Thursday, October 29, 2009

CHRONOLOGY OF IRIS CINTA LAURA'S BIRTH

Justify Full

Pengalaman melahirkan Cinta memang berlainan dengan pengalaman melahirkan abang dan kasih. Mengandungkan Cinta adalah pengalaman pregnant paling senang dan seronok sebab tak banyak kena masuk spital. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memudahkan segalanya.




9.00 pagi
  • On 14 Oktober 2009, as usual setiap minggu aku memang ader check-up ngan Dr. Marlek. Kali ni pun aku gi sorang aje, laki aku akan diberikan cuti seminggu masa aku bersalin nanti pada 26 Oktober 2009. seperti biasa kena tunggu giliran, lam kul 10.30 baru tiba giliran aku, rutin biasa amik urine, pastu timbang berat badan, Alhamdulillah sihat benor aku sampai 70 kilogram berat badan. Baby still 2.8 kilo dan semuanya sihat Alhamdulillah. pastu bila sampai part tekanan darah tinggi, bp aku nampaknya naik sehingga 172/130. Dr. Marlek tak banyak cakap, terus soh aku rehat kat Observation room lam 3 jam untuk pastikan BP aku turun lepas dia bagi aku makan ubat yang sedia ada dan tambahan lagi satu biji ubat untuk turunkan tekanan darah tinggi aku.

11.00 pagi

  • aku dimasukkan ke observation room, memula tu single room dah ader orang, maka aku ditempatkan sebilik dua orang. yang sebelah aku tu sekejap-kejap tukar orang. so memacam criter aku boleh dengar dalam masa 3 jam. ader yang baru 32 minggu tapi terus kena operate sebab jantung baby lemah, ader yang dah masuk hari tapi takmo beranak lagi sebab esok last exam. ader yang menangis teresak-esak peluk laki sebab takut nak beranak. ader pelbagai criter dan kisah idup realiti yang berlaku sepanjang aku share bilik ngan orang selama 3-4 jam.

  • As usual, tekanan darah aku diperiksa setiap 15 minutes, bp aku pun cam mabuk pun ader, sekejap naik sekejap turun. aku solat jap, naik katil balik, bp aku naik mencanak-canak sampai 200, pastu tidur balik lam setengah jam turun balik sampai 165. begitulah keadaannya turun dan naik sepanjang aku kat observation room. Lam kul 2.00 pm aku minta ditukarkan ke bilik single kalu dah kosong, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, bilik tu dah kosong sejak kul 1.00, aku terus dipindahkan. Akan tetapi Dr. Marlek mintak aku hubungi husband aku sebab katanyer bp aku tak beraper bagus.

  • sepanjang 3-4 jam tu lah jugak aku kena buat CTG monitoring dan Alhamdulillah baby sihat dan jantung pun okey. aku memang berharap dan berdoa sangat pada Allah S.W.T agar biar aku aje yang mengalami sakit or derita yang penting baby yang aku kandung ni sihat Alhamdulillah.

  • Kebetulan hari rabu tu lak rizal terlalu busy, kul 6.00 petang baru laki aku datang. laki aku dah cuba mintak time off, tapi tulah opis laki aku tak jangka lak aku kena bersalin, laki aku pun jenis tak banyak cakap, dia cuma cakap aku admit kat spital pasal bp naik aje. so diaorang pun tak jangka aku beranak ari tu gak, isi borang cuti cakap 26, depa duk pegang tarikh 26 oktober tu lah. after discussion bagai ngan Dr. Marlek, doc amik keputusan untuk bedah aku kul 9.30 malam nanti. emergency case coz BP aku naik sehingga 210/135. aku memang dah kecut perut giler, lagipun dah lama tak beranak, dah 4 tahun lamanyer. kali ni rasa takut lain macam sebab kata Dr. Marlek aku akan dibius seluruh badan, makanyer aku tak dapat nengok bayi ketika kuar dari perut aku sebab dalam kes emergency dengan bp yang terlampu tinggi, Doc tak berani amik risiko bius separuh badan. aku laki bini akur dengan cakap doctor dan yang paling mendukacitakan bila laki aku pun tak dapat masuk sekali ke bilik operation sebab emergency operation, laki tak dibenarkan masuk.

  • aku memang takut sekali kali ni, aku banyakkan zikir dan selawat, mulut aku tak henti-henti berdoa agar segalanya tenang, sebab hati aku tak tenang, jiwa kacau, darah makinlah tinggi naiknyer sebab aku lam keadaan takut plus gelisah. Sib baik ader rizal kat sebelah yang juga berdoa, zikir dan selawat sambil usap rambut aku dan cuba tenteramkan aku sebaik mungkin. juraian air mata mula berlinangan sebab aku memang takut nak masuk bilik operation, waktu tu laki aku pun cuak sebab katanyer dia jarang lihat aku nangis, jarang lihat aku takut, jarang lihat aku tak kuat semangat. katanyer dia takut ngan keadaan aku yang tak kuat semangat.

8.00 pm

  • Alhamdulillah kami berdua sempat solat maghrib bersama di bilik tu, beralaskan tower aje, laki aku nak gi surau tapi aku mintak nemankan aku sebab aku takut sangat kali ni. lam kul 8.00 malam, nurse 2-3 orang mula datang, nak pasang macam-macam kat badan aku, nak injectlah, nak pasang tiublah. korang yang pernah ceaserean tahulah semua tu. masa tu aku lagi takut, doc marlek terpaksa bagi ubat tambahan sebab nak soh bp turun, selagi tak turun, operation takkan dijalankan.

