Tuesday, August 11, 2009

HADIAH SEMPENA HARI BAPA

hari bapa dah lama berlalu tapi tulah laki aku tadok masa langsung nak fikir aper yang dia nak. asal aku tanya aje, jawapan laki aku "nantilah, sediakan duit aje". so minggu lepas, balik kerja, tut tut dia ajak aku gi Sogo, katanyer nak beli sandal. jap, kena gi bank dulu, orang lelaki punya sandal bukan cam harga sandal aku. tulah beza sandal aku yang setiap bulan bertukar ganti compared ngan laki aku makan tahun.



sampai aje kat tempat sandal ni, laki aku terus berkenan ngan sandal ni, tapi aku soh dia pusing carik lagik dan lagik



puas pusing carik sandal, dia soh aku tolong pilihkan suar kecik, biasanya stokin ngan suar kecik laki aku, akulah yang kena beli, nak arapkan laki aku memang dia tadok masa, busy aje memanjang. tapi disebabkan aku pregnant makanya aku jarang sangat ke sogo sekarang ni, tak larat aku nak menapak jauh-jauh. so malam tu aku soh laki aku pilih stokin, suar kecik ngan sandal sekali gus, kira adiah sempena hari bapa ari tu. aku soh beli stok sampai aku abis pantang. nanti tak derlah kat corong telinga aku ni duk dengar laki aku bisik cakap stokin dah buruk lah, itulah inilah. tapi lelakilah kan, tak sorang yang malas shopping kebanyakkan semua cam gitulah.


tapi aku paling suka gi shopping ngan rizal sebab sekejap aje, masuk sini, matanyer terus terpana kat sandal tu, terus aje nak yang tu. tak mo dah pilih yang lain.




tetap nak yang ni gak. aku tunjuk yang lain pun, dah tak pandang dah.




1 comments:

lily lotus said...

sweetnya...

 
template by suckmylolly.com