nelly dah katup periuk nasi dier. Encik Samad soh aku bentikan abang ngan kasih dari tadika tu dah masukkan ke tadika baru iaitu tadika Smart Mental kat Taman Muda. tapi tulah, aku dah tak kose nak tukar sekolah anak lagi. nilah yang dikatakan ditelan mati mak diluah mati bapak. Aku ngan Encik samad memang dah jadi baik sebab aku serahkan tanggungjawab amik ngan antor anak kat dier masa gi sekolah so kami memang terhutang budi sebab Encik Samad amik ngan antor abang n kasih ngan selamat. amik kat depan pintu antor pun sampai ke depan pintu. ngan nelly pun kami agak rapat sebab dia banyak bagi tunjuk abang kat abang danish yang dah rugi setahun belajar kat tadika cina.
- pastu tak abis lagi masalah ni, nelly report polis sebab samad still gi tadika tu berkeras nak amik budak yang naik dan balik ngan van dier, nelly lak dah kunci segala mak nenek gate, sebab x bagi samad amik, nelly tetap berkeras telefon semua mak bapak cakap nelly sendiri yang akan antor budak-budak yang naik van ngan samad. so disebabkan pergaduhan tu berlarutan, nelly buat report samad ganggu budak sekolah, samad lak buat report cakap yang nelly cuba tahan dia dari amik budak sekolah. korang rasa saper yang menang? of cozlah nelly sebab dia guru besar kat situ, semua kuasa veto ader kat tangan dier. tapi yang jadi mangsa adalah anak-anak aku especially abang danish.
- so disebabkan masalah nilah, abang danish tak mo gi sekolah lagi. bila tak mo gi sekolah, maka orang pertama yang akan ngamuk satu bangunan adalah mami, mak aku. aku ngan laki aku lain cara didikan yang mak aku, rasanya tu penyebab abang danish spoil kot, sebab terlebih dimanjakan oleh aku laki bini. kasih lain criterlah, dia nangis kejap aje, jumpa member kat sekolah terus happy aje.
- disebabkan mami mengamuk sakan, satu hari tak cakap ngan abang n kasih sebab malas gi sekolah, makanyer abang danish amik ati mami ngan bagi adiah. kat kotak tu dilukisnyer gambor mami dan taruk ucapan I love u. dan of cozlah mami rasa terharu sampai menitik air mata sebab tak dok saper yang ajar abang tulis, aku pun terkejut abang bagi adiah kat mami, hadiah tu tak surprise sangat tapi bila tulis I love u mami ngan siap gambor sekali, aku sendiri pun kuar air mata. kecik-kecik lagi dah pandai nak amik hati bila dah buat salah.
5 comments:
alahai sweetnya anak2 u nie.. dh tau buat salah pandai pulak amik ati..manela tak cair... :D
wah pndainya danish amik ati..kalu sy pun terharu. Tak sabarnya tggu danish sy besar. harap2 dia pun pndai amik ati jugak
UIks...drastiknye criter tadika tu! :P..
Kak..mmg leh terharu kan bila anak pandai amik hati camtu...huhuhu
alahai.. pandainyer dia..
abis tu mcm mana dgn masalah en. samad tu kak rose? kesian gak kat dia kan. tp yelah sy ni x tahu hujung pangkal x tagu mana yg betol mana yg salah..
uishh.. smpi gitu skali.. ish.. susah gak kan kak.. eemmmm pandai abg danish nak ambil hati ya..
Post a Comment