Monday, June 01, 2009

KENDURI


malam minggu ari tu, kami sekeluarga terima jemputan dari cousin aku, Nor, (cousin dari sebelah papa). Ni kira kenduri naik rumahlah. ader tahlil dan bacaan yassin sekali. rumah cousin aku ni kat alam santuary, taman alam putra. laki aku tak biasa ngan area sekitar puchong n seri kembangan, so kami sesat lam 1 jam mencari umah nor ni. Alhamdulillah lepas contact ayah su kat kemaman, pastu ayah su lak tolong contact adik nor, Abdal barulah kami jumpa. Alahai, senang lah pulak. tapi kami nunggu Abdal amik kami kat Petronas, nak soh gi carik sendiri lagi mahu bercinta jadinyer.


  • so nilah umah baru nor, besar giler, tak payah sibuk-sibuk nak renovate bagai sebab semua dah siap sedia ngan cantik sekali. normally orang akan renovate dapur bagailah sebab nak besarkan dapur tapi umah yang nor beli ni dapurnya dah tersedia dibuat besar sampai dekat nak abis pagar belakang. Tapi cousin aku ni baru aje duk sini 3 minggu tak sempat nak hias bagai lagi sebab asyik outstation aje. tapi laki nor ni kira kreatiflah sebab rumahnyer dihiasi cantik, menarik dan simple. sedap mata memandang.
  • anak saperlah dua orang yang duk panjat tangga tu??? aku biarkan aje, sebab anak-anak aku tak pernah jumpa tangga. biarpun rizal marah tapi aku bagi aje anak-anak panjat. nanti kalu dah boring pandailah turun sendiri. lagipun kat umah cousin aje boleh buat cam gini, kalu kat umah orang lain mahu ader yang kena cubit nanti.


aku sampai aje terus carik nasi, perut dah lapor giler. kami dijamukan ngan nasi beriani. dan yang paling terkejut sebab cousin aku ni semakin kurus. aku ngan kakak dier lak yang makin mencanak-canak naik badan. tak payah makan vitamin, sendiri naik cam baking powder.



aku tak sempat nak snap gambor nor ngan husband dier, sebab sungguh busy depa berdua duk layan tetamu. aku cuma dapat snap gambor dari belakang aje. yang berdiri pakai tudung merah ati tulah cousin aku. time ni dia tengah busy duk tapau nasi untuk tetamu yang hadir.

  • kami satu keluarga semua pergi kecuali eji, dia busy ngan aktiviti futsal. adik aku ni memang payah benor kalu nak ajak gi maner-maner, memanjang busy ngan aktiviti. rasanya tak der satu ari pun adik aku free, semuanya penuh ngan jadual yang padat giler. tapi tak aperlah kan, bujang ni lah time nak kuar ngan member-member, nak enjoy gi saner, gi sini, dah kawin sok menda tu semua terbatas.
  • Memula tu mami selalu gak membebel, kekadang tu kesian kat adik aku sebab asal balik aje kena marah. tapi aku selalu cakap kat mami, time bujang ni lah nak gi saner, gi sini. Dah kawin sok-sok, kalu dapat laki sporting okeylah. tapi kalu dapat laki yang tak beraper nak sporting, langsung tak leh kuar. at least kalu dah kawin tak derlah tension sebab dah puas berjalan masa bujang lu.

  • aku bercakap dari pengalaman diri sendiri, dulu masa bujang, semua tempat aku dah pergi ngan member-member satu kolej. dah puas enjoy saner sini. Bila kawin, aku dapat Encik Rizal yang tak beraper nak sporting sangat lah kalu bab nak kuar ngan member-member lagi. nak hang out saner sinir lagilah payah. so bila kawin, tak derlah aku rasa cam boring or tension sebab aku dah merasa semua tu. tak heran dah lagi. zaman tu semua dah lepas, sekarang ni zaman membesarkan anak-anak aje.

  • dulu aku pernah gi kawad kat sarawak, tak silap aku tahun 2007. so kat saner kira baik lelaki or perempuan semua dah kamcing giler sebab 10 hari duk kat sarawak, breakfast, lunch n dinner pun ramai-ramai ngan geng maxislah, KTAK, CMC n beberapa syarikat lainlah. so bila balik semenanjung, memasing cam tak nak putus persahabatanlah, ader lah buat perjumpaan setiap ari minggu sekali ngan askar yang ajar kami kawad, asal ari minggu aje mesti ader aktiviti depa buat. kuar nengok movie sesamalah, gi konvoi ramai-ramai ke cherating lah, bukan ngan family tapi sesama sendiri, tapi aku tak leh nak lepak or gi perjumpaan setiap ari minggu, laki aku tak izin. call or chat boleh tapi kalu nak gi jumpa member setiap minggu rasanya tak perlulah kot, anak-anak masih memerlukan aku untuk 8 jam yang dah abis kat opis setiap ari. itulah kata laki aku, tapi aku akur sebab lepas tu pelbagai criter aku dengar, ader yang bercerai sebab jatuh cinta, ader yang gaduh ngan laki sebab member lelaki selalu call, macam-macamlah criter. dan sekarang ni semua tinggal kenangan sebab banyak sangat masalah cinta yang melanda geng-geng ni.



aku dah melaluk panjang ke criter lain, dua beradik ni tak mo makan nasi, balik nanti kena singgah kedai mamak beli roti canai telur. kasih dah bisik awal-awal kat papa, tolong beli roti canai telur.






kami balik agak lewat, dekat nak kul 10.30 baru gerak nak balik umah.




5 comments:

zino said...

seronok tengok orang masuk rumah baru ni... berangan je nak pindah rumah besar hehe

Neeza.Areef said...

amboi abang panjat tangga

dakgilachoc said...

besarnya rumah cousin kak rose...bestkan..budak2 tentu suka sbb ruang nak main luas...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

zino
kita pun berangan nak duk rumah besar gedabak

neezareef
orang tak pernah jumpa tangga

nani
tulah, memang besarlah nani, memang best sangat

CuTeMiUt78 said...

wah... dua2 anak akak pakai baju sama color.. cantik je.. eemmmm betul tu kak, time bujang la nak kesana ke.. kesini ke.. ikut skee. tapi bila dah kawin memang terbatas kan.. sama la kita pun dpt laki yg tak berapa nak sporting.. makanya klu nak jumpa kawan2 lama tu.. terbatas gak la..

 
template by suckmylolly.com