Thursday, November 12, 2009

STILL DEMAM



Kesian tul lah kat anak sulung aku ni. tak kebas-kebas lagi demamnyer. Tulah camner nak baik cepat payah benor nak makan ubat. Taruk dalam botol susu pun, cam dia tahu-tahu aje aku taruk ubat lam botol susu, langsung tak nak disentuhnya susu tu. cam-cam caralah aku ngan laki aku buat agar abang danish dapat makan ubat tapi tulah dia lagi cerdik pada kami berdua.


Janji macam-macam pun tetap tak nak makan ubat gak. Memang abang ni penakut betul lah nak makan ubat, dulu masa abang admitted kat spital aku ingat lagi, nurse 2-3 orang duk pegang kaki ngan tangan sebab nak suapkan abang ubat. betapa payahnyer nak makan ubat, dan disebabkan hal tu lah, anak sulung aku ni dah fobia kalu nak gi spital, gi klinik laju aje tapi kalu dapat ubat terus sorok sebab tak mahu makan.



kasih dan mula beransur baik, sebabnya kasih rajin makan ubat, tak perlu dipaksa or suruh, sampai masa aje, kasih akan makan sendiri ubat. Abang kenalah bertahan sikit sebab tak mo makan ubat, makanyer lambat lah baik. Aku taruk ubat dalam bubur pun, sikit aje pun abang boleh tahu dalam bubur tu ader ubat. Taruk dalam mashed potato yang dibeli kat KFC pun abang tetap tahu gak ader ubat kat dalam tu, abis nak buat camner.



arap-arap petang ni abang dah beransur pulih dan boleh geng ngan kasih cam sediakala.


2 comments:

Cik Puan*PIE said...

riso kan klau ank2 demam...xkeruan dibuatnya

CuTeMiUt78 said...

alahai sian abg danish.. susah gak la.. klu takmo mkn ubat... cakap kat dia.. nanti klu tak baik camne nak main2 ngan kasih ngan baby cinta

 
template by suckmylolly.com