Monday, June 01, 2009

TQ ABANG DANISH

dulu masa belum kawin, selalu nengok kaum-kaum ibu kat opis yang tampal menda cam gini kat bilik or workstation diaorang. masa tu tak rasa aper pun nengok, sebab tak der anak, tak tahu pun menda-menda cam gini bawak seribu makna dan begitu berharga.

dan sekarang giliran aku lak dapat kad buatan tangan abang sendiri (ngan bantuan teacher abang lah), bukan aje terharu, bangga pun ader sebab dapat kad cam gini dari anak sendiri. Barulah aku tahu kenapa semua kaum ibu duk nampal menda cam gini kat tempat memasing. pastu sekejap-kejap duk pandang kad pemberian anak. Sebenarnya yang anak kita buat sendiri lagi berharga dan bernilai dari yang anak kita beli. Tak sangka abang danish dah pandai buat kad untuk mama.




tq abang danish, muaaaaaaaaahhh
mama sayang sangat kat abang



ni ader empat beg yang aku sediakan khas untuk cikgu anak-anak aku. satu untuk guru kelas abang dan satu for ustazah, 2 beg lagi, 1 untuk guru kelas kasih dan 1 tuk ummi (pengasuh tadika yang jaga kasih - makan minum dan juga kalu kasih nak pi ladies). Untuk pengetua Nelly bagi lain dari cikgu-cikgu yang lain, sebab nelly ni ader bagi perhatian lebih sikit pada abang danish sebab abang danish ada masalah malas nak menulis.






29hb hari tu adalah hari guru, so para ibu-bapa dikehendaki menyumbangkan makanan or minuman yang sihat sahaja. jajan, jelly or minuman bergas tidak dibenarkan sama sekali. As usual aku buatkan chocolate chip muffin sebanyak 60 biji, 30 biji untuk kelas abang danish dan 30 biji untuk kelas kasih. tapi gambor muffin aku lupa nak amik sebab malam tu gak baru aku buat. pagi tu lak kelam kabut siapkan princess kasih n kebetulan lak abang danish demam.



1 comments:

CuTeMiUt78 said...

eemmmm betul tu kak.. rasa cam terharu kan bila anak buat ucapan khas tu.. eemmm kita pun tunggu saat tu..

 
template by suckmylolly.com