Showing posts with label cousin. Show all posts
Showing posts with label cousin. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

CONGRATULATIONS


Dear my lovely cousin, Dar.........

Congratulations on your new arrival! we're all so happy for you!!!


congratulations on your new baby boy. Aku doakan agar Allah S.W.T give you wisdom, patience, guidance, strength, good health and daily provision. Aku excited giler dapat berita from Ayahsu that your baby boy has arrived healthy and that you are doing well also.


How perfect!!!! anak kita sama tahun cuma lain bulan aje. Dar, bisik kat telinga baby yang Cinta just waiting for him.




Aper aku beli kat pasar Chow Kit???

Nilah diantaranya, memula tu aku beli bunga serba sikit buat mandi, tapi aku tak snap lah gambor bunga sebab aku terus buat mandi. Mandi bunga ni tak der ikut maner-maner adat pun, saja mami soh aku mandi seminggu sekali kasi badan aku wangi dan segar bugar gitu. So yang ni memang aku buat seminggu sekali.

pastu aku beli daun sirih yang ni semua kaum wanita tahulah aper kegunaannya. Beli biji manjakani, aku buat sendiri, pakai yang original, aku tumbuk kasi halus pastu gaul ngan nasi panas-panas pastu makan ngan ikan haruan.

pastu aku beli ragi, yang ni taruk kat perut kasi perut aku yang buncit kecut........ragi ni aku pakai waktu nak tito aje, siang aku pakai yang lain......

pastu aku beli kunyit......


mak aku akan buat air kunyit kat aku 3 hari sekali. itulah antara serba sedikit yang aku makan dan minum ketika berpantang. as ai told bfore, aku tak berpantang cam orang lain sangat, ala kadar aje, so tak leh nak ikut aku sangat sebab aku bukan beranak normal. beranak normal kalu banyak giler nak kena jaga dan berpantang pun kena betul-betul, dan banyak juga ubat or akar kayu yang boleh dimakan.

korang yang beranak normal supposed bersyukur sangat pada Allah S.W.T kerana banyak yang boleh korang buat untuk kempiskan perut, macam-macamlah bukan macam aku banyak menda tak leh buat sebab operate, salah satunya, wuhhhhhhhhaaa tak leh bertungku.....


Monday, June 01, 2009

KENDURI


malam minggu ari tu, kami sekeluarga terima jemputan dari cousin aku, Nor, (cousin dari sebelah papa). Ni kira kenduri naik rumahlah. ader tahlil dan bacaan yassin sekali. rumah cousin aku ni kat alam santuary, taman alam putra. laki aku tak biasa ngan area sekitar puchong n seri kembangan, so kami sesat lam 1 jam mencari umah nor ni. Alhamdulillah lepas contact ayah su kat kemaman, pastu ayah su lak tolong contact adik nor, Abdal barulah kami jumpa. Alahai, senang lah pulak. tapi kami nunggu Abdal amik kami kat Petronas, nak soh gi carik sendiri lagi mahu bercinta jadinyer.


  • so nilah umah baru nor, besar giler, tak payah sibuk-sibuk nak renovate bagai sebab semua dah siap sedia ngan cantik sekali. normally orang akan renovate dapur bagailah sebab nak besarkan dapur tapi umah yang nor beli ni dapurnya dah tersedia dibuat besar sampai dekat nak abis pagar belakang. Tapi cousin aku ni baru aje duk sini 3 minggu tak sempat nak hias bagai lagi sebab asyik outstation aje. tapi laki nor ni kira kreatiflah sebab rumahnyer dihiasi cantik, menarik dan simple. sedap mata memandang.
  • anak saperlah dua orang yang duk panjat tangga tu??? aku biarkan aje, sebab anak-anak aku tak pernah jumpa tangga. biarpun rizal marah tapi aku bagi aje anak-anak panjat. nanti kalu dah boring pandailah turun sendiri. lagipun kat umah cousin aje boleh buat cam gini, kalu kat umah orang lain mahu ader yang kena cubit nanti.


aku sampai aje terus carik nasi, perut dah lapor giler. kami dijamukan ngan nasi beriani. dan yang paling terkejut sebab cousin aku ni semakin kurus. aku ngan kakak dier lak yang makin mencanak-canak naik badan. tak payah makan vitamin, sendiri naik cam baking powder.



aku tak sempat nak snap gambor nor ngan husband dier, sebab sungguh busy depa berdua duk layan tetamu. aku cuma dapat snap gambor dari belakang aje. yang berdiri pakai tudung merah ati tulah cousin aku. time ni dia tengah busy duk tapau nasi untuk tetamu yang hadir.

  • kami satu keluarga semua pergi kecuali eji, dia busy ngan aktiviti futsal. adik aku ni memang payah benor kalu nak ajak gi maner-maner, memanjang busy ngan aktiviti. rasanya tak der satu ari pun adik aku free, semuanya penuh ngan jadual yang padat giler. tapi tak aperlah kan, bujang ni lah time nak kuar ngan member-member, nak enjoy gi saner, gi sini, dah kawin sok menda tu semua terbatas.
  • Memula tu mami selalu gak membebel, kekadang tu kesian kat adik aku sebab asal balik aje kena marah. tapi aku selalu cakap kat mami, time bujang ni lah nak gi saner, gi sini. Dah kawin sok-sok, kalu dapat laki sporting okeylah. tapi kalu dapat laki yang tak beraper nak sporting, langsung tak leh kuar. at least kalu dah kawin tak derlah tension sebab dah puas berjalan masa bujang lu.