9.00 pm

  • lam kul 9.00 malam, aku dah ditolak ke bilik operation, debaran mula bertiup kencang, laki aku dapat neman separuh jalan aje, sampai kat pintu operation aje sebelum berpisah, sebelum gengaman tangan terlerai antara aku ngan rizal, aku mintak ampun banyak-banyak dari hujung kaki ke hujung andaikata aku terkasar cakap or aper-aper ajelah. halalkan makan minum aku, dan yang paling syahdu, kata-kata terakhir yang laki aku bisikkan kat telinga sebelum tangan kami terlerai, 'tak der aper yang perlu ayang maafkan, tak der sebarang salah dan dosa yang pernah ayang buat, semuanya baik belaka, banyak-banyak mengucap, yang tunggu ayang kat luar yer"

  • tapi aku tetap panggil laki aku walaupun dah masuk bilik operation, nurse kat situ cakap, husband akak tak boleh dengar dia kat luar, dia tunggu akak kat luar. Pakar bius aku kali ni pompuan, tapi aku tak ingat namanyer sebab aku dalam keadaan tak tentu hala. Pakar bius tu beritahu aku segala macam prosedur, bp aku naik, macam-macamlah. Lepas kena bius, aku mulalah cam ngantuk, pastu lama-lama aku mula tak sedar. aku tak tahu aper yang berlaku tapi menurut laki aku, operation ni paling lama sebab bp aku tak stabil lam 1 jam 40 minit lamanyer. Alhamdulillah jam 9.30 malam, Iris Cinta Laura selamat dilahirkan. Syukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T. Pembedahan nak kuarkan cinta memang sekejap aje lam setengah jam rasanya tapi lepas tu ader sikit kepayahan tu yang jadi 1 jam 40 minit lamanya. Alkisahlah, tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar.

  • sedar tak sedar aku dah ditempatkan di ICU sebab tekanan darah aku tak stabil, sekejap tinggi sekejap rendah. Dr. Marlek perlukan rawatan yang rapi untuk aku bagi memastikan tekanan darah aku stabil. Masa kat ICU tu, aku dalam keadaan lemah sesangat. aku bukak mata aje nampak laki aku tengah duk usap kepala aku, soalan pertama aku adalah 'baby sihat Alhamdulillah ke, sempurna ke yang, jari dia cukup ke yang, semuanya okey ke yang' laki aku terus kuarkan h/phone, tunjuk gambar yang dia amik, tapi tulah keadaan aku cam lalok pun ader, dengan kesakitan yang amat sangat sebab ubat tahan sakit tak masuk lam badan, tersekat. masa tu aku nangis bagai nak rak, merintih, merayu pada laki aku cakap sakit, after 20 minutes dapat pengesahan dari doc, aku mula disuntik ngan ubat tahan sakit dan terus tidur sampai pagi.

  • sedar tak sedar dah kul 5.00 pagi, aku tercarik-carik maner laki aku, rupernya kat ICU tak boleh nunggu orang sakit, laki aku tido kat luar, seawal 8.00 pagi rizal dah masuk ke ICU, dengan baju kerja yang tak bertukar lagi, rupanya laki aku tak balik umah langsung, dia still nunggu aku kat luar, katanyer dia nak balik salin baju dan mandi tapi memandangkan aku sakit sangat malam tadi menyebabkan dia tak sampai ati nak balik, lepas suapkan aku makan, ikatkan rambut aku dan letakkan aku lam keadaan selesa, rizal mintak izin balik umah untuk mandi dan tukar baju, lam sejam lagi dia akan sampai nemankan aku. aku duk kat ICU selama dua hari, keadaan aku tak teruk sangat cuma keadaan bp aku yang stabil. biasalah Dr. Marlek memang amik berat pasal pesakit dier, dia jaga aku pun sebaik mungkin, dan Alhamdulillah masuk hari kedua aku dah mula sihat dan boleh bangun. Luka after ceaserian kali ketiga tak sakit sangat compared ngan kali kedua, kali ketiga ni dah boleh bangun dan berjalan ngan selesa compared ngan yang kedua.

apapun, ucapan terima kasih yang tak terhingga pada rizal kerana bersabar dengan aper yang berlaku sepanjang aku pregnant 9 bulan ni. walaupun aku tak mengidam yang pelik-pelik tapi semuanya ditunaikan oleh rizal tanpa rungutan. I love u more than everything.



11 comments:

KV said...

tahniah. Comel baby Cinta. Nama pun comel. Jaga diri baik2 dlm pantang yer kak.

jesnita_ns said...

Tahniah kak..syahdu lak baca pengalaman bersalin akak..

Suziey Ahmad said...

congratulation!

CuTeMiUt78 said...

ya allah kak.. terharu baca n3 akak kali ni.. syukur alhamdulilah.. semuanya selamat dah kan..

edrina said...

Tahniah Kak!!

tulipurple said...

so touching...i nangis u baca tatkala 2tgn terlerai di pintu OT...sggh bahgiakan hidup bila dpt suami yg begitu menyanyangi dan menghormati kita....take care ek.

Zaidi Zainal said...

Tahniah.....semuga berbahagia...alhamdulillah....ameeenn

A.I said...

Alahai..touchingnye kak.

Syukur sume selamat..

celotehcomel said...

kak...
meleleh air mata saya baca citer akak ni...
tetibe saya plak yang takot nak beranak kan....
hehehe...;p

nieja said...

congrate akak!!
cinta sangat comey oke.
name pon comey.. eeei geram
je nengok.. mesti kasih
n abg pon hepi kan dpt adek baru :)

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

kv
jesnita_ns
suziey
cutemiut78
edrina
tulipurple
zaidi zainal
ai
celotehcomel
nieja
tq very much, really appreciate

 
template by suckmylolly.com