  • aku bercakap dari pengalaman diri sendiri, dulu masa bujang, semua tempat aku dah pergi ngan member-member satu kolej. dah puas enjoy saner sini. Bila kawin, aku dapat Encik Rizal yang tak beraper nak sporting sangat lah kalu bab nak kuar ngan member-member lagi. nak hang out saner sinir lagilah payah. so bila kawin, tak derlah aku rasa cam boring or tension sebab aku dah merasa semua tu. tak heran dah lagi. zaman tu semua dah lepas, sekarang ni zaman membesarkan anak-anak aje.

  • dulu aku pernah gi kawad kat sarawak, tak silap aku tahun 2007. so kat saner kira baik lelaki or perempuan semua dah kamcing giler sebab 10 hari duk kat sarawak, breakfast, lunch n dinner pun ramai-ramai ngan geng maxislah, KTAK, CMC n beberapa syarikat lainlah. so bila balik semenanjung, memasing cam tak nak putus persahabatanlah, ader lah buat perjumpaan setiap ari minggu sekali ngan askar yang ajar kami kawad, asal ari minggu aje mesti ader aktiviti depa buat. kuar nengok movie sesamalah, gi konvoi ramai-ramai ke cherating lah, bukan ngan family tapi sesama sendiri, tapi aku tak leh nak lepak or gi perjumpaan setiap ari minggu, laki aku tak izin. call or chat boleh tapi kalu nak gi jumpa member setiap minggu rasanya tak perlulah kot, anak-anak masih memerlukan aku untuk 8 jam yang dah abis kat opis setiap ari. itulah kata laki aku, tapi aku akur sebab lepas tu pelbagai criter aku dengar, ader yang bercerai sebab jatuh cinta, ader yang gaduh ngan laki sebab member lelaki selalu call, macam-macamlah criter. dan sekarang ni semua tinggal kenangan sebab banyak sangat masalah cinta yang melanda geng-geng ni.



aku dah melaluk panjang ke criter lain, dua beradik ni tak mo makan nasi, balik nanti kena singgah kedai mamak beli roti canai telur. kasih dah bisik awal-awal kat papa, tolong beli roti canai telur.






kami balik agak lewat, dekat nak kul 10.30 baru gerak nak balik umah.




Monday, April 06, 2009

ATEH



aku lupa lak nak blog kan pasai cousin aku from Terengganu ni. ari tu ateh datang umah aku sajer datang bercuti + nak jumpa ngan bfren. dia ni awek UITM dungun. tahun ni abislah budak tu belajar. cita-cita besar tak mo kerja kat Terengganu nak carik kerja kat KL nak duk KL. almaklumlah kan bfren orang KL.




disebabkan keadaan aku yang selalu tak larat maka tak derlah gambor ateh yang aku amik sangat, hanya 2 keping ni aje yang sempat aku amik tupun masa kami semua nak antor dia ke Putra.

Thursday, December 11, 2008

8/12/2008 - UMAH TOK WAN

malam tu kami sekeluarga gerak gi umah moyang abang n kasih. abang ngan kasih kalu dah sampai sini mesti payah nak balik lebih-lebih lagi dah jumpa ngan cousin. anak-anak cousin aku lak baik giler, ikut aje kalu abang ngan kasih ajak main. puas main neman anak-anak aku nengok DVD lak.



ni tok wan aku dan merangkap nyang pada abang n kasih, korang tau tak? dari dulu sampai sekarang, muka tok wan x pernah berubah, x nampak tua pun walaupun dah bergelar moyang. bila aku nanya apa petua? tok wan cakap "air sembahyang". emmm.................... x berani dah nak tanya panjang lebar, terus terhenti sampai situ aje. nanti ader lak yang kena sound tak tutup aurat.







bukan tokwan aje yang aku takut kalu kena sound, ngan pak sedara kesayangan aku pun dah kena sound "ni bila nok tutup nih"



cousin aku rashdan..aku ader ramai giler cousin sebelah papa, dan semuanya baik-baik belaka, bertuah idup mak sedara aku dikurniakan anak seramai pasukan bola sepak dan semuanya bertertib dan baik sekali.





yang ni lak abdal, same age with rashdan, lahir pada tahun yang sama tapi berlainan bulan. hebat betul mak sedara aku ni, jenuh mintak petua, katanya rezekiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Alhamdulillah. amin



kasih maner boleh kalu x berkepit walaupun sekejap aje, mesti nak berkepit gak, ambik berkat bfore gi main





rashdan ngan ayah su, tima kasih yer tolong idangkan air untuk kitaorang, maner nak carik orang lelaki idang air sedangkan kakak ngan adik pompuan sibuk duk melayan aku bercerita.



tahniah gak pada 2 orang cousin aku yang masih kocik lagi kerana dah pun selamat berkhatan.....untung diaroang kan, berkhatan pun sekali ngan abang, abang boleh nemankan adik berkhatan, kesian kat abang danish, saperlah nak neman nanti?
aku x sempat nak berborak panjang ngan cousin kesayangan aku, papa sibuk nak ajak balik, gambor dia aku x leh nak taruk kat sini coz masa ni dia x bertudung.



 
template by suckmylolly.